Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, December 31, 2009

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

- MStar

Tahniah kepada Prof Dr Sahol Hamid. Memang telah dijangkakan berdasarkan sumbangan bakti beliau kepada UiTM sebelum ini. Diharap beliau akan memajukan lagi UiTM agar berdiri setanding IPT lain.. Read More...

Monday, December 28, 2009

Status Permohonan Ke UiTM

Baru-baru ni saya menerima banyak emel mengenai status permohonan ke UiTM..
Ingin ditegaskan bahawa blog ini adalah sekadar berkongsi tentang maklumat semasa UiTM dan bukan mewakili UiTM dalam sebarang perkara.
Sekiranya saya tidak menjawab emel anda diharap maaf..
Walaubagaimanapun saya telah menjumpai portal untuk semakan status pelajar.
Dalam portal ini anda boleh menyemak
Status Permohonan ke UiTM:
Sila klik pada link yang berkaitan dengan permohonan anda.
Keputusan Permohonan Program Sepenuh Masa
Keputusan Permohonan Program Profesional
Keputusan Permohonan Program Pengajian Luar Kampus (PLK) / Setara Sepenuh Masa
Keputusan Penerapan Lulusan Pra Diploma/Asasi/Fast Track UiTM
Permohonan e-Rayuan ke Program Sepenuh Masa


Sila Klik Student Portal UiTM untuk maklumat lanjut

p/s : - Link URL hanya sah terpakai pada waktu blog ini diupdate. Sekiranya link berikut telah berubah sila rujuk pihak UiTM sendiri Read More...

Saturday, November 28, 2009

UiTM bawa pulang lima emas dari Belgium

SHAH ALAM - Kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya merangkul lima pingat emas ketika menyertai Pertandingan Inovasi, Kajian dan Teknologi Baru peringkat Dunia ke-58 Brussels-Eureka 2009 di Belgium bermula 19 hingga 21 November lalu..

Hasil kajian yang berjaya meraih pingat emas ialah Hydroxyleum Technology iaitu sistem untuk mengurangkan kadar penggunaan minyak petrol dan Shear Thickening Fluid iaitu ciptaan baju kalis peluru lebih ringan.

Tiga lagi produk penyelidikan hadiah emas ialah Multi-Parametric Pectin Lyase-Like Protein Function Classifier bagi meningkatkan jangka hayat hasil pertanian yang dituai, Pinyin Approach untuk belajar bahasa Mandarin dengan mudah dan MathZzle Board Game bagi meningkatkan penguasaan ilmu matematik.

- Kosmo


Tahniah kepada para penyelidik yang berjaya mengharumkan nama UiTM dan negara di persada antarabangsa.. Read More...

Wednesday, November 25, 2009

Kampus cawangan UiTM di Seremban 3

SEREMBAN 22 Nov. - Kerajaan negeri bercadang membangunkan sebuah lagi kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seremban 3 di sini dalam menjadikan negeri ini hab pendidikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kampus yang bakal dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu akan dikenali sebagai 'City Campus'.

"Pihak UiTM menyambut baik idea cadangan ini dan dari segi dasarnya, kerajaan meluluskannya. Bagaimanapun dalam aspek pelan struktur, ia masih dalam proses pengendalian," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2009 Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dekat sini semalam.

Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta.

"Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya.

Tambah beliau, 'City Campus' itu adalah pusat latihan lanjutan untuk siswazah-siswazah muda bukan untuk pelajar baru.

"Kampus ini bukan 100 peratus untuk pelajar baru, tetapi majoriti daripada pelajarnya nanti adalah dalam kalangan pensyarah serta tutor.

"Kampus seperti inilah yang kerajaan mahu tumpukan, lain daripada biasa, di mana membolehkan pensyarah berkunjung menghadiri seminar dan melanjutkan pelajaran di bawah Program Siswazah Muda," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sememangnya berhasrat supaya lebih banyak institusi pendidikan tinggi (IPT) membuka kampus di negeri ini, seiring dengan fokus kerajaan bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu serta koridor hab pelajaran, terutamanya di Seremban Barat.

"Pada masa sama, kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk pertanyaan ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi yang berminat untuk membuka kampus mereka di Negeri Sembilan.

"Menerusi perancangan sebeginilah, selain membawa pembukaan kampus baru IPT ke sini, ia turut mampu memenuhi strategi kerajaan dalam menambahkan kependudukan di negeri ini," katanya.
Utusan

- Tahniah diucapkan kepada UiTM yang menambah lagi kampus cawangan. Semoga ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan taraf pendidikan kaum Bumiputera di Malaysia Read More...

Thursday, November 19, 2009

Inaugural WIEF-UiTM Global Discourse

Date: Wednesday 25 Nov 2009
Time: 2.30 pm - 5.30 pm
Venue: Seminar Hall, UiTM International Centre, Universiti Teknologi MARA , Shah Alam.
Organised by: WIEF-UiTM International Centre

Theme: Global Economic and Business Scenario: Muslim Countries as the New Emerging Economies

Speakers:

* YBhg Datuk Seri Panglima Andrew Sheng,
Member, National Economic Advisory Council (NEAC)
& Chief Adviser to the China Banking Regulatory Commission

* Prof. Dr. Mahendhiran Nair,
Deputy Head of School (Research)
School of Business, Monash University, Malaysia

* Mr Mumtaz Khan, Founder & CEO
Middle East & Asia Capital Partners Pte Ltd, Singapore


Moderator:

* YBhg. Dato’ Dr Norraesah Mohamad, Chairman, Embunaz Ventures Sdn. Bhd.
& Chairman of WIEF Businesswomen Network

The global discourse series will be launched by Y.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Minister of Higher Education and will have the special audience of YABhg. Tun Musa Hitam, Former Deputy Prime Minister and Chairman of World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation. For the synopsis, programme, e-poster and reply form (with directions to WIEF-UiTM International Centre) please see attachments. We look forward to having you with us on that day. We invite shared reflections from the audience as we explore these issues and their applications within our own community.
Admission is free but seats are limited so we appreciate if you could RSVP by returning the reply form to us through fax or email, latest by Friday 20th November 2009. For any enquiries or information on the Global Discourse, please contact Assoc. Prof Dr Saadiah or Puan Masturika at 03-5521 1444 /03-5521 1664/ or email wief@salam.uitm.edu.my

- SOurce : Website UiTM Read More...

Thursday, November 5, 2009

HP bekerjasama dengan pelajar UiTM

SHAH ALAM 2 Nov. - Hewlett Packard (M) Sdn. Bhd. (HP) akan melatih penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi penguji bertauliah untuk perisiannya melalui Program Pendidikan Perisian HP.

Program dengan kerjasama Technology Education Leader Sdn. Bhd. (TEL) itu akan melibatkan pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM.

Kerjasama ini juga menjadikan UiTM sebagai institut pengajian tinggi ketiga di Asia dan pertama negara ini diberi kepercayaan oleh HP yang merupakan syarikat teknologi terbesar di dunia untuk menjalankan program tersebut selepas universiti di China dan India.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, UiTM bertuah kerana melalui kerjasama ini seramai 100 penuntutnya yang merupakan kumpulan perintis program ini akan memulakan kursus selama 17 hari secara percuma pada penghujung November ini.

