Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, October 8, 2009

Jangan henti hantar pelajar ke Indonesia – UTiMAS




PERSATUAN Akademik Universiti Teknologi Mara (UTiMAS), persatuan yang mewakili kumpulan Profesor dan Profesor Madya UiTM menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak akan menghentikan penghantaran pelajar kursus kritikal ke Indonesia ekoran bencana alam di negara itu.

Menurut Muhyiddin, semua pihak yang bertanggung jawab termasuk pegawai-pegawai tinggi universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi, JPA, MARA dan yayasan-yayasan negeri tidak perlu mengkaji semula program penghantaran pelajar yang sedia ada.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas daripada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman dalam Kosmo! Ahad (4 Oktober 2009) bahawa pihaknya mula berkira-kira untuk menghentikan penghantaran pelajarnya tajaannya ke Indonesia dan mencari negara yang lebih selamat seperti Poland dan Hungary.

UTiMAS merasakan di saat negara sahabat menghadapi bencana sepatutnya kita harus lebih bersimpati terhadap negara tersebut dan rakyatnya.

Sebenarnya Indonesia telah memberikan 6,000 tempat sekarang ini bagi pelajar-pelajar Malaysia untuk mengikuti kursus perubatan di pelbagai universiti Indonesia sebagai satu alternatif terbaik kepada pelajar-pelajar cemerlang Malaysia untuk mendapatkan ijazah perubatan. Malaysia tidak mempunyai ruang dan jumlah tempat pengajian yang mencukupi dalam bidang perubatan. Ini ditambah lagi dengan jumlah doktor yang amat kurang khususnya doktor bumiputera di negara ini.

Negara memerlukan bilangan doktor mahir dan terlatih pada kadar 1 doktor untuk 500 orang penduduk. Dan mengikut nisbah terkini ialah 1 doktor berbanding 1,169 orang. Ini ditambah dengan kebimbangan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin yang mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di IPTA agak rendah berbanding kaum lain di negara ini.

Sehubungan itu, UNiMAS meminta ibu bapa tidak bimbang dengan keadaan di Indonesia kerana pihak Universitas Andalas sendiri melalui Pembantu Rektor Bidang Perancangan, Kerjasama dan Sistem Informasi, Dr. H. Elfi Sahlan Ben Apt menyatakan bahawa pihak Universitas Andalas akan memulihkan pengajian dan kampus mereka dengan cara terbaik dan memulakan pengajiannya termasuk bidang perubatan bermula 12 Oktober ini.

Mengikut sistem pendidikan pengajian tinggi Indonesia, buat masa ini tidak mungkin pelajar di Padang dapat ditempatkan atau diterima belajar di universiti-universiti lain di Indonesia. Tidak mungkin juga bagi universiti tempatan yang mempunyai tempat terbatas untuk menerima 330 orang pelajar Padang untuk menyambung pengajian mereka di universiti-universiti tempatan.

Kecuali hanya kerajaan memberikan arahan yang luar biasa kepada pentadbiran-pentadbiran universiti tempatan dan itu akan mengakibatkan jumlah kos yang amat tinggi.
- Utusan..

Entahlah nak komen pun tak tau.. Mungkin ada sebab tersendiri saranan agar perlu menghantar pelajar ke Indonesia.. harap-harap la

0 comments: