Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Tuesday, June 12, 2012

UiTM sedia bekerjasama dengan pemenang hadiah Nobel dalam bidang perubatan

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersedia untuk bekerjasama dengan pemenang Hadiah Nobel 1998 kategori Fisiologi dan Perubatan, Prof Ferid Murad terutamanya dalam bidang berkaitan kajian perubatan. Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata kepakaran Murad telah diiktiraf di peringkat tertinggi dan kunjungannya pada hari ini merupakan penghormatan kepada universiti itu. "Warga UiTM berbangga kerana menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang menerima kehadiran Prof Murad, lebih-lebih lagi beliau turut menyampaikan syarahan pagi ini dan berkongsi pengalamannya dengan hadirin. "Prof Murad juga akan mengadakan pertemuan dengan penuntut Perubatan UiTM esok untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perubatan sekaligus memberikan motivasi terbaik kepada penuntut untuk menjadi penyelidik yang berwibawa," katanya dalam sidang media selepas Syarahan Nobel Journey of a Laureate Prof Ferid Murad di sini hari ini. Sahol Hamid berkata pengalaman yang dikongsikan oleh Murad juga diharapkan menjadi suntikan semangat dalam usaha melahirkan pemenang Hadiah Nobel Malaysia yang dilahirkan dari UiTM. "Kita mempunyai satu program khas 'Road Map to Nobel Prize', jadi kita harap syarahan pada hari ini antara pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu impian UiTM ini," katanya. Sementara itu, Murad berkata lebih banyak kajian dan penyelidikan perlu dilakukan dalam usaha mengenalpasti penawar bagi pelbagai penyakit yang muncul dalam era moden hari ini. "Semua pihak boleh bekerjasama termasuk universiti dan industri untuk menjalankan kajian dalam bidang perubatan ini," katanya. Antara penyelidikan utama Murad dalam bidang perubatan ialah menemui bahawa nitrix oxide bertindak sebagai isyarat molekul dalam sistem kardiovaskular di mana ia turut membawa kepada penemuan bagaimana mekanisme saluran darah mengembang dan stabil. Penemuan itu juga membawa kepada penghasilan dadah Viagra yang digunakan untuk merawat masalah berkaitan anggota seks. Murad kini sedang dalam proses menghasilkan tiga penyelidikan dalam bidang perubatan termasuk biologi dan biokimia berkaitan sel kanser. - Bernama Read More...

Tuesday, June 5, 2012

UiTM tak pernah had jumlah pengambilan pelajar

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak pernah mengehadkan pengambilan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang asasi dan diploma di universiti itu. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sebaliknya, universiti itu sentiasa menambah jumlah pengambilan pelajarnya mengikut keperluan semasa. Beliau berkata, sebagai contoh, jumlah pengambilan pelajar UiTM bagi sesi pengajian Jun ditambah 20,000 tempat lagi dengan menjadikan kemasukan keseluruhan berjumlah 250,000 orang. "Banyak pihak tidak tahu UiTM sebenarnya begitu prihatin untuk memastikan pelajar Melayu dan bumiputera dapat meneruskan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi, dan pemilihan dilakukan secara telus oleh Unit Pusat Universiti (UPU),” katanya pada sidang akhbar semalam berhubung dakwaan sebuah laman blog kononnya universiti itu akan mengehadkan pengambilan pelajar bagi sesi akan datang. Sahol berkata, selain itu, lepasan SPM yang gagal ke UiTM boleh memohon untuk mengikuti pengajian di 28 kolej bersekutu universiti itu di seluruh negara. "Majoriti pelajar yang diterima untuk menyambung pengajian di UiTM adalah mereka yang mendapat keputusan 5A ke atas. Pelajar yang gagal menyambung pengajian memang kecewa. “Tetapi mereka boleh menyambung pengajian di kolej bersekutu UiTM asalkan memenuhi syarat minimum program yang dipohon,” katanya. – BERNAMA Read More...