Ini kerana katanya, kos pengajian kursus yang melayakkan penuntutnya memiliki Sijil Pengujian Perisian HP ini bernilai RM14,200 jika diambil di luar.

''Tenaga pengajar dan kelengkapan pengajian akan disediakan oleh pihak HP. Jika berjaya UiTM akan meneruskan kursus ini yang akan diadakan dua kali setahun dan dijalankan pada musim cuti semester.

''Pada masa depan kita juga berhasrat mewujudkan pusat kecemerlangan Industri Piawaian Pengujian Perisian di UiTM," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan HP dan TEL bagi pihak UiTM di bangunan Canselori UiTM di sini hari ini.

HP diwakili oleh Pengarah Perkhidmatan Pendidikan Perisian HP Asia Pasifik dan Jepun, Roy Chermana.

- Utusan

Hebat la tu.. Menunjukkan kualiti pelajar UiTM diiktiraf oleh syarikat gergasi komputer. Tahniah semua Read More...

Monday, November 2, 2009

Anugerah Belia Felda Malaysia di UiTM Shah Alam

Majlis Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) pada 11 hingga 13 Disember ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, bakal dihadiri oleh lebih 20,000 generasi baru Felda.

Kepada sesiapa belia Felda terutamanya warga UiTM disarankan untuk hadir memeriahkan suasana.. Read More...

13 blog telah didaftarkan

Sedar tak sedar dah 13 blogger telah mendaftar dalam bloggeruitm ni. Terima kasihlah kerana menyokong komuniti blog yang tak seberapa ni.. Mula-mula dulu aku ada terfikir nak buat stail forum tapi rasanya stail forum tak bermakna sangat.
Semalam pun aku mendaftar di forum MyUiTM tapi tak ramai yang men'join'nya.

Kepada 13 blogger tersayang.. Harap teruskan menyokong blog ini. Mungkin satu hari boleh buat komuniti... Read More...

Friday, October 30, 2009

UiTM Pahang azam lahir jaguh memanah


MARAN 29 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di sini berazam menjadi institusi terulung melahirkan jaguh sukan terutama dalam acara memanah.

Pengarahnya, Profesor Madya Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, tekad itu sejajar kepercayaan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada UiTM Pahang untuk melaksanakan program pelapis pemanah.

Menurutnya, UiTM Pahang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini yang diberi tanggungjawab tersebut.

"Misalnya dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu baru-baru ini, majoriti kontinjen memanah Pahang diwakili atlet UiTM Pahang yang menyumbang kutipan pingat emas kepada negeri ini.

"UiTM Pahang merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan terhadap pendidikan intelek, jasmani dan emosi selari dengan bidang sukan, agama, khidmat masyarakat dan kenegaraan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas pelancaran program Diploma Pengajian Sukan (SR113) Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Pahang di sini kelmarin.

Program Diploma Pengajian Sukan itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah.

Menurut Hilmi, jurusan sains sukan perlu diperkenalkan kepada masyarakat kerana melalui pembelajaran itu ia dapat memperkenalkan teknologi terkini bagi peningkatan prestasi atlet.

Tambahnya, sains sukan merupakan salah satu cabang yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi.

"Di samping itu aspek pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi dan psikologi dalam sains sukan turut diberi penekanan supaya meningkatkan kecergasan dan prestasi,'' katanya.


- Utusan


Wah bagus lah tu.. Ada sukan yang ditarget oleh UiTM kampus.. Semoga UiTM Pahang mampu melahirkan ahli sukan bertaraf antarabangsa. Selaku bekas pelajar UiTM Pahang aku pun tumpang bangga lah juga.. Cayalah Read More...

Konvokesyen ke 71 UiTM

Sebenarnya konvo ni dah tamat pun.. Ia berlangsung pada , 15th October- 27th October 2009 di Dewan Sri Budiman di Kampus Shah Alam..
Kepada penerima sijil tu bersedialah menghadapi alam pekerjaan. Tapi mungkin sesetengah telah dapat kerja. Kepada yang sambung belajar pula selamat meneruskan cita-cita anda.

Bercerita pasal konvo ni teringat dulu masa aku nak ambil ijazah. Berpeluh-peluh sebab masa tu kena pakai kot. Kot pun pinjam arwah pakcik aku.. Dah le masa tu aku konvo dengan budak junior. Ala x-tend le tu.. Apa lagi.. Tapi kenangan konvo memang tak dapat dilupakan. Masa dulu aku terima dengan Sultan Selangor... Dengo cerita sekarang dengan NC je ye..

Walaubagaimanapun sijil yang korang terima tu hanyalah sekeping kertas. Ia tidak bermakna sekiranya anda mendapat gred baik maka anda akan berjaya . Jadi teruskan belajar sesuatu yang baru... Read More...

Tuesday, October 27, 2009

Dokumentasi sejarah UiTM dilancar

SHAH ALAM 26 Okt. – Bagi mengingati sejarah dan perkembangan yang berlaku sepanjang penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM), satu buku yang bertajuk Buku Hari Ini Dalam Sejarah UiTM dilancarkan pada Jumaat lalu.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, di Dewan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka sambil disaksikan oleh Dekan Falkuti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Prof. Madya Dr. Adnan Hashim.

Menurut Adnan, buku setebal 400 muka surat itu memaparkan peristiwa-peristiwa bersejarah UiTM sejak awal penubuhannya pada 1956 sehingga kini.

Kata beliau, penghasilan buku tersebut dilakukan atas inisiatif pelajar semester tiga kursus Penyiaran daripada FKPM sempena pelancaran wajah baru radio universiti tersebut.

“Ia dilihat sebagai salah satu usaha untuk menjadikan setiap dokumentasi itu sebagai satu rekod kekal dan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk pihak universiti dan para pelajar.

“Ini kerana apa yang dipaparkan di dalamnya bukan hanya terhad kepada peristiwa bersejarah di kampus utama tetapi termasuk juga apa yang berlaku di kampus-kampus cawangan,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran buku berkenaan.

Tambahnya, buku yang disiapkan dalam masa empat bulan bermula Julai lalu akan mula disiarkan di beberapa slot radio UiTM dalam masa terdekat.

- Utusan..


Baguslah tu.. Dapat memperingati sejarah UiTM..
Read More...

Tuesday, October 20, 2009

Kaspersky research centre opens its doors at UiTM

GRAND BEGINNING: Prof Dr Ibrahim (left) and Kaspersky (in white shirt) at the official opening of Kaspersky Research Centre in UiTM recently — Pic by SALHANI IBRAHIM
Eugene Kaspersky, CEO and co-founder of Kaspersky Lab, a leading developer of secure content management solutions, launched the Kaspersky Academy education programme at the Universiti Teknologi MARA (UiTM) campus in Shah Alam during his first official visit to Malaysia.

The purpose of the visit was to encourage closer ties between Malaysia and Kaspersky Lab and to facilitate the exchange and sharing of cyber-security knowledge. He also opened the first dedicated Kaspersky Research Centre in Malaysia dedicated to cyber-security research and development among tertiary students.

He encouraged more Malaysians to participate in the programmes offered through the Kaspersky Academy as a starting point to careers in the secure content management solutions industry. With the number of cyber threats on the rise, there is a need for a wider pool of programmers from more varied cultural backgrounds.

“Cybercriminals often exhibit culturally-linked patterns in their schemes, and battling them effectively sometimes requires outthinking them through the thought processes of a different culture.

