Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Tuesday, June 29, 2010

UiTM tawar pengajian percuma kepada pekerja tidak mampu

SHAH ALAM 28 Jun – Golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM.

“Tawaran ini merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan dengan Penuntut Baru UiTM, di sini hari ini.

Khaled berkata tawaran itu adalah untuk semua peringkat umur.

Mereka yang berminat akan mengikuti satu program pengajian khas sebelum diserapkan ke peringkat diploma bagi mengikuti kursus bersesuaian pada semester berikutnya bergantung kepada keputusan yang dicapai, kata beliau.

Katanya maklumat lanjut mengenai tawaran pengajian itu boleh didapati menerusi iklan yang akan disiarkan oleh UiTM.

Di bawah program CSR yang sama juga, Khaled berkata, UiTM telah mengambil kira-kira 5,000 penuntut daripada anak golongan miskin yang tidak mendapat keputusan cemerlang bagi mengikuti pengajian pradiploma.

“Kesemua mereka dipilih akan ditempatkan di semua kampus UiTM dan akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma selama enam bulan secara percuma,” katanya.

Khaled berkata, mereka yang mendapat keputusan cemerlang akan ditawarkan pengajian peringkat diploma mengikut bidang bersesuaian.

Seramai 60,000 penuntut baru UiTM mendaftar untuk mengkuti pengajian pada sesi pengajian kali ini.

Khaled turut meminta universiti lain terutama universiti swasta memberikan biasiswa membantu mereka yang tidak berkemampuan. – BERNAMA

Satu berita yang mengembirakan bagi mereka yang sedang bekerja tapi tak mampu untuk melanjutkan pengajian. Read More...

Friday, June 25, 2010

Pertandingan Rekacipta UiTM Melaka

Pertandingan Rekacipta (IID 2010) UiTM Melaka
Bahagian Penyelidikan Dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Melaka akan menganjurkan Pertandingan Rekacipta atau IID (Invention, Innovation and Design) peringkat UiTM Melaka akan diadakan pada 27 Julai 2010. Dengan ini penyertaan dialu-alukan dari semua warga kampus (Staf akademik dan staf bukan akademik) serta penyertaan dari pelajar-pelajar UiTM Melaka (KBM & KAG).
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Julai 2010. Maklumat lanjut boleh di dapati disini
**Borang penyertaan juga boleh di dapati di Pejabat PJI. Sila hubungi 06-5582094/2190. (Pn Nora Isa /Pn Fauziah Hamzah)
“Penyelidikan dibudayakan, Inovasi ditingkatkan”

Sumber :- Portal UiTM Melaka Read More...

Kursus Pra Perkahwinan di UiTM

Kepada sesiapa yang nak berkahwin tu, UiTM menganjurkan kursus pra perkahwinan pada ketentuan berikut :-


Tarikh : 17 - 18 Julai 2010 (Sabtu dan Ahad)
Lokasi : Level 4, Blok Cempaka 5, CITU, UiTM Shah Alam
Pendaftaran : 21 Jun - 7 Julai 2010
Yuran : RM 50.00
Hubungi : Ustazah Sharifah Fadylawaty : 03-55445636
Mrs. Shahrizan Salam : 03-55442365

Read More...