Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Saturday, May 29, 2010

UiTM juara taekwando di Masum

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) dinobatkan selaku juara keseluruhan dalam acara tae- kwondo pada temasya Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) Fasa II.

Meskipun gagal menambah kutipan pingat emas pada hari terakhir acara tersebut di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan semalam, UiTM unggul dengan tujuh pingat emas dan masing-masing satu pingat perak serta gangsa.

Mereka menewaskan dua pencabar terdekat iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang hanya membawa pulang empat pingat emas.

- Kosmo Read More...

Thursday, May 27, 2010

Sukan Masum: UiTM tambah koleksi emas

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) terus mengungguli pungutan pingat emas dalam acara taekwondo pada temasya Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) Fasa II semalam, lapor NORZASRUDIN MOHAMED NOR.

Pada aksi di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan itu, UiTM mengutip dua lagi pingat emas masing-masing menerusi Mohd. Zainudin Mohd. Azudin dalam kategori flyweight dan Nasirewan Najmi (welterweight).

Setakat ini, UiTM telah mengumpul tujuh pingat emas, satu (perak) dan dua (gangsa) manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tempat kedua dengan empat emas, satu perak dan tiga gangsa.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) terus membuktikan kehebatan mereka dalam acara futsal lelaki apabila melangkah ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir di Sports Planet Kajang, Selangor semalam, UIAM selaku juara bertahan membelasah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 5-0.

Pada aksi separuh akhir petang ini, UIAM akan bertemu Universiti Malaya (UM) yang menewaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada waktu permainan sebenar.

Saingan separuh akhir acara fusal wanita pula menyaksikan pertemuan antara UiTM menentang Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UT- HM).

- Kosmo

Tahniah.. Semoga bertambah lagi pingat untuk UiTM Read More...

Wednesday, May 5, 2010

Pembinaan 6 kampus UiTM jimat RM600j

Pelaksanaan projek secara PFI boleh kurangkan kos: Khaled

PUTRAJAYA: Kerajaan berupaya menjimatkan sebanyak RM600 juta kos untuk membina enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara menerusi pelaksanaan kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelaksanaan projek secara PFI itu dijangka boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM50 juta hingga RM100 juta bagi setiap kampus baru.
Beliau berkata, ia kerana kos pembinaan setiap kampus UiTM menerusi kaedah konvensional adalah mencecah sehingga RM400 juta berbanding tidak sampai RM300 juta menerusi konsep PFI.

“Ini bermakna kerajaan hanya akan membelanjakan RM1.8 bilion untuk membina enam kampus baru UiTM, manakala bayaran balik kos pembinaan kepada syarikat terbabit dilakukan secara berperingkat mengikut bilangan pelajar di situ.

“Kita berharap pembinaan kampus baru UiTM berkenaan dapat dimulakan secepat mungkin dan mampu membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi antara UiTM dan syarikat yang terbabit dengan projek pembinaan enam kampus UiTM secara PFI di sini, semalam.
Enam kampus baru UiTM yang akan dibina menerusi kaedah PFI ialah di Pasir Gudang, Johor; Jasin, Melaka; Seremban 3, Negeri Sembilan; Kota Samarahan, Sarawak; Tapah, Perak dan Puncak Alam, Selangor.

Mengulas lanjut, Khaled berkata beliau meminta pengurusan UiTM supaya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan semua projek pembinaan kampusnya disiapkan mengikut jadual.

Pada masa sama, Khaled berkata kerajaan juga merancang untuk membina enam lagi kampus baru UiTM termasuk di Dengkil (Selangor), Pekan (Pahang), Mukah (Sarawak), Kapar (Selangor) dan Rembau (Negeri Sembilan) menggunakan pendekatan sama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
- Baguslah tu.. Tapi tak tau plak camne konsep PFI ni.. Adakah swasta menyumbang secara sumbangan sosial atau ada mendapat keuntungan lain?? Read More...