“Malaysian culture and Malaysian thinking may provide fertile ground for information security experts. We can learn from each other,” said Kaspersky.

Vice chancellor of UiTM, Tan Sri Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah said the choice of UiTM as the venue for the first Kaspersky Research Centre in the nation was recognition of the strides the institution had made in shaping a student population of tech-savvy, out-of-the-box thinkers.

“As UiTM celebrates its 71st convocation, this recognition from Kaspersky Lab is much appreciated as it serves to highlight how far we have come as an institution of higher learning that can produce quality graduates who can rival the best in the world,” he said.

- Malay Mail

Satu lagi kerjasama dengan syarikat korporat besar oleh pihak UiTM. Semoga kerjasama dua hala dapat memberikan kebaikan kepada UiTM dalam memperbaiki dan mengukuhkan dalam bidang sekuriti siber. Read More...

Thursday, October 8, 2009

Jangan henti hantar pelajar ke Indonesia – UTiMAS




PERSATUAN Akademik Universiti Teknologi Mara (UTiMAS), persatuan yang mewakili kumpulan Profesor dan Profesor Madya UiTM menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak akan menghentikan penghantaran pelajar kursus kritikal ke Indonesia ekoran bencana alam di negara itu.

Menurut Muhyiddin, semua pihak yang bertanggung jawab termasuk pegawai-pegawai tinggi universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi, JPA, MARA dan yayasan-yayasan negeri tidak perlu mengkaji semula program penghantaran pelajar yang sedia ada.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas daripada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman dalam Kosmo! Ahad (4 Oktober 2009) bahawa pihaknya mula berkira-kira untuk menghentikan penghantaran pelajarnya tajaannya ke Indonesia dan mencari negara yang lebih selamat seperti Poland dan Hungary.

UTiMAS merasakan di saat negara sahabat menghadapi bencana sepatutnya kita harus lebih bersimpati terhadap negara tersebut dan rakyatnya.

Sebenarnya Indonesia telah memberikan 6,000 tempat sekarang ini bagi pelajar-pelajar Malaysia untuk mengikuti kursus perubatan di pelbagai universiti Indonesia sebagai satu alternatif terbaik kepada pelajar-pelajar cemerlang Malaysia untuk mendapatkan ijazah perubatan. Malaysia tidak mempunyai ruang dan jumlah tempat pengajian yang mencukupi dalam bidang perubatan. Ini ditambah lagi dengan jumlah doktor yang amat kurang khususnya doktor bumiputera di negara ini.

Negara memerlukan bilangan doktor mahir dan terlatih pada kadar 1 doktor untuk 500 orang penduduk. Dan mengikut nisbah terkini ialah 1 doktor berbanding 1,169 orang. Ini ditambah dengan kebimbangan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin yang mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di IPTA agak rendah berbanding kaum lain di negara ini.

Sehubungan itu, UNiMAS meminta ibu bapa tidak bimbang dengan keadaan di Indonesia kerana pihak Universitas Andalas sendiri melalui Pembantu Rektor Bidang Perancangan, Kerjasama dan Sistem Informasi, Dr. H. Elfi Sahlan Ben Apt menyatakan bahawa pihak Universitas Andalas akan memulihkan pengajian dan kampus mereka dengan cara terbaik dan memulakan pengajiannya termasuk bidang perubatan bermula 12 Oktober ini.

Mengikut sistem pendidikan pengajian tinggi Indonesia, buat masa ini tidak mungkin pelajar di Padang dapat ditempatkan atau diterima belajar di universiti-universiti lain di Indonesia. Tidak mungkin juga bagi universiti tempatan yang mempunyai tempat terbatas untuk menerima 330 orang pelajar Padang untuk menyambung pengajian mereka di universiti-universiti tempatan.

Kecuali hanya kerajaan memberikan arahan yang luar biasa kepada pentadbiran-pentadbiran universiti tempatan dan itu akan mengakibatkan jumlah kos yang amat tinggi.
- Utusan..

Entahlah nak komen pun tak tau.. Mungkin ada sebab tersendiri saranan agar perlu menghantar pelajar ke Indonesia.. harap-harap la Read More...

Sunday, October 4, 2009

10 warga UiTM berbasikal

SEGAMAT 3 Okt. – Seramai 10 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Johor memulakan jelajah berbasikal mengelilingi Semenanjung sebagai menghargai jasa Naib Canselor universiti itu, Tan Sri Ibrahim Abu Shah selama satu dekad, semalam.

Jelajah yang disertai lapan kakitangan dan dua penuntut itu akan singgah di kesemua 11 kampus UiTM bagi mengumpul kata-kata penghargaan daripada seluruh warga universiti itu untuk Naib Canselor tersebut.

Program jelajah berbasikal yang dijangka mengambil masa enam hari itu dilancarkan oleh Pengarah UiTM Kampus Johor, Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim di Dataran Sri Bendahara, UiTM kampus Johor di sini.

Menurut Muhd. Kamil, inisiatif penganjuran jelajah berkenaan diambil pengurusan UiTM Johor sebagai mengimbau sumbangan Ibrahim terhadap pembangunan UiTM selama 10 tahun menerajui UiTM sejak 1999.

- Utusan..

Baguslah camtu.. Menghargai pengorbanan dan jasa yang dilakukan oleh NC UiTM. Read More...

Thursday, September 24, 2009

Mekanisme saring PhD di IPTS

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Beberapa tokoh akademik mahu mekanisme saringan bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sambil melahirkan kebimbangan mengenai ketiadaan saringan seperti yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), mereka berpendapat, langkah itu perlu bagi mengelak pemilikan PhD ekspres berlaku secara berleluasa di negara ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pula yakin IPTA bersih daripada golongan yang memiliki PhD 'ekspres' kerana mempunyai mekanisme saringan yang kukuh.

Katanya, di UiTM, latar belakang akademik setiap bakal tenaga pengajar di institusi itu disemak menerusi Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Ibrahim, masalah akan timbul apabila golongan ini bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri dengan tujuan penyelewengan dan penipuan.

''Sukar untuk memastikan status ketulenan gelaran mereka jika tidak terikat dengan sebarang saringan seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan awam.

''Mereka yang sengaja berlagak dengan gelaran palsu perlu diambil tindakan undang-undang kerana sudah pasti membawa kesan yang buruk kepada masyarakat," katanya.

- Utusan

Harap-haraplah UiTM tidak semudah memberikan bukan hanya PhD malahan semua jenis sijil. Saya pernah mendengar tentang seorang pelajar di IPT tempatan yang mendapat transkrip tetapi tiada sijil kerana tidak habis membayar yuran tertentu.. Tak pasti samada beliau layak mendapat sijil atau tidak..

Selain itu rasanya ijazah kehormat juga perlu dikurangkan. Nanti tiada makna kalau asyik bagi je pada VIP-VIP.. Read More...

Wednesday, September 23, 2009

UiTM Tawar Program Perubatan dengan IPT luar

KUCHING, 23 Sept (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak akan mengadakan program perubatan serta pertanian bersepadu dengan kerjasama beberapa universiti luar negara, terutamanya di Indonesia, dalam menyediakan tenaga kerja sesuai bagi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Pengarah kampus UiTM Sarawak Prof Madya Dr Jamil Hamali berkata satu memorandum persefahaman (MOU) dijangka ditandatangani di peringkat pusat dengan universiti tertentu di Bogor dan Bandung, yang pengajiannya diiktiraf dunia, pada hujung tahun ini.

