Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Saturday, November 26, 2011

Dua Pelajar UiTM Seri Iskandar Maut Dalam Kemalangan

IPOH: Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seri Iskandar terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda di Km7 Jalan Ipoh-Lumut dekat sini, Sabtu.

Mereka dikenali sebagai Mohamad Helmy Mohd Yusof, 21, berasal dari Ulu Kinta dan rakannya Ain Nadiah Baharuddin, 21, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi.

Kedua-duanya meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, kata Ketua Polis Trafik Negeri, Superitendan Wan Abdullah Ishak. Beliau berkata, kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Helmy dalam perjalanan dari sini untuk pulang ke kampus mereka, dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah lori sementara sebuah pacuan empat roda yang berada di belakang kereta mangsa turut merempuh kereta itu.

Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta mereka dan tepaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. - BERNAMA

-- Takziah kepada keluarga mangsa... Al Fatihah Read More...