Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, September 23, 2010

Projek Super Hospital

MONTREAL (KANADA): Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal maju setapak lagi melalui usaha penubuhan 'Super Hospital' yang dilihat mampu melonjakkan nama dan kredibiliti institusi pengajian tinggi itu ke persada dunia.

Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, UiTM sudah bersedia untuk menjadi perintis kepada projek hospital yang dianggar menelan belanja RM22 billion itu.

"Projek ini diramalkan meletak UiTM di peta dunia," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara UiTM dan Pusat Kesihatan Universiti McGill (MUHC) di sini Isnin.

Perjanjian persefahaman itu bakal menyaksikan kedua-dua institusi berkenaan berkongsi pengetahuan dan kepakaran untuk membangunkan sebuah hospital pengajar yang menyediakan kemudahan perubatan bertaraf dunia yang terkini dan terbaik.

Perjanjian kerjasama seumpamanya akan turut ditandatangani oleh UiTM dengan dua lagi institusi pengajian tinggi antarabangsa iaitu Universiti Harvard dan Hospital John Hopkins dalam masa terdekat.

Pada majlis sama, UiTM turut menandatangani perjanjian dengan Institusi Penyelidikan Pusat Kesihatan Universiti McGill (RI MUHC) bagi mendapatkan kerjasama dalam bidang kardiologi, kanser dan penjagaan kesihatan warga tua selain perjanjian persefahaman untuk pertukaran tenaga teknikal, penyelidik danpelajar di antara kedua-dua institusi berkenaan.

"Tujuan kita untuk bina hospital ini juga berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan (Zainal Abidin) ketika majlis konvokesyen yang lepas di mana baginda bertitah supaya UiTM mengadakan hospital di mana kita bukan sahaja boleh mempromosikan pelancongan perubatan tetapi juga memberi peluang luas kepada pelajar kita untuk mendapatkan latihan dan pengalaman," katanya.

Dr Sahol Hamid berkata, projek itu dijangka memberi impak besar kepada negara dari segi penyediaan tempat penyelidikan perubatan yang canggih, pendedahan kepada pelajar dan tenaga pengajar selain sejajar dengan sasaran Malaysia untuk mempromosikan pelancongan kesihatan.

Beliau berkata, sekiranya projek itu diluluskan, 'Super Hospital' UiTM yang merupakan projek Fakulti Perubatan dan akan dibina di kampus UiTM di Puncak Alam, Shah Alam dan bakal menjadi hospital pertama di negara ini yang mencapai status 'Hospital Super'.

Bagaimanapun, katanya, projek itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan kemampuan kewangangan UiTM dan dijangka mengambil masa 10 tahun untuk lengkap sepenuhnya. Hospital Super itu dijangka dapat beroperasi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Walaupun faktor kewangan mungkin menjadi halangan pertama kita, tetapi kita akan berusaha untuk mencari kaedah kewangan termasuk kemungkinan mendapatkan pembiayaan swasta untuk bekerjasama dalam projek ini, katanya. - BERNAMA

Semoga berjaya. Harap2 UiTM dapat melonjakkan nama dalam bidang perubatan yang selama ini dikuasai oleh Universiti lain. Read More...

UiTM dan Universiti Ohio bekerjasama

PETALING JAYA: Satu kunjungan khas daripada Universiti Ohio, Amerika Syarikat bersempena majlis syarahan dan jamuan tengahari akan diadakan bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Abdul Razak sepanjang penglibatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Dalam satu kenyataan rasmi daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata majlis ini dianjurkan sebagai platform kepada seluruh warga UiTM untuk lebih mengenali dan menghargai jasa yang ditabur oleh keluarga Tun Abdul Razak dalam memajukan negara yang kini legasinya disambung oleh anak beliau sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kata kenyataan itu lagi, UiTM turut menjemput seorang speaker dari Universiti Ohio iaitu Dr. William I. Brustein, Naib Ketua Bahagian Perancangan Global dan Hal Ehwal Antarabangsa untuk menyampaikan syarahan.

Majlis yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri itu, turut akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat bekas Perdana Menteri kedua itu selain Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib-naib Canselor universiti tempatan dan tetamu khas.

Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut, majlis itu turut diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara pihak Universiti Ohio dengan alumninya yang pernah menuntut di universiti tersebut.

Malah, majlis itu diadakan untuk memberi peluang kepada kedua-dua buah universiti untuk berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat dalam menaikkan taraf pendidikan di negara masing-masing.

Majlis yang bakal berlangsung pada 30 September ini diharap dapat memberi pendedahan kepada para penuntut UiTM khususnya untuk mendapatkamn maklumat mengenai kelebihan yang ada sama ada menuntut di dalam atau di luar negara.
- Mstar

Wah baguslah camtu..Kerjasama antara UiTM dengan universiti luar negara pasti memberi impak yang baik. Dapat mengambil teknologi dan kepakaran Universiti OHio yang memang terkenal diseluruh dunia . Read More...

Friday, September 17, 2010

UiTM Program Lancar Destinasi Anak Bangsa Bantu Pelajar Miskin

KUCHING: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan Program 'Destinasi Anak Bangsa' bagi membantu pelajar daripada keluarga miskin mendaftarkan diri mereka untuk menyertai kursus pra-diploma.

Pengarah Komunikasi Korporat UiTM, Dr Firdaus Abdullah berkata untuk menyertai program tersebut pelajar mesti memperoleh sekurang-kurangya empat kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Melayu.

"Pelajar juga perlu lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris serta pendapatan isi rumah mesti kurang daripada RM2,000," katanya pada sidang media di kampus UiTM cawangan Kota Samarahan di sini, Isnin.