"Melalui bidang pertanian moden, UiTM Sarawak akan meminjam kepakaran mereka (Indonesia) untuk ditempatkan di kampus Kota Samarahan di sini, yang telah menyediakan sebuah makmal penyelidikan, manakala pelajar cemerlang akan dihantar untuk meneruskan pengajian di sana dalam peringkat tertentu," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Hari Raya beliau di sini Rabu.

Beliau berkata walaupun UiTM menawarkan bidang perubatan namun tempat yang disediakan tidak mencukupi dan kerjasama tersebut memberi peluang kedua kepada anak tempatan untuk mengikutinya di luar negara selepas melulus pengajian diploma Sains di UiTM.

Dalam membantu kerajaan negeri, katanya UiTM Sarawak turut mengadakan program yang berkaitan dengan persediaan untuk melaksanakan projek di bawah Score, termasuk farmasi serta kejuruteraan kimia, sivil dan elektrikal.

Dr Jamil berkata UiTM Sarawak akan membina sebuah kampus tambahan di tapak seluas 200 hektar yang diluluskan oleh kerajaan negeri di Mukah untuk memberi peluang kepada kaum Bumiputera setempat seperti dari Sibu, Bintulu, Miri, Limbang dan Belaga mengikuti pengajian mereka.

Kampus Mukah, yang terletak di kawasan Score, kini mempunyai 300 pelajar dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung yang sedang mengikut pengajian dalam bidang Industri Peladangan, katanya.

Selain itu, beliau berkata turut dirancang ialah pembinaan kampus di tapak seluas 40 hektar di hadapan kawasan sedia ada di Kota Samarahan bagi menampung 10,000 pelajar menjelang 2015.

Beliau berkata pembinaan infrastruktur untuk pelan pembangunan kampus induk UiTM Sarawak dijangka dimulakan pada November ini melalui inisiatif pembiayaan swasta.

UiTM Sarawak, yang menawar 23 jenis program, kini mempunyai 5,000 pelajar.


-- BERNAMA

Bagus lah tu.. Walaubagaimanapun diharap UiTM Sarawak akan terus berusaha dalam membangunkan kampus induk. Read More...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum kepada pembaca bloggerUiTM..
Di kesempatan ini bloggeruitm ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya'..
Maaf andai ada kesalahan dan kesilapan samada secara langsung atau tidak.
Read More...

Monday, September 14, 2009

Alumni UiTM sasar 36,000 ahli setiap tahun

Shah Alam 13 Sept - Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) berhasrat untuk menarik kira-kira 36,000 bekas pelajar universiti itu setiap tahun bagi mengukuhkan semula peranannya pada masa depan.

Presidennya, Datuk It. Mohd. Zin Mohamed berkata, langkah itu diambil selaras dengan sasarnnya untuk mengembangkan keahlian alumni daripada pelbagai kepakaran.

Menurutnya, UiTM mempunyai bilangan bekas pelajar paling ramai iaitu 365,000 orang dan ia merupakan aset amat berharga dan boleh digembleng bukan hanya untuk perkembangan alumni semata-mata.

PAUiTM akan mengadakan program Wacana Membasmi Kemiskinan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dijadual turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Oktober ini.

Selain itu, program tersebut akan turut disusuli dengan pelancaran laman web rasmi PAUiTM yang akan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat terkini serta perkembangan semasa persatuan kepada orang ramai khususnya pelajar dan bekas pelajar..

- Utusan 14 Sept 09 m/s 16.

Baguslah kalau ada keseriusan dalam memperkembangkan alumni ni. Saya sendiri pun tak tahu cara untuk menjadi ahli alumni ni. Mungkin dengan pembinaan laman web PAUiTM yang akan dilaksanakan kelak dapat membantu. Read More...

Blogg untuk UiTMers

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebenarnya saya mendapat idea ini dari adik saya...
Mungkin ada di antara anda yang mempunyai blog..
Apakata kongsi disini..
Saya akan mengumpulkan link-link dari pelajar dan bekas pelajar UiTM..
Tinggalkan komen beserta link dan blog anda akan dikongsikan di sini...

Caranya mudah ..
Lihat contoh saya
Nama :- Zool Ligakampung
Kursus :- Diploma Sains Komputer / Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Cawangan :- Jengka, Pahang / Shah Alam, Selangor
Tahun Belajar :- 96-99 / 99 -2002
Url :- http://www.ligakampung.com/blog

Untuk makluman anda, setiap nick hanya dibenarkan satu link.. Jadi kalau rasa nak bagi 2 link blog, pandai-pandaile reka ye..

Insyaallah jika ada kelapangan saya juga akan memberikan top 10 ( berdasarkan klik dari blog ini).. Insyaallah.. Itupun kalau ada sambutan dari anda semua..

p/s:- Pihak mansterx berhak untuk memilih sekiranya blog sesuai dan berhak untuk menolak jika dirasakan blog yang diberi tidak sesuai

Daftar ditutup untuk seketika.. Akan dibuka semula tidak lama lagi.. Read More...

Sunday, September 13, 2009

Tawaran Meneruskan Pengajian Bagi Program Pengajian Luar Kampus (PLK)

Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan SPM/ STPM/ Diploima untuk memohon PLK yang ditawarkan bagi kemasukan Disember 2009. Program PLK yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Progam
1. Sarjana Muda Perakauanan dengan Kepujian
2. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Pemasaran)
3.Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Kewangan)
4. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Pengurusan Sumber Manusia)
5.Sarjana Muda Perakauanan Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Perdagangan Antarabangsa)
6.Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
7.Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
8.Sarjana Muda Pengajian Undang-undang dengan Kepujian
9.Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Komunikasi Data & Perangkaian)
10. Diploma Pengajian Perniagaan
11. Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
12. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web UiTM, http://www.uitmonline.edu.my/plk/

Iklan ini sah laku sebelum :- Jumaat, 2 Oktober 2009. Read More...

Thursday, September 10, 2009

Permohonan kemasukan pelajar UiTM sesi Disember 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya dapat satu emel dari pihak UiTM.. Bacalah ye..

Y. Bhg Dato’/Datin/Prof/ Dr/Tuan/Puan

200,000 ENROLMEN UiTM ……..USAHA KITA BERSAMA

Salam Ramadhan Alumni UiTM,

Tarikh tutup permohonan kemasukan pelajar sesi Disember 2009 akan berakhir pada 30September 2009 (Rabu). Dalam usaha untuk mencapai enrolmen 200,000 pelajar UiTM pada tahun 2010, mohon kerjasama semua alumni untuk menghebahkan permohonan kemasukan kepada calon-calon yang terdiri daripada lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/ Politeknik/ lepasan diploma IPT lain dan Diploma UiTM/Kolej Bersekutu. Permohonan boleh dibuat melalui url http://www.uitmonline.edu.my. Bantuan dan kerjasama daripada Y. Bhg Dato’/Datin/Prof/ Dr/Tuan/Puan amat dihargai bagi mencapai enrolmen 200,000 pelajar UiTM menjelang tahun 2010.
Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada bpp@ salam.uitm.edu.my.

Terima kasih.


Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah
Bangunan UiTM International Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Hotline : 603 55443165 / 66 / 74 / 75 / 64
Faks : 603 55443170
e-mail : bpp@ salam.uitm.edu.my
website : pengambilan.uitm.edu.my


Jadi tolong-tolonglah sebarkan berita ni agar UiTM berjaya mencapai sasarannya.. Read More...

Saturday, September 5, 2009

UiTM International Music Conference 09




UiMusic 09
19-20 October 2009
UiTM Section 17 Campus Shah ALam

Download Brochoure
Read More...

Saturday, August 29, 2009

Website UiTM kena hack


Aku dengo cerita website UiTM kena hack..
Ari ni buka dah setel.. Kira baguslah webmaster ni.. Cepat membuat tindakan.. Selamat berjuang kepada webmaster UiTM.

Blog berkaitan
Berita-Harian-Online Read More...

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan bagi semua pengunjung bloggeruitm.blogspot.com
Semoga anda semua dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan sempurna.


Bagi pihak bloggerUiTM.blogspot.com Read More...

Friday, August 14, 2009

Exams And Convocation To Proceed As Scheduled - Uitm

SHAH ALAM, Aug 14 (Bernama) -- The Universiti Teknologi Mara (UiTM) will proceed with its examination and convocation programmes according to schedule, said the Academic and International Deputy Vice-Chancellor, Professor Dr Mustaffa Mohamed Zain.

He said the dates for the local examinations, scheduled to start from October to November and the dates for convocation from Oct 15 to 27 remained unchanged.

"Lectures and classes will proceed as usual. However, should there be changes, the UiTM will make an official announcement," he said in a statement here Friday.

Mustaffa said the UiTM, however, had no intention of closing all its campuses in the country because of the H1N1 virus situation as the situation did not warrant it as advised by the Health Ministry.

"We (UiTM) ask the parents and members of the public not to listen to rumour that claimed we are closed," he said.

Mustaffa advised UiTM students and officers with health problems to get treatment at clinics and health centres nearby.

-- BERNAMA


Nampaknya peperiksaan dan konvo akan berjalan seperti yang dijadualkan. Jadi kepada mereka yang terlibat tak perlu risau. Sudah pasti akan ada pemeriksaan rapi bagi mengelakkan penyakit H1N1 ni merebak
Read More...

Thursday, August 13, 2009

Mengenai BloggerUiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

BloggerUiTM di bina oleh Zool Ligakampung atas dasar untuk mengumpul informasi, aktiviti, komuniti dan yang berkaitan dengan hal-hal ehwal Universiti Teknologi Mara. Ianya terbuka kepada semua yang pernah atau sedang terlibat secara terus atau tidak di UiTM. Samada anda seorang blogger, pembaca atau pencari info dialu-alukan untuk singgah di sini.

BloggerUiTM tidak mewakili UiTM sebaliknya sebagai medium perantara untuk sama-sama berkongsi hal-hal UiTM. Pihak kami tidak pernah menerima sebarang bayaran dari mana-mana pihak untuk menubuhkan blog ini . Iklan-iklan yang dipaparkan adalah hakmilik syarikat yang menaja kami dan kami tidak langsung bertanggungjawab atas produk atau servis yang ditawarkan..

Selamat melayari blog kami. Read More...

Monday, August 10, 2009

UiTM Signs MoU To Market Products Invented Through Research

SHAH ALAM, Aug 10 (Bernama) -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) on Monday signed a Memorandum of Understanding (MoU) with three companies to market products invented through its research.

UiTM vice chancellor Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah said the move was to elevate its status as a prominent research university.

Currently, UiTM is ranked fifth among research universities and the focus of UiTM now is to focus on innovative entrepreneur research.

"Today, we signed an MoU with Perfect Triangle Sdn Bhd to produce and market additives for automobile engines and gearbox under the "Perfect-T" brand," he said at the ceremony witnessed by Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

He added that UiTM also signed an MoU with Halagel Sdn Bhd to produce and market nutraceutical and cosmeceutical products for commercial purposes through research conducted by UiTM's Faculty of Pharmacy.

The third MoU was sealed between UiTM and Multi Cipta Engineering Sdn Bhd to produce and market products like soap and grease made from palm oil residue.

A Letter of Collaboration was also signed with Royal Lintah Park, to offer expertise through seminars, for the cultivation of leech for commercial use.

-- BERNAMA

Great achievement from UiTM researcher..
Read More...

Sunday, August 9, 2009

Panduan Menguruskan WangGaji

Mungkin anda semua sering mengalami masalah menguruskan pendapatan anda.. Gaji beribu-ribu tapi tak dapat nak selesaikan hutang PTPTN, pinjaman MARA, yayasan dan sebagainya.
Kesilapan bukan pada jumlah pendapatan yang diterima tapi disebabkan kurangnya pengetahuan menguruskan pendapatan yang diperolehi dengan betul. Jadi kepada anda yang sering merungut tak cukup duit di tengah bulan apakata dapatkan ebook panduan menguruskan pendapatan anda. Insyaallah masalah kekeringan wang dapat dielakkan. Klik gambar di bawah
Read More...

Thursday, August 6, 2009

UiTM anjur nostalgia Piala Malaysia

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Persatuan Anak Kedah (Adam) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menganjurkan perlawanan bola sepak nostalgia Piala Malaysia 1987-89 bagi merebut Piala Sultan Kedah, 16 Ogos ini.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Star bagi memperingati sejarah pertemuan tiga tahun berturut-turut Kedah-Kuala Lumpur dalam pertandingan Piala Malaysia.

Dalam perlawanan itu, bekas pemain kedua-dua pasukan akan beraksi dengan hasil kutipan tiket perlawanan akan didermakan kepada badan kebajikan.

Sehubungan itu, bagi mewawarkan program berkenaan, piala pertandingan dan barisan bekas pemain Kuala Lumpur yang akan beraksi pada perlawanan itu kelak akan diperkenalkan kepada umum dalam sidang media.

Sempena sidang media itu, satu perlawanan persahabatan akan diadakan di antara pasukan veteran Kuala Lumpur menentang veteran UiTM pada jam 8.45 malam
Sehubungan itu, peminat seharusnya tidak melepaskan perlawanan itu bagi menyemarakkan lagi nostalgia arena bola sepak negara.

Sebarang pertanyaan, hubungi pejabat Timbalan Pendaftar Jabatan Komunikasi Korporat UiTM di talian 03-55211355.


Macam menarik je kan.. Apa lagi.. saksikan lah .. Kepada orang yang dekat kat Kedah je la kan..
Read More...

Saturday, August 1, 2009

Prof UiTM mencari PHD Student

Profesor UiTM dari fakulti kejuruteraan Kimia sedang mencari pelajar yang ingin membuat phd dalam jurusan berkenaan.

Kelayakan
Ijazah Dalam bidang berkaitan..

Untuk maklumat lanjut boleh emel kepada beliau sendiri
yinyang@salam.uitm.edu.my and yinyang@streamyx.com

atau alamat berikut :-
Yin Chun Yang, Ph.D., AMIChemE
Faculty of Chemical Engineering
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: +603-55436348
Fax: +603-55436300
Mobile: +6012-3654641

Blog :- http://chunyangyin.blogspot.com/

- Sumber :- Educationmalaysia.blogspot.com Read More...

