Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, January 28, 2010

Kampus UiTM di Jasin, Melaka

JASIN, Jan 27 — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UITM) di Jasin akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menawarkan kepada PYBK Usahasama Sdn Bhd untuk membina kampus itu yang dianggarkan bernilai RM300 juta di tanah milik Yayasan Melaka di Seri Mendapat, Semujuk, di sini dan dijangka siap pada 2013.

Katanya asalnya kampus itu ditawarkan untuk dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

“Kampus UITM ini akan membantu Melaka menjadi hab pendidikan kerana daerah lain di Melaka semuanya sudah ada universiti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak kampus UiTM itu hari ini.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan cadangan pembinaan kampus UITM oleh YBK di Serendah, Rawang dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan tapak bagi projek tersebut dan dipindahkan ke Jasin.
- The Malaysian Insider

Semoga pertambahan kampus akan menambahkan lagi peluang Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran. Tak perlu lah nak berbalah kerana politik sehingga sanggup mengadaikan maruah bangsa Read More...

Sunday, January 17, 2010

Universiti Teknologi Mara (UiTM), menggondol dua anugerah pada Majlis Rekacipta, Inovasi dan Rekabentuk

SHAH ALAM 14 Jan. - Alat pengesan virus cirit-birit 'RoNo Quick' ciptaan pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Zuridah Hassan menggondol dua anugerah pada Majlis Rekacipta, Inovasi dan Rekabentuk (IID) 2010 yang berlangsung di kampus UiTM di sini hari ini.

Dua anugerah itu ialah Anugerah Utama IID 2010 dan Anugerah Berlian Kategori Staf.

Kejayaan itu membolehkan Zuridah yang bertugas di kampus UiTM cawangan Puncak Alam membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, piala iringan dan sijil.

- Utusan
Satu lagi kejayaan dari pensyarah UiTM.. Syabas Read More...

Saturday, January 9, 2010

Naib Canselor UiTM janji akan tingkatkan UiTM

SEBAGAI sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terbesar di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini akan terus memperkasakan graduannya supaya menjadi pilihan utama dalam sektor industri.

Bakal Graduan UiTM bukan hanya diterapkan dengan kemahiran dalam bidang pekerjaan, malah turut menguasai tiga elemen utama iaitu, keusahawanan, teknologi dan inovasi sebagai nilai tambah sebelum memasuki alam pekerjaan hingga mampu menjadi kapten dalam industri.

Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar dilantik menjadi Naib Canselor UiTM yang baru berkuat kuasa 1 Januari menggantikan Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember lalu.

Menurut beliau, bagi memperkasakan UiTM, sebanyak 200 program baru bakal ditawarkan bagi merealisasikan matlamat melahirkan graduan yang versatil dan kompetetif.

mStar: Antara perubahan yang akan diperkenalkan?

Sahol Hamid: Kalau kita lihat kebanyakkan universiti, akan mengeluarkan graduan yang akan bekerja di sektor swasta dan juga kerajaan masih mereka dianggap sebagai pekerja.

Jadi konsep baru UiTM adalah untuk melahirkan pekerja, maknanya untuk melahirkan kapten dalam industri. Jadi kita akan mengubah kurikulum untuk melahirkan usahawan inovatif.

Dengan adanya konsep-konsep sebegini, kita mahukan pelajar UiTM yang bakal menjadi graduan yang dilengkapi dengan ciri-ciri ini supaya mereka dipilih sebagai pilihan utama untuk bekerja.

Dan daripada golongan ini, akan ada yang mampu naik ke peringkat yang lebih tinggi, itu yang kita katakan sebagai kapten dalam industri. Ini adalah satu pendekatan baru yang akan kita bawa di UiTM.

Selain itu, kita juga akan mewujudkan beberapa program-program baru yang mungkin bercorak ijazah berkembar contohnya perakaunan dan undang-undang adalah program yang tak pernah ditawarkan sebelum ini.

