Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, September 24, 2009

Mekanisme saring PhD di IPTS

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Beberapa tokoh akademik mahu mekanisme saringan bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sambil melahirkan kebimbangan mengenai ketiadaan saringan seperti yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), mereka berpendapat, langkah itu perlu bagi mengelak pemilikan PhD ekspres berlaku secara berleluasa di negara ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pula yakin IPTA bersih daripada golongan yang memiliki PhD 'ekspres' kerana mempunyai mekanisme saringan yang kukuh.

Katanya, di UiTM, latar belakang akademik setiap bakal tenaga pengajar di institusi itu disemak menerusi Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Ibrahim, masalah akan timbul apabila golongan ini bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri dengan tujuan penyelewengan dan penipuan.

''Sukar untuk memastikan status ketulenan gelaran mereka jika tidak terikat dengan sebarang saringan seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan awam.

''Mereka yang sengaja berlagak dengan gelaran palsu perlu diambil tindakan undang-undang kerana sudah pasti membawa kesan yang buruk kepada masyarakat," katanya.

- Utusan

Harap-haraplah UiTM tidak semudah memberikan bukan hanya PhD malahan semua jenis sijil. Saya pernah mendengar tentang seorang pelajar di IPT tempatan yang mendapat transkrip tetapi tiada sijil kerana tidak habis membayar yuran tertentu.. Tak pasti samada beliau layak mendapat sijil atau tidak..

Selain itu rasanya ijazah kehormat juga perlu dikurangkan. Nanti tiada makna kalau asyik bagi je pada VIP-VIP.. Read More...

Wednesday, September 23, 2009

UiTM Tawar Program Perubatan dengan IPT luar

KUCHING, 23 Sept (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak akan mengadakan program perubatan serta pertanian bersepadu dengan kerjasama beberapa universiti luar negara, terutamanya di Indonesia, dalam menyediakan tenaga kerja sesuai bagi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Pengarah kampus UiTM Sarawak Prof Madya Dr Jamil Hamali berkata satu memorandum persefahaman (MOU) dijangka ditandatangani di peringkat pusat dengan universiti tertentu di Bogor dan Bandung, yang pengajiannya diiktiraf dunia, pada hujung tahun ini.

"Melalui bidang pertanian moden, UiTM Sarawak akan meminjam kepakaran mereka (Indonesia) untuk ditempatkan di kampus Kota Samarahan di sini, yang telah menyediakan sebuah makmal penyelidikan, manakala pelajar cemerlang akan dihantar untuk meneruskan pengajian di sana dalam peringkat tertentu," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Hari Raya beliau di sini Rabu.

Beliau berkata walaupun UiTM menawarkan bidang perubatan namun tempat yang disediakan tidak mencukupi dan kerjasama tersebut memberi peluang kedua kepada anak tempatan untuk mengikutinya di luar negara selepas melulus pengajian diploma Sains di UiTM.

Dalam membantu kerajaan negeri, katanya UiTM Sarawak turut mengadakan program yang berkaitan dengan persediaan untuk melaksanakan projek di bawah Score, termasuk farmasi serta kejuruteraan kimia, sivil dan elektrikal.

Dr Jamil berkata UiTM Sarawak akan membina sebuah kampus tambahan di tapak seluas 200 hektar yang diluluskan oleh kerajaan negeri di Mukah untuk memberi peluang kepada kaum Bumiputera setempat seperti dari Sibu, Bintulu, Miri, Limbang dan Belaga mengikuti pengajian mereka.

Kampus Mukah, yang terletak di kawasan Score, kini mempunyai 300 pelajar dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung yang sedang mengikut pengajian dalam bidang Industri Peladangan, katanya.

Selain itu, beliau berkata turut dirancang ialah pembinaan kampus di tapak seluas 40 hektar di hadapan kawasan sedia ada di Kota Samarahan bagi menampung 10,000 pelajar menjelang 2015.

Beliau berkata pembinaan infrastruktur untuk pelan pembangunan kampus induk UiTM Sarawak dijangka dimulakan pada November ini melalui inisiatif pembiayaan swasta.

UiTM Sarawak, yang menawar 23 jenis program, kini mempunyai 5,000 pelajar.


-- BERNAMA

Bagus lah tu.. Walaubagaimanapun diharap UiTM Sarawak akan terus berusaha dalam membangunkan kampus induk. Read More...

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum kepada pembaca bloggerUiTM..
Di kesempatan ini bloggeruitm ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya'..
Maaf andai ada kesalahan dan kesilapan samada secara langsung atau tidak.
Read More...

Monday, September 14, 2009

Alumni UiTM sasar 36,000 ahli setiap tahun

Shah Alam 13 Sept - Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) berhasrat untuk menarik kira-kira 36,000 bekas pelajar universiti itu setiap tahun bagi mengukuhkan semula peranannya pada masa depan.

Presidennya, Datuk It. Mohd. Zin Mohamed berkata, langkah itu diambil selaras dengan sasarnnya untuk mengembangkan keahlian alumni daripada pelbagai kepakaran.

Menurutnya, UiTM mempunyai bilangan bekas pelajar paling ramai iaitu 365,000 orang dan ia merupakan aset amat berharga dan boleh digembleng bukan hanya untuk perkembangan alumni semata-mata.

PAUiTM akan mengadakan program Wacana Membasmi Kemiskinan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dijadual turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12 Oktober ini.

Selain itu, program tersebut akan turut disusuli dengan pelancaran laman web rasmi PAUiTM yang akan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat terkini serta perkembangan semasa persatuan kepada orang ramai khususnya pelajar dan bekas pelajar..

- Utusan 14 Sept 09 m/s 16.

Baguslah kalau ada keseriusan dalam memperkembangkan alumni ni. Saya sendiri pun tak tahu cara untuk menjadi ahli alumni ni. Mungkin dengan pembinaan laman web PAUiTM yang akan dilaksanakan kelak dapat membantu. Read More...

Blogg untuk UiTMers

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebenarnya saya mendapat idea ini dari adik saya...
Mungkin ada di antara anda yang mempunyai blog..
Apakata kongsi disini..
Saya akan mengumpulkan link-link dari pelajar dan bekas pelajar UiTM..
Tinggalkan komen beserta link dan blog anda akan dikongsikan di sini...

Caranya mudah ..
Lihat contoh saya
Nama :- Zool Ligakampung
Kursus :- Diploma Sains Komputer / Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Cawangan :- Jengka, Pahang / Shah Alam, Selangor
Tahun Belajar :- 96-99 / 99 -2002
Url :- http://www.ligakampung.com/blog

Untuk makluman anda, setiap nick hanya dibenarkan satu link.. Jadi kalau rasa nak bagi 2 link blog, pandai-pandaile reka ye..

Insyaallah jika ada kelapangan saya juga akan memberikan top 10 ( berdasarkan klik dari blog ini).. Insyaallah.. Itupun kalau ada sambutan dari anda semua..

p/s:- Pihak mansterx berhak untuk memilih sekiranya blog sesuai dan berhak untuk menolak jika dirasakan blog yang diberi tidak sesuai

Daftar ditutup untuk seketika.. Akan dibuka semula tidak lama lagi.. Read More...

Sunday, September 13, 2009

Tawaran Meneruskan Pengajian Bagi Program Pengajian Luar Kampus (PLK)

Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon bumiputera yang sedang bekerja dan berkelayakan SPM/ STPM/ Diploima untuk memohon PLK yang ditawarkan bagi kemasukan Disember 2009. Program PLK yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Progam
1. Sarjana Muda Perakauanan dengan Kepujian
2. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Pemasaran)
3.Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Kewangan)
4. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Pengurusan Sumber Manusia)
5.Sarjana Muda Perakauanan Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian ( Perdagangan Antarabangsa)
6.Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
7.Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
8.Sarjana Muda Pengajian Undang-undang dengan Kepujian
9.Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Komunikasi Data & Perangkaian)
10. Diploma Pengajian Perniagaan
11. Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
12. Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web UiTM, http://www.uitmonline.edu.my/plk/

Iklan ini sah laku sebelum :- Jumaat, 2 Oktober 2009. Read More...

Thursday, September 10, 2009

Permohonan kemasukan pelajar UiTM sesi Disember 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya dapat satu emel dari pihak UiTM.. Bacalah ye..

Y. Bhg Dato’/Datin/Prof/ Dr/Tuan/Puan

200,000 ENROLMEN UiTM ……..USAHA KITA BERSAMA

Salam Ramadhan Alumni UiTM,

Tarikh tutup permohonan kemasukan pelajar sesi Disember 2009 akan berakhir pada 30September 2009 (Rabu). Dalam usaha untuk mencapai enrolmen 200,000 pelajar UiTM pada tahun 2010, mohon kerjasama semua alumni untuk menghebahkan permohonan kemasukan kepada calon-calon yang terdiri daripada lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/ Politeknik/ lepasan diploma IPT lain dan Diploma UiTM/Kolej Bersekutu. Permohonan boleh dibuat melalui url http://www.uitmonline.edu.my. Bantuan dan kerjasama daripada Y. Bhg Dato’/Datin/Prof/ Dr/Tuan/Puan amat dihargai bagi mencapai enrolmen 200,000 pelajar UiTM menjelang tahun 2010.
Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada bpp@ salam.uitm.edu.my.

Terima kasih.


Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah
Bangunan UiTM International Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Hotline : 603 55443165 / 66 / 74 / 75 / 64
Faks : 603 55443170
e-mail : bpp@ salam.uitm.edu.my
website : pengambilan.uitm.edu.my


Jadi tolong-tolonglah sebarkan berita ni agar UiTM berjaya mencapai sasarannya.. Read More...

Saturday, September 5, 2009

UiTM International Music Conference 09




UiMusic 09
19-20 October 2009
UiTM Section 17 Campus Shah ALam

Download Brochoure
Read More...