Saturday, July 25, 2009

UiTM portal pelajar

Aku baru nampak portal untuk Gerbang Maklumat Pelajar UiTM.
Aku tengok agak serabut sikit..
Korang tengok sendirilah ' Portal Maklumat Pelajar UiTM'.. Read More...

Friday, July 24, 2009

H1N1 : UiTM percepat cuti semester

Nampaknya kalendar UiTM akan berubah akibat dari penyakit H1N1..

HAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan cuti pertengahan semester bagi sesi pengajian Julai-November 2009 dipercepatkan bermula 27 Julai ini berikutan kes jangkitan Influenza A (H1N1) di beberapa kampus cawangannya.

Menurut kenyataan Jabatan Koporat UiTM, cuti semester itu diawalkan kepada 27 Julai hingga 2 Ogos berbanding cuti yang dijadualkan terdahulu dari 17 September hingga 27 September.

Cuti semester baru itu berkuatkuasa bagi seluruh cawangan UiTM termasuk kampus induk Shah Alam kecuali bagi kampus Lendu di Melaka.

Nampaknya Pentadbiran UiTM memandang serius situasi yang berlaku sekarang.. Mana taknya banyak kampus yang terpaksa dikuarantin jadi tindakan perlu dilakukan. Apapun diharap ianya masih terkawal lagi.. Read More...

Wednesday, July 22, 2009

UiTM Permatang Pauh pula kena H1N1

Kalau sebelum ni UiTM Lendu, Pahang terpaksa dikuarantin dan pelajar diarah pulang kini UiTM Pulau Pinang pula mengalami masalah sama.


PULAU PINANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh dekat sini ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

"Semua mereka berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal manakala 200 lagi pelajar yang mengalami simptom selesema diarah menjalani kuarantin di asrama dan rumah," katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata arahan penutupan sertamerta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.

"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.

Phee berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah diambil.

Sementara itu tinjauan Bernama di kampus UiTM itu tengah hari ini mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing. BERNAMA


Lepas ni UiTM mana pula.. Ooo pohon dijauhkan.. Harap-harap tiada lagi pelajar UiTM yang terkena jangkitan wabak H1N1 ni.. Read More...

Saturday, July 18, 2009

Pelajar UiTM Lendu tidak dipaksa pulang

Mungkin ramai yang telah membaca mengenai kes H1N1 yang berlaku di UiTM Lendu.. Berita mengatakan bahawa pelajar tidak dipaksa untuk pulang.. Lihat berita ni..

ALOR GAJAH - Semua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Lendu di sini disaran meninggalkan kampus berkenaan menjelang tengah hari ini bagi mengawal wabak selesema babi.

Pengarah UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam bagaimanapun berkata, ia bukan merupakan arahan wajib dipatuhi sebaliknya pelajar hanya digalakkan berbuat demikian.

"Pelajar yang tidak pulang kerana rumah jauh serta mendapat kebenaran daripada keluarga masing-masing masing-masing dibenarkan terus menetap di kolej kediaman universiti itu.

"Pelajar ini tidak akan dikuarantin malah mereka dibenarkan keluar dan pergi makan. Namun pergerakan mereka akan sentiasa dikawal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam

SUmber :- Kosmo
Memang patutlah sebab ada pelajar yang tinggal jauh.. Walaupun tidak dikuarantin rasanya mereka perlu diberikan perhatian.. Mana tau mereka terkena..Merebak pula penyakit tu kat Melaka Read More...

Friday, July 17, 2009

Pelajar UiTM Shah Alam perlukan asrama


SHAH ALAM – Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendesak pihak pengurusan universiti mencari alternatif supaya mereka yang tinggal menyewa di luar kampus dapat menetap di asrama.

Selain terpaksa berebut untuk menaiki pengangkutan awam ke fakulti, kebanyakan pelajar mendakwa dibebani perbelanjaan yang tinggi ekoran terpaksa membayar sewa rumah dan pelbagai bil termasuk kos penyelenggaraan.

Seorang pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Norliyana Nawi, 22, berkata, dia menyewa rumah di Seksyen 8 sejak dua semester lalu bersama empat pelajar lain kerana sewanya RM500 sebulan.

“Memang jauh, tetapi kami tiada pilihan kerana itu yang kami mampu kerana rumah berdekatan kampus terlalu mahal.

“Kami keluar awal untuk naik dua bas setiap pagi iaitu dari Seksyen 8 ke Seksyen 2 untuk ke fakulti tetapi kerap tertinggal bas apabila bas dari Seksyen 2 ke UiTM selalu penuh.

“Kadangkala kami terpaksa menaiki teksi dengan kadar tambang RM6 apabila kelas tambahan berlarutan sehingga melebihi pukul 10 malam,” katanya di sini semalam



Aku pun pernah mengalami situasi seperti mereka.. Memang sakit bila tinggal luar kat Shah Alam ni.. Lebih-lebih kalau tiada kenderaan . Kalau ada kelas malam lagilah susah. Nasib baik masa sem 3 aku dah ada moto.. Walaupun moto agak veteran namun ia telah banyak berjasa kepada aku berulang alik dari rumah sewa ke kampus.. AKu harap Pentadbiran UiTM dapat menyediakan lebih banyak asrama.. Selain membantu pelajar dapat juga mengurangkan gejala tidak baik di luar... Read More...

Thursday, July 16, 2009

H1N1 di UiTM Lendu

MELAKA - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa menutup kampus mereka di cawangan Lendu, di sini mulai hari ini berikutan perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang setakat ini sudah menjangkiti 13 pelajarnya sejak Sabtu lalu.

Notis penutupan kampus yang membabitkan kira-kira 4,000 pelajar itu akan berkuat kuasa mulai tengah hari ini hingga 24 Julai.

Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah ketika dihubungi malam tadi mengesahkan tindakan tersebut selepas mereka mendapat arahan Kementerian Kesihatan.



Seronoklah budak-budak UiTM Lendu ye.. Tapi harap agar wabak ni dapat dibendung segera. Kesian plak mereka ketinggalan nanti.. Periksa tak tunda.. Read More...

Monday, July 13, 2009

Hubungi Kami

Sila nyatakan subjek anda bagi memudahkan admin memberikan maklumbalas yang berkaitan










Name:*

Email:*

Subject:*

Message:*

Verification No.:*
contact form faq



Powered by 123ContactForm.



Read More...

Friday, July 10, 2009

Portal Komuniti UiTM

Aku mencari satu portal komuniti UiTM dan berjumpa portal ini..
MyUiTM ..
Secara amnya aku tengok ia tak berapa bertepatan dengan portal komuniti UiTM sebab yang aku nampak ianya cam terbuka untuk semua.. Dan isikandungan lebih berbentuk hiburan.. Serupa je cam portal hiburan lain.. Tapi masing-masing punya hal.. AKu akan menyelongkar kalau ada lagi portal komuniti UiTM.. Kalau korang ada jumpa bagi le info.. Read More...

Tuesday, July 7, 2009

Percubaan pelajar UiTM tawan Selat Inggeris

Pelajar UiTM sedang cuba untuk menawan Selat Inggeris namun percubaannya gagal...


Zahra tekad

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR


KUALA LUMPUR 4 Julai - Selepas percubaan pertamanya untuk 'menakluki' Selat Inggeris gagal semalam, perenang muda negara, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, tekad untuk kembali melakukannya selewat-lewatnya empat tahun lagi.

