Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Sunday, March 28, 2010

Pelajar UiTM terbeban dengan tambang RapidKL



















SEJAK beberapa bulan lalu, pelajar UiTM Shah Alam yang ingin menggunakan perkhidmatan bas RapidKL menuju ke kampus terpaksa membayar RM1 bagi setiap perjalanan, berbanding sebelum ini dikenakan RM1 sehari.

Tindakan ini amat membebankan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan terutama yang tinggal di luar kampus.
Pihak UiTM menyediakan bas percuma seperti di stesen utama padang kawad dan di setiap perhentian bas berhampiran rumah sewa pelajar. Namun, bas RapidKL tetap menjadi tumpuan kerana kekerapan perjalanan dan jumlah yang banyak.

Malangnya, perubahan sistem pembayaran sehala ke suatu destinasi menimbulkan banyak keluhan daripada pelajar, terutama mereka yang berulang-alik dari fakulti ke tempat lain.

Bayangkan jika mahu ke perpustakaan dan kemudian ke pusat bahasa atau pusat kesihatan, pelajar harus membayar RM1 setiap kali menaiki bas.

Walhal, sebelum ini pelajar UiTM dikenakan RM1 untuk khidmat pengangkutan sepanjang hari, asalkan mereka menyimpan resit tambang berkenaan.
Pihak RapidKL perlu mengekalkan sistem pembayaran secara harian seperti dulu kerana sedikit sebanyak, sistem pembayaran yang baru ini memberikan kesan kepada pelajar.

Perubahan sistem pembayaran secara sehala dilihat mahu mengambil kesempatan ke atas pelajar yang terdesak mahu ke sesuatu tempat dalam sehari.

Sebagai inisiatif, pelajar UiTM Shah Alam boleh menaiki bas UiTM secara percuma, yang bergerak secara berjadual.

MUHAMMAD IZWAN MOHD ISA,
Pelajar Penerbitan,
Komunikasi Massa UiTM Shah Alam.

- Bharian..

Alahai kesiannya.. Memang pernah mengalami masalah tersebut masa di zaman belajar dulu.. Nasib baik ada motosikal tapi tu pun susah.. Harap2 pihak UiTM dapat membantu dengan menyediakan bas secara berkala.. Read More...

Friday, March 26, 2010

UiTM perlu cemerlang

KUALA PILAH 25 Mac - Dua cabaran utama perlu dihadapi Universiti Teknologi Mara (UiTM) demi memastikan masyarakat bumiputera mampu keluar daripada kepompong kemiskinan, memajukan diri serta menjadi penggerak kemajuan bangsa dan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran itu ialah mengekal dan meningkatkan tahap kecemerlangan akademik universiti bagi melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.

Kedua, memastikan universiti ini terus berada di landasan yang sebenar iaitu menawarkan pendidikan tinggi berkualiti kepada masyarakat bumiputera.

Kata beliau, UiTM perlu memberikan khusus dalam menjana modal intelektual melalui pemantapan aktiviti penyelidikan, pengukuhan budaya inovasi, peningkatan mutu penulisan dan penerbitan akademik.

''Aspek penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran juga hendaklah diberikan tumpuan," kata beliau sewaktu berucap merasmikan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan di Beting, dekat sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Kampus UiTM Negeri Sembilan, Prof. Madya Zaluddin Sulaiman.

Muhyiddin menjelaskan, ahli akademik juga perlu digalakkan untuk terlibat dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi untuk memperkayakan khazanah ilmu dan meningkatkan profail universiti di peringkat serantau dan antarabangsa.

''Untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, UiTM boleh menawarkan program bukan tradisional khususnya dalam bidang sains dan teknologi yang berpotensi untuk berkembang maju pada masa hadapan," jelas beliau.

Dalam aspek cabaran kedua itu pula, Muhyiddin menegaskan, pendidikan yang ditawarkan hendaklah berkemampuan memastikan masyarakat bumiputera dapat bersaing secara adil dalam pelbagai sektor ekonomi.

''Seluruh warga UiTM perlu mendorong aspirasi universiti ini sebagai pencetus dan penggerak kemajuan bangsa," jelas beliau.

Muhyiddin juga mahu UiTM menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi untuk memenuhi pasaran kerja yang semakin kompetitif, memandangkan ketika ini UiTM merupakan universiti yang terbesar di dunia dengan 136,900 pelajar dan 26 buah kampus cawangan seluruh negara.

''Sepanjang berada dalam arena pendidikan negara, UiTM telah berjaya melahirkan para profesional dan teknokrat bumiputera yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan bangsa dan pembangunan negara.

''Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan institusi pengajian tinggi sebagai mekanisme untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan menjayakan pembangunan negara yang holistik dan mapan," tegas Muhyiddin.

Kampus UiTM berkonsepkan 'Kampus Hijau' ini mula dibangunkan pada 13 Mac 2007, manakala majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Ogos 2007.

UiTM yang dibina di atas tanah seluas 32.37 hektar ini menawarkan lapan program iaitu dua di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan lima peringkat diploma.

Program itu ialah Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi dan Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi dan Pengurusan Perladangan; Diploma Teknologi Makanan, Diploma Mikrobiologi, Diploma Teknologi Tekstil dan Diploma Pengurusan Perladangan serta Pra- Diploma Sains.

Kesemua ijazah dan diploma ini adalah dari Fakulti Sains Gunaan UiTM.

Muhyiddin menambah, pembukaan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan itu jelas membuktikan satu lagi komitmen kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

''Pembinaan kampus ini memberi mesej yang jelas bahawa dalam apa juga projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan, matlamat akhirnya adalah untuk memberikan kesenangan dan kemudahan kepada rakyat.

''Graduan yang dilahirkan oleh universiti ini merupakan aset penting dalam menentukan hala tuju negara pada masa akan datang," tegas beliau.

Pada majlis itu juga Muhyiddin turut mengumumkan supaya sebuah dewan dan kompleks sukan dibangunkan di kampus tetap berkenaan.
- UTusan 26.3.2010

Baguslah tu. Dah lama rasanya Negeri Sembilan menunggu untuk kampus tetapnya.. Berbanding negeri lain yang telah lama mempunyai kampus tetap, Negeri Sembilan terpaksa mempunyai kampus sementara..

Saranaan TPM juga patut diambil berat oleh UiTM samada kakitangan,pelajar dan juga alumni bagi memastikan UiTM terus maju dipersada dunia.. Read More...

Fans UiTM di facebook

Anda mempunyai laman facebook?? Apakata sertai komuniti UiTM terbesar di facebook. Buat masa ni page tersebut mempunyai 2+,+++ 'fans'. APakata anda sertai untuk mencapai cita-cita 1,000,000 pelajar UiTM seluruh Malaysia..
Caranya :-

1) Login facebook
2) Pada ruangan search taip UiTM
3) Cari group 1,000,000 pelajar UiTM, ITM Seluruh Malaysia..

Sama-samalah kita memeriahkan group tersebut.. Read More...

UiTM Chating

Nampak gayanya komuniti UiTM semakin berkembang. Saya terjumpa sebuah laman chating yang sesuai untuk komuniti UiTM iaitu di laman web ini..

http://www.uitmchat.co.cc/

Jadi rapat-rapatkan perhubungan sesama kita di UiTMChat.. Support anda semua.. Read More...

Thursday, March 18, 2010

Permohonan dalam talian ke IPTA ditutup 30 Mac

KUALA LUMPUR 18 Mac — Permohonan dalam talian untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi sesi akademik 2009, akan ditutup 30 Mac ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini, borang permohonan aplikasi dalam talian yang dibuka mulai 2 Feb lepas membenarkan pemohon mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Kesemua pemohon lepasan SPM yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA FASA 1 wajib mengesahkan permohonan mereka di FASA 2 dengan mengguna pakai nombor Unik ID, nombor kad pengenalan atau My Kad dan kata laluan, nama ibu dan kod imej.

"Semua pemohon dinasihatkan mengemukakan permohanan awal bagi meningkatkan kelancaran proses pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA,” menurut kementerian itu.

Pemohon lepasan SPM dan setaraf boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 7 April manakala pemohon lepasan STPM boleh membuat semakan mulai 14 April. - Bernama

Kepada adik-adik semua.. Cepat2lah mendaftar ye.. Read More...

Tuesday, March 16, 2010

Minta Maaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya saya banyak dihujani dengan soalan mengenai cara permohonan online ke UiTM..
Saya meminta maaf kerana tidak dapat menjawabnya kerana pihak kami tidak mempunyai hubungan terus dengan pihak UiTM namun anda semua boleh menyemak maklumat di portal UiTM di url ini http://www.uitmonline.edu.my/

Sehubungan itu menu 'hubungi kami' terpaksa di keluarkan dari menu bagi mengelakkan masalah berkaitan.. Harap maaf Read More...

Friday, March 12, 2010

Ekspo Selangkah ke UiTM

Ekspo selangkah ke UiTM bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM..

Pameran dari 24 Fakulti dengan tema 'Ekspo Selangkah Ke UiTM'akan diadakah selama 2 hari ( 13 & 14 Mac 2010)..

Rujuk poster di bawah. Klik untuk pembesaran
Read More...