Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Wednesday, June 26, 2013

SALAH GUNA LETTERHEAD iNED UiTM & BAYARAN RM400 UNTUK TEMUDUGA

Perhatian kepada semua pelajar dan calon pelajar. Baru-baru ini terdapat surat tawaran temuduga bagi kemasukan ke program iNED-UiTM menggunakan kepala surat berlogo (letterhead) iNED. Untuk makluman semua, pihak iNED tidak pernah mengeluarkan surat seumpama itu kepada calon-calon pelajar lepasan SPM 2012 mahupun lepasan SPM tahun sebelumnya. 


Surat berkenaan sebenarnya dikeluarkan oleh sebuah KOLEJ SWASTA yang berpusat di Kuala Lumpur bagi temuduga kemasukkan ke program-program akademik dibawah kendalian institusi itu sendiri, ia tiada kaitan dengan iNED secara khasnya mahupun UiTM secara umumnya. Ditegaskan disini juga bahawa iNED mahupun UiTM tidak pernah mengenakan sebarang yuran untuk proses temuduga. RM400 yang tertera didalam surat berkenaan sebenarnya adalah caj yang dikenakan oleh KOLEJ SWASTA itu sendiri. Kepada sesiapa yang telah menerima surat seumpama itu ataupun mengenali sesiapa yang telah menerimanya, mohon ambil maklum tentang perkara ini. Pihak iNED tidak akan bertanggung jawab keatas sebarang perkara atau kejadian yang berlaku sekiranya calon-calon menerima tawaran tersebut. Segala tanggungjawab dan risiko adalah tertakluk kepada institusi yang mengeluarkan surat berkenaan dan calon-calon itu sendiri. Diharap semua pihak dapat bekerjasama untuk membendung tindakan tidak bertanggungjawab ini (penipuan dan penyalahgunaan letterhead iNED). Sekian harap maklum

Sumber : Facebook iNED Read More...

Sunday, June 9, 2013

Program UiTM Puncak Alam Jun 2013







Sumber : FB UiTM Puncak Alam
Kepada yang ingin mewar-warkan aktiviti di blog ini boleh emel di mansterx [at] gmail.com Read More...