Pelajar jurusan Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, walaupun kecewa dengan kegagalan kelmarin, dia terpaksa akur memandangkan jumlah tajaan yang diperolehinya untuk misi berkenaan hanya sekitar RM100,000.

Menurutnya, jumlah sebanyak itu tidak memungkinkan dia dan jurulatihnya, Arof Omar untuk tinggal lebih lama di United Kingdom justeru gagal untuk melakukan percubaan kedua serta seterusnya.

"Berbanding perenang-perenang seluruh dunia yang pernah berenang dari Dover (United Kingdom) ke Calais (Perancis) sebelum ini, mereka mempunyai dana yang banyak serta melakukan beberapa percubaan sebelum berjaya.

"Malahan saya diberitahu, jumlah tajaan yang saya terima hanyalah 10 peratus daripada yang diterima perenang marathon negara, Datuk Abdul Malik Maidin semasa beliau melakukannya (merentas Selat Inggeris)," katanya.

Dia berkata demikian ketika dihubungi di dalam karavan penginapannya di Kent, United Kingdom, semalam.

Menceritakan pengalamannya sewaktu berenang, Zahra menjelaskan, dia hanya sempat memakan biskut serta minum dari botol yang dihulurkan bapanya dari atas bot pengiring pada setiap satu jam.

Jelasnya, walaupun bersemangat dan berupaya meneruskan renangan, dia terpaksa akur dengan arahan Paul Foreman, pemerhati dari 'Channel Swimming and Piloting Federation' (CSPF) yang memintanya agar berhenti melakukan renangan.

CSPF merupakan badan bertanggungjawab menjaga prosedur keselamatan para perenang yang ingin merentasi Selat Inggeris.

"Walaupun Paul tahu saya masih berupaya, dia tetap meminta saya berhenti kerana renangan saya hanya sia-sia dan memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam lagi untuk sampai ke Calais, itupun tiada jaminan.

"Ketika itu, saya telah berenang selama 12 jam setengah, perairan Inggeris tidak seperti perairan negara kerana waktu pasang dan surutnya langsung tidak boleh dijangka," katanya hampa.

Menerusi kenyataan CSPF, kata Zahra, hanya beberapa orang sahaja yang berupaya melakukan renangan dari Dover ke Calais dengan sekali percubaan.

Katanya, ia banyak bergantung kepada faktor nasib memandangkan keadaan perairan yang tidak menentu selain mengakui faktor kehebatan seseorang perenang.

"Saya akan pulang ke Malaysia pada 9 Julai ini dan mempersiapkan diri merentasi Selat Melaka dari Sumatera ke Port Dickson pula selepas ini bersama adik (Salman). Saya berikan sehingga empat tahun lagi sebelum kembali menawan Selat Inggeris," ujarnya.

Jika percubaannya berjaya kelmarin, Zahra sepatutnya muncul sebagai wanita Islam pertama berenang merentasi Selat Inggeris, namun ombak setinggi 1.5 meter serta arus deras yang menolaknya ke Belanda menafikan cubaan itu.

Zahra dan adiknya Salman pernah hampir memecahkan rekod Abdul Malik apabila berjaya berenang dari Langkawi ke Kuala Perlis sejauh 43 kilometer dalam masa 14 jam, dua tahun lalu.



Walaupun gagal diucapkan tahniah kepada beliau.. Semoga beliau tetap bersemangat . Read More...

Saturday, July 4, 2009

Kampus Baru UiTM di puncak alam

Aku baru je mengikuti perkembangan UiTM tercinta.. Selepas lebih 5 tahun meninggalkan UiTM aku langsung tak ambil tahu tentang perkembangan UiTM. Jadi baru tau yang ada satu kampus baru yang akan beroperasi di PUncak ALam, Shah ALam, Selangor..


Kampus pintar, mesra alam UiTM

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 3 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menjadi perintis pembinaan infrastruktur kampus pintar dan mesra alam dapat dibuktikan menerusi pembinaan cawangan barunya di Puncak Alam, di sini.

Reka bentuk bangunannya jauh berbeza dengan yang biasa dilihat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lebih menarik ialah pembinaannya mengambil kira lokasinya yang di kelilingi suasana hijau.

Keunikan Kampus UiTM Puncak Alam yang berkeluasan 445.1 hektar dengan fasa pertamanya sudah siap dan boleh digunakan.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kampus berkonsepkan gandingan teknologi dan alam sekitar itu memberi penekanan kepada reka bentuk pintar bagi kemudahan para warganya sama ada tenaga pengajar mahupun di kalangan penuntut.

"Pembinaan kampus baru ini melibatkan tiga fasa, setakat ini fasa pertama telah pun siap dan mula beroperasi bulan ini.

"Antara pusat pengajian yang telah siap ialah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Farmasi (FF).

"Dua kolej kediaman iaitu Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana yang menempatkan lebih 600 pelajar juga sudah siap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Ibrahim, kampus itu adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan UiTM berikutan kampus induknya di Seksyen 2 di sini tidak dapat menampung pertambahan bilangan pelajar untuk tempoh jangka masa panjang.

Malah, katanya, pembinaan kampus itu turut melibatkan pertambahan bidang pengajian oleh UiTM pada masa depan selain mampu menempatkan 13,000 penuntut dalam satu-satu masa sekiranya kesemua fasa pembinaan siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyatakan tempoh sebenar projek pembinaan kampus itu disiapkan.

Ibrahim berkata, kampus baru itu akan menyediakan kemudahan pembelajaran termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta interaksi pembelajaran antara pelajar dengan tenaga pengajar serta warga kampus yang lain.


Sumber : Utusan.com.my

Caiyoklah UiTM. semoga terus maju. Read More...

Thursday, July 2, 2009

Bukan Histeria tapi Stress


























MARAN 1 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang menolak tanggapan bahawa 40 pelajar baru universiti itu di kampus Jengka yang dimasukkan ke hospital semalam adalah disebabkan mengalami histeria.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Pahang, Muhammad Mohktar Samat berkata, kesemua pelajar perempuan itu sebenarnya mengalami keletihan melampau atau stres sehingga menyebabkan mereka muntah-muntah.

Beliau menjangkakan pelajar terbabit tiada masalah untuk meneruskan aktiviti yang dirancang sejak 27 Jun lalu hingga 3 Julai ini.

''Jika pelajar terbabit masih lemah, mereka boleh dikecualikan daripada mengikuti aktiviti sehingga benar-benar pulih dan sihat.

''Ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan anak-anak mereka kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah yang di luar jangkaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, seramai 40 pelajar baru wanita UiTM Kampus Jengka dikejarkan ke Hospital Jengka kira-kira pukul 6 petang selepas dikatakan mengalami sesak nafas dan muntah-muntah akibat keletihan.

Dalam kejadian antara pukul 5.30 petang hingga 6 petang itu, kesemua pelajar terbabit sedang mengikuti ceramah agama sempena Minggu Mesra Siswa universiti berkenaan bermula 27 Jun hingga 3 Julai ini.

Pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar baru yang mendaftar di universiti itu Sabtu lalu bagi mengikuti 13 kursus ditawarkan.

