Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, January 7, 2010

UiTM mahu graduan kuasai lebih satu bidang

SHAH ALAM 5 Jan. – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menetapkan sasaran dalam tempoh dua tahun untuk melahirkan graduan UiTM yang mampu memiliki lebih daripada satu bidang kemahiran profesional.

Beliau berkata, bagi tujuan itu perubahan kecil kepada kurikulum di UiTM akan dilakukan bagi membolehkan para penuntut mengambil subjek elektif di luar daripada bidang pengajian mereka.

‘‘Ini supaya penuntut kejuruteraan sebagai contoh, akan turut berupaya menguasai bidang arkitek dan penuntut perakaunan pula memiliki kemahiran dalam bidang undang-undang.

‘‘Kaedah ini akan digunakan dan saya telah menyenaraikan begitu banyak perancangan lagi dan semua ini akan digunakan supaya UiTM akan terus maju hingga menjadi universiti disegani dalam dan luar negara.

‘‘Pelan ini antara yang saya bentangkan kepada ahli jawatankuasa eksekutif universiti yang menganggapnya drastik tetapi kita perlu berusaha secepat mungkin kerana kita tidak punya banyak masa lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

- Utusan

baguslah camtu.. Ini beri peluang kepada graduan untuk mengembangkan ilmu dan tidak tertumpu pada satu kemahiran saja... Semoga usaha ini mencapai matlamatnya

1 comments:

fiD said...

ok tue,

semoga perancangan NC kite berjalan lancar.