Menurutnya, setiap pelajar yang layak akan diberikan kemudahan tempat tinggal secara secara percuma di samping menerima insentif makanan bernilai RM450 termasuk wang saku sebanyak RM100 pada bulan pertama.

"Para pelajar akan diberikan elaun sebanyak RM400 pada bulan-bulan berikutnya dan tiada tuisyen dijalankan sepanjang tempoh kursus," katanya.

Tambahnya, sepanjang tempoh kursus pra-diploma ini para pelajar boleh meneruskan pengajian diploma di universiti berkenaan+.

Katanya universiti menyasarkan 500 orang pelajar untuk program setiap semester yang mana telah dilancarkan dalam pengambilan sebelumnya pada Julai.

Firdaus berkata, pihak universiti mensasarkan sebanyak 500 pelajar akan menyertai program itu pada setiap semester yang telah dilancarkan pada pengambilan Julai baru-baru ini.

"Kami telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pelajaran dan Kolej Kediaman untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak pada sesi pengambilan akan datang, Disember ini," ujarnya.

Sementara itu, Firdaus berkata pihak universiti akan memulakan ‘roadshow’ di seluruh negeri untuk pengambilan mahasiswa bagi program lepasan ijazah Disember ini.

"Kami akan mengadakan ‘roadshow’ bermula 9 hingga 19 September di beberapa bandar in negeri ini," katanya.

Jelasnya, seramai 1,500 orang telah mendaftar pada sesi pengambilan pelajar pada bulan Julai yang lalu.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh melayari laman web, http://www.uitm.edu.my.

- MStar..

Bagus la camni.. Dapat bantu golongan miskin Read More...

Tuesday, September 7, 2010

Peluang anak Terengganu masuk UiTM

MARANG 31 Ogos - Kira-kira 1,000 anak Terengganu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sederhana dari segi pencapaian dijangka berpeluang mengikuti program pra-Sains dan Perdagangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Terengganu mulai Disember depan.

Ia dikhususkan bagi pelajar miskin berpotensi yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempertingkatkan lagi jumlah pelajar anak negeri melanjutkan pengajian.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika mengumumkannya berkata, program pradiploma itu memberikan lebih banyak peluang dan pilihan kepada para pelajar untuk memajukan diri.

''Mereka akan ditawarkan mengikuti pengajian selama enam bulan hingga setahun sebelum berpeluang menyambung pengajian berdasarkan prestasi ketika mengikuti program berkenaan," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian selepas menyampaikan cenderahati kepada guru seluruh Marang, di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai di sini baru-baru ini.

UiTM Kampus Kuala Terengganu asalnya adalah Kolej Yayasan Terengganu (KYT), sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang pertama di negara ini yang diwujudkan bagi membantu anak tempatan berdaya saing dalam pelbagai bidang

Pada 1 Januari 2008, UiTM telah bersetuju untuk mengambil alih KYT yang terletak di Cendering untuk dijadikan Kampus Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri juga sedang merangka satu program khusus berbentuk kemahiran kepada pelajar lepasan SPM yang tidak cemerlang menerusi mekanisme yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Terdahulu pada majlis itu, Ahmad Said menyampaikan pen drive yang direka bentuk khas bernilai RM100 kepada hampir 2,000 guru yang hadir.

Ia bagi memenuhi janji beliau kepada lebih 22,000 warga pendidik seluruh negeri ini untuk memberikan cenderahati kepada mereka yang telah berjaya mengangkat pencapaian akademik di negeri ini ke tahap membanggakan.

Kerajaan negeri membelanjakan RM2.4 juta bagi menyediakan cenderahati itu, sebagai salah satu bentuk penghargaan kerana telah naikkan imej Terengganu sebagai 'negeri anjung ilmu'.

Katanya, hasil kegigihan para guru, Terengganu kini menduduki tangga teratas dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pencapaian itu termasuk kejayaan dinobatkan negeri terbaik selama sembilan tahun berturut-turut bagi UPSR, selain mengungguli peperiksaan SPM selama tiga tahun berturut-turut.

Menurut Ahmad Said, insentif kepada warga pendidik yang menerajui usaha ke arah peningkatan kecemerlangan di sekolah-sekolah akan diteruskan termasuk lawatan ke luar negara.

Beliau menegaskan, usaha kerajaan membangun dan memajukan negeri akan menjadi suatu yang paling utama dalam pentadbirannya.

''Dalam tempoh setahun lagi, kesemua anak-anak Terengganu yang melangkah ke sekolah menengah merupakan kalangan yang 'celik' komputer.

''Kalau ada yang belum celik komputer, mereka mungkin bukan kalangan anak negeri," ujarnya yang merujuk kepada pemberian e-book dalam usaha membudayakan pengajian dan pembelajaran secara maya.

Beliau menarik perhatian kerajaan negeri juga akan membekalkan lebih banyak komputer riba kepada guru namun ia dilakukan secara berperingkat.
- Utusan..

Bagus peluang ni. Sepatut di ambil oleh remaja yang berada dalam tahap sederhana.. Peluang yang diberikan oleh Kerajaan patut digunakan sebaik mungkin. Read More...

Wednesday, September 1, 2010

Jawatan kosong di fakulti perubatan

Jawatan Kosong di UiTM untuk fakulti perubatan dibuka sehingga 13 September 2010. Antara jawatan yang ditawarkan ialah :-


1. PEGAWAI FARMASI ( u41)
2. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (U41)
3. PEGAWAI OPTOMETRI (U41)
4. JURURAWAT (U41)
5. JURURAWAT (U32)
6.JURURAWAT (U29)
7.PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (U29)
8.PENOLONG PEGAWAI FARMASI (U29)


Untuk keterangan lanjut sila muatturun iklan dan borang permohonan. Read More...