Muhammad Mohktar berkata, kesemua pelajar terbabit kini masih berehat selepas mendapat rawatan di hospital itu semalam.

Menurut beliau, pelajar lain akan meneruskan aktiviti yang dirancang.

''Kita tidak menolak kemungkinan mereka mengalami kejutan apabila terpaksa menjalani program yang padat sejak 27 Jun lalu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, seramai 1,600 pelajar baru mendaftar di UiTM Pahang di sini bagi sesi pengajian 2009/2010.


Sumber :- Utusan.



Aku dulu merupakan pelajar UiTM Jengka ni. Memang dari zaman aku cerita-cerita histeria ni ada berlaku.. Tak tau plak yang sekarang ni kes-kes camni masih berlaku lagi.

Apahal pun kepada adik-adik semua, jangan stres bila menjalani suai kenal camtu. BIasalah tu. Read More...

Saturday, June 27, 2009

Permohonan ke UiTM online

Aku ada cita-cita nak sambung belajar tapi tak tau arah tuju.
Jadi aku semak rupanya ada portal khas dari UiTM untuk permohonan kemasukan secara online.













Nampaknya terdapat Program Pengajian Luar Kampus yang ditawarkan tapi kursus-kursus yang ditawarkan terhad Kenalah aku explore dulu. Kalau korang nak tau pergilah ke portal Aplikasi Elektronik UiTM Read More...

Wednesday, June 24, 2009

PTPTN dipertingkatkan?

Betulkah pengurusan PTPTN akan meningkatkan prestasi?? Rasanya ramai dari kita semua yang belajar dengan bergantung harap pada pinjaman..



KUALA LUMPUR: Pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung kekurangan dalam dana perbelanjaannya ekoran keputusan mengurangkan caj pengurusan bagi pembiayaannya berkuatkuasa tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khalid Nordin berkata antara langkah yang diambil ialah mengenal pasti proses kerja yang boleh disingkatkan dan diautomatikkan seperti memperkenalkan permohonan secara online kepada pelajar yang ingin memohon pembiayaan selain memperkenalkan kaedah bayaran balik pinjaman melalui perbankan Internet.

Menjawab soalan Tan Sri Ong Ka Ting (BNKulai) mengenai bagaimana PTPTN akan menampung kekurangan dana apabila caj pengurusannya dikurangkan daripada tiga peratus kepada satu peratus bermula 1 Jun tahun lepas, Mohd Khalid berkata selari dengan jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan jumlah bayaran balik yang sepatutnya dibayar oleh peminjam semakin meningkat, jumlah pendapatan daripada caj pengurusan sebanyak satu peratus juga akan meningkat.

Menjawab soalan tambahan Ong mengenai tindakan PTPTN untuk meningkatkan kadar bayaran balik pinjaman, beliau berkata kerajaan menggalakkan peminjam berunding dengan PTPTN supaya mereka "tidak menyepi" setelah keluar daripada universiti dan mendapat pekerjaan.

Katanya cadangan agar PTPTN bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dikemukakan kepada kabinet bagi menyenangkan peminjam membayar pinjaman mereka melalui potongan gaji berasaskan pendapatan.

Bagi peminjam tegar, Mohd Khalid berkata, Kementerian Pengajian Tinggi turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, melalui Jabatan Imigresen, untuk memastikan bahawa mereka tidak boleh keluar negara.

"Setakat ini, 17,000 peminjam telah disenaraihitamkan," katanya.

Sehingga 31 Mei lepas, PTPTN meluluskan RM27.3 bilion kepada lebih 1.3 juta peminjam dengan jumlah pinjaman terkumpul yang patut bayar balik sebanyak RM2.5 bilion dan jumlah yang dikutip sebanyak RM1.2 bilion (47 peratus).

"Dari segi jumlah peminjam, ada peningkatan mereka yang bayar balik, iaitu dahulu 50 peratus, kini 74.2 peratus sudah mula bayar balik," kata Mohd Khaled. BERNAMA
Read More...

Warga UiTM tak boleh ke oversea

Petikan dari MStar

Warga UiTM dilarang ke luar negara - NC

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan arahan melarang warga dan pelajarnya daripada melakukan perjalanan ke luar negara bagi mengelak jangkitan wabak Influenza A (H1N1).

"Saya telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan sesiapa pun keluar dari Malaysia," kata Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau memberitahu pemberita demikian mengenai langkah yang diambil universiti awam itu bagi membendung jangkitan wabak tersebut di kalangan pelajarnya.

Empat buah sekolah terpaksa ditutup setakat ini apabila pelajarnya turut dijangkiti wabak berkenaan.

Ibrahim berkata bagaimanapun kebenaran untuk ke luar negara diberikan berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan mustahak.

Beliau mengakui terdapat rungutan berhubung arahan itu terutama di kalangan kakitangan akademik yang telah melakukan persiapan untuk ke keluar negara.

Namun katanya, beliau perlu bertegas kerana tidak mahu UiTM yang mempunyai lebih 100,000 pelajar di seluruh negara dijangkiti wabak dan kampus terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar.

Mengenai saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya institusi pengajian tinggi menubuhkan jawatankuasa bertindak H1N1 bagi mengekang jangkitan virus itu, Ibrahim berkata UiTM sudah menubuhkan jawatankuasa sedemikian dan sentiasa dalam keadaan berjaga- jaga mengenai penularan virus. BERNAMA




Kepada adik-adik tu sabar je la ye.. Read More...

Tuesday, June 16, 2009

Website UiTM , tiada versi Melayu ke?

Aku sebenarnya dah lama tak buka website uitm ni..


















Aku tak tau samada terlepas pandang tapi aku tercari-cari website UiTM versi Melayu.. Ada ke versi BM?? Read More...

Thursday, June 11, 2009

Alumni UiTM

Aku baru je daftar Alumni UiTM secara online..
Mudah je nampaknya.. Hanya perlu masukkan username dan i/c..
Sebelum ni aku ingatkan kena masukkan no id UiTM..
Mana nak ingatkan.. APahal pun korang semua boleh pergi ke url berikut :-
http://alumni.uitm.edu.my/registration/index.php


Ini kesudahannya. Harap2 korang semua pun leh join alumni UiTM... Read More...

Saturday, June 6, 2009

Naib Canselor UiTM terima anugerah

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah menerima Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin,6 Jun 2009.





















Walaupun aku tak pernah bertemu muka dengan dia.. Aku ucapkan tahniah buat NC UiTM. Semoga beliau menjalankan tugas dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang Read More...

Tuesday, May 26, 2009

Lama aku tak update

Assalamualaikum semua.
Minta maaf kalau korang singah blog ni dan nampak berabuk. Takde apa-apa update terbaru.
AKu bukan berenti berblog tapi sebab aku byk tumpu pada blog yg boleh bagi aku sikit income.. almaklumlah aku bukanlah pegawai besar dan perlu cari duit-duit sikit untuk bayar bil tepon dan bil umah.. nak harap gaji sekadar cukup2 je..
Lagipun aku nak kena susun balik jadual keje ni..
Keje terbengkalai aku masih byk tak jalan..
Jadi memang susah nak update.. Lebih-lebih lagi aku dah buntu nak tulis pe...
Tapi insyaallah kalau aku dpt mengukuhkan dan membasuh kepala otak yang penuh dengan lagu stress..
APa aku melalut dah.. Read More...