Mungkin juga program kewangan dan undang-undang, ataupun ekonomi dan undang-undang atau ada banyak kombinasi yang ada... ini adalah pembaharuan baru.

Kita juga akan memperkenalkan program baru seperti detektif perubatan... saya ada 200 program baru yang boleh kita tawarkan.

Tujuan saya ialah untuk letakkan pelajar UiTM sebagai pilihan pertama majikan. Perubahan perlu berlaku.

Perubahan ini bukan sahaja di kalangan, ia juga perlu berlaku di kalangan pensyarah. Saya akan usahakan supaya pensyarah-pensyarah UiTM diberi latihan industri supaya mereka mendapat lebih pengalaman. Saya akan bawa industri kepada UiTM dan banyak kerjasama akan diadakan antara UiTM dan industri.

Dengan adanya penglibatan industri dengan UiTM, universiti ini akan menjadi tempat yang dituju oleh majikan untuk mendapatkan graduan-graduan yang mahir bukan sahaja dalam bidang akademik tapi juga dari segi cara berkerja.
- MStar

Bagus lah Datuk Sahul . Semoga UiTM lebih maju lagi Read More...

MB tawar YBK bina kampus UiTM di Negeri Sembilan

SEREMBAN 9 Jan. – Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan kawasan di negeri itu untuk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan hasrat membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjemput Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan memilih kawasan yang sesuai untuk pembinaan kampus itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini bahawa YBK menghadapi masalah untuk meneruskan projek pembangunan kampus UiTM di Serendah, Rawang, Selangor dan akan mencari tapak alternatif.

Ketika ditemui pemberita di sini, Mohamad berkata, UiTM kini sudah mempunyai kampus tetapnya di Kuala Pilah dan baru-baru ini telah diluluskan pembinaan dua lagi kampus universiti itu iaitu di Seremban 3 yang dikenali sebagai ‘City Campus’ dan di Chengkau, Rembau.

Beliau berkata, kedua-dua kampus itu akan dibina melalui dana swasta.

“Kalau hasrat YBK itu menjadi kenyataan maka kita merupakan negeri pertama yang mempunyai lebih daripada dua kampus UiTM.

“Memang menjadi agenda utama kita untuk melibat pembangunan modal insan dan kita hendak menjadikan negeri ini sebagai lembah pelajaran atau pun hab pelajaran,” katanya. - Bernama

Nampaknya selepas isu hangat pembinaan yang ingin dibuat di Selangor. Negeri Sembilan pula membuat tawaran. Harap2 tercapailah pembinaan. Read More...

Thursday, January 7, 2010

UiTM mahu graduan kuasai lebih satu bidang

SHAH ALAM 5 Jan. – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menetapkan sasaran dalam tempoh dua tahun untuk melahirkan graduan UiTM yang mampu memiliki lebih daripada satu bidang kemahiran profesional.

Beliau berkata, bagi tujuan itu perubahan kecil kepada kurikulum di UiTM akan dilakukan bagi membolehkan para penuntut mengambil subjek elektif di luar daripada bidang pengajian mereka.

‘‘Ini supaya penuntut kejuruteraan sebagai contoh, akan turut berupaya menguasai bidang arkitek dan penuntut perakaunan pula memiliki kemahiran dalam bidang undang-undang.

‘‘Kaedah ini akan digunakan dan saya telah menyenaraikan begitu banyak perancangan lagi dan semua ini akan digunakan supaya UiTM akan terus maju hingga menjadi universiti disegani dalam dan luar negara.

‘‘Pelan ini antara yang saya bentangkan kepada ahli jawatankuasa eksekutif universiti yang menganggapnya drastik tetapi kita perlu berusaha secepat mungkin kerana kita tidak punya banyak masa lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

- Utusan

baguslah camtu.. Ini beri peluang kepada graduan untuk mengembangkan ilmu dan tidak tertumpu pada satu kemahiran saja... Semoga usaha ini mencapai matlamatnya Read More...