Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Wednesday, October 27, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Pelajar UiTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir buat pelajar-pelajar UiTM semua. Diharap anda semua dapat menjawab dengan tenang dan berjaya dalam peperiksaan.

Ada seorang blogger meminta saya menulis tips menghadapi peperiksaan. Walaupun saya bukan pelajar yang cemerlang tapi bolehlah sikit-sikit kongsikan pengalaman.
Berikut sedikit panduan ketika menghadapi peperiksaan yang boleh diamalkan..

1. Masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan. Baca bismillah.
2. Sebelum itu pastikan peralatan mencukupi. Pensel, pen, pemadam , pembaris dan lain-lain barang keperluan. Sediakan lebih pen atau pensel bagi mengelakkan masalah pensel patah, pen habis dakwat.
3. Pastikan anda membawa kad pelajar.
4. Jangan duduk terlalu depan atau terlalu belakang. Kalau duduk depan mungkin akan menimbulkan gementar dan kalau duduk belakang mungkin gelisah bila tengok ramai yang keluar awal.
5. Jangan berani-berani meniru atau membawa toyol. Kalau ditangkap mungkin anda boleh dikenakan tindakan gantung semester. Sanggupkah anda mengulang satu semester hanya kerana satu subjek?
6. Pastikan lokasi tempat peperiksaan dengan betul. Jangan tersilap dewan.
7. Pastikan hadir selewat-lewatnya 20 minit awal.
8. Seelok-eloknya jangan mengulangkaji sebelum masuk dewan takut anda akan mengalami 'blank'.
9. Selepas peperiksaan tak perlu semak jawapan kerana ia akan menganggu subjek yang berikutnya.
10. Sekiranya 'carry mark' anda di bawah 10 dari 40 markah, fikir semula samada anda perlu menghadapi peperiksaan akhir atau tidak. Ini kerana kebarangkalian untuk 'fail' itu tinggi.
11. Pastikan anda boleh nampak jam. Ini bagi mengelakkan anda membuang masa dengan memikir soalan yang sukar. Pastikan 30 minit terakhir adalah masa untuk menjawab 1 soalan sahaja. Peruntukkan 10 minit untuk semakan terakhir. Mana tau tersilap tanda terutama bagi soalan objektif.




Okay. Cukuplah sedikit tips ni. Mungkin boleh pakai dan mungkin tidak.

Sekian,

Zool Ligakampung ( Bekas pelajar yang pernah lulus dan gagal dalam peperiksaan di UiTM )
Pemilik Blog BloggerUiTM

. Read More...

Thursday, October 21, 2010

UiTm taja pelajar ke universiti terkenal dunia

KUALA LUMPUR : UiTM akan menaja 50 penuntutnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam pelbagai bidang di beberapa universiti terkenal dunia dalam uaha melahirkan lebih ramai profesional.

" Kita telah kenal pasti 50 pelajar kumpulan pertama untuk dihantar ke luar negara Septemer tahun depan. Mereka perlulah melepasi ujian aptitud yang bakal menguji jati diri Melayu dan semangat cintakan negara" kata Naib Canselor UiTM, Prof Sahol Hamid Abu Bakar ketika ditemui Bernama selepas menghadiri perhimpunan agung Pergerakan Wanita di PWTC.
Naib Canselor UiTM komited untuk menyahut cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan universiti itu mencapai sasaran 250,000 pelajar menjelang 2015.

- Berita Harian.. (21 Oktober 2010) Read More...

Sunday, October 17, 2010

Jawatan kosong pensyarah di UiTM Johor

Universiti Teknologi MARA Johor ingin mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR, KAMPUS SEGAMAT

Sila Klik dibawah untuk maklumat lanjut:

Iklan Jawatan Pensyarah
Sila Klik dibawah untuk download borang permohonan jawatan:

Download borang jawatan Pensyarah

Tarikh Tutup Permohonan :- 22 Oktober 2010

- Sumber laman web UiTM Johor Read More...

Jawatan kosong Akademik

Jawatan kosong akademik ;-
JAWATAN 1.
PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / GRED KHAS C (PROFESOR) SECARA TETAP / KONTRAK


PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pengurusan Perjawatan, Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari ISNIN, 25 OKTOBER 2010.

Untuk keterangan lanjut sila buka laman web http://www.uitm.edu.my


Sesiapa yang layak bolehlah memohon. Read More...

Wednesday, October 6, 2010

UiTM lancar program Jom Berbasikal kurangkan pencemaran alam sekitar

IPOH 5 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak melancarkan program Jom Berbasikal sebagai satu usaha mengurangkan pencemaran alam sekitar selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Pengarah Kampus UiTM, Prof. Dr. Zainab Mohamed berkata, program tersebut diharap bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan tempat letak kereta di kawasan kampus tetapi juga menggalakkan budaya berbasikal di universiti.

"Budaya berbasikal terkenal di negara China terutamanya di institusi pengajian tinggi (IPT) dan bandar-bandar besar seperti Peking dan Shanghai yang kurang deruman enjin kenderaan bermotor.

"Program yang dianjurkan oleh Kelab XC-Riders UiTM ini wajar diteruskan memandangkan IPT lain seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sudah mula menggalakkan mahasiswa untuk berbasikal," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Jom Berbasikal UiTM Perak yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Mohd. Fisal Ishak di sini semalam.

Zainab yang turut sama menyertai konvoi berbasikal mengelilingi kampus sebelum itu melakukan aktiviti regangan senamrobik di padang.

Dalam pada itu, beliau berkata, UiTM Perak merancang untuk menyediakan ruang tempat letak basikal bagi kegunaan mahasiswa berhampiran bangunan universiti.

Beliau berharap basikal yang bakal disediakan pihak universiti, akan dapat diguna semula oleh generasi mahasiswa pada masa akan datang.

"Kalau boleh kita mahu hanya staf sahaja yang berkenderaan sementara mahasiswa berbasikal," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, ketika ini, UiTM Terengganu dan Johor sudah mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai satu budaya di kampus.

Katanya, ia bersesuaian dengan dengan bentuk muka bumi kedua-dua kampus tersebut yang rata dan selamat untuk berbasikal.
- Utusan Read More...