Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, July 17, 2009

Pelajar UiTM Shah Alam perlukan asrama


SHAH ALAM – Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendesak pihak pengurusan universiti mencari alternatif supaya mereka yang tinggal menyewa di luar kampus dapat menetap di asrama.

Selain terpaksa berebut untuk menaiki pengangkutan awam ke fakulti, kebanyakan pelajar mendakwa dibebani perbelanjaan yang tinggi ekoran terpaksa membayar sewa rumah dan pelbagai bil termasuk kos penyelenggaraan.

Seorang pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Norliyana Nawi, 22, berkata, dia menyewa rumah di Seksyen 8 sejak dua semester lalu bersama empat pelajar lain kerana sewanya RM500 sebulan.

“Memang jauh, tetapi kami tiada pilihan kerana itu yang kami mampu kerana rumah berdekatan kampus terlalu mahal.

“Kami keluar awal untuk naik dua bas setiap pagi iaitu dari Seksyen 8 ke Seksyen 2 untuk ke fakulti tetapi kerap tertinggal bas apabila bas dari Seksyen 2 ke UiTM selalu penuh.

“Kadangkala kami terpaksa menaiki teksi dengan kadar tambang RM6 apabila kelas tambahan berlarutan sehingga melebihi pukul 10 malam,” katanya di sini semalam



Aku pun pernah mengalami situasi seperti mereka.. Memang sakit bila tinggal luar kat Shah Alam ni.. Lebih-lebih kalau tiada kenderaan . Kalau ada kelas malam lagilah susah. Nasib baik masa sem 3 aku dah ada moto.. Walaupun moto agak veteran namun ia telah banyak berjasa kepada aku berulang alik dari rumah sewa ke kampus.. AKu harap Pentadbiran UiTM dapat menyediakan lebih banyak asrama.. Selain membantu pelajar dapat juga mengurangkan gejala tidak baik di luar...

2 comments:

Anonymous said...

btoi2..aku skong.. ntah ar pe yg pngurusan uitm ni fkir..utk intrnational stdent, malabur xigt..sdiakan pnempatan, fac dh bru pn renvate lg..yg tempatan ni, trkapai2..xpe,aku tau dorg akn brkata,brsyukur ar kamu, yuran uitm jauh lg murah..tp sdangkan dr pe yg ak nmpk, trget 200000stdent 2 hnya mngkatkn quantity, bukan QUALITY!!!

Fathul_Dinulwan said...

saye yang akn masuk 4/7 nipun pening cari umh sewa..dah la duk joho..padahal kos saya ade di melaka sama sahaja..tapi dpt kt shh alam juga..
plik la uitm ni..bukan profile pelajar kn di simpan lihtla pendptn parents pelajar tersebut..camana kalau pelajar tu miskin nk trun shh alam cari rumh mmg tk dptla..smpai sane hri pendftrn baru nak cari..tupun kalau dapat..terbeban walau belum masuk uitm lagi..bukan tidak bersyukur..tetapi keadaan tidak membantu langsung..kuantiti bertambah tetapi kualiti semakin menurun...

-yang risau masih tidak dpt umah sewa ...