Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Saturday, January 9, 2010

MB tawar YBK bina kampus UiTM di Negeri Sembilan

SEREMBAN 9 Jan. – Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan kawasan di negeri itu untuk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan hasrat membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjemput Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan memilih kawasan yang sesuai untuk pembinaan kampus itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini bahawa YBK menghadapi masalah untuk meneruskan projek pembangunan kampus UiTM di Serendah, Rawang, Selangor dan akan mencari tapak alternatif.

Ketika ditemui pemberita di sini, Mohamad berkata, UiTM kini sudah mempunyai kampus tetapnya di Kuala Pilah dan baru-baru ini telah diluluskan pembinaan dua lagi kampus universiti itu iaitu di Seremban 3 yang dikenali sebagai ‘City Campus’ dan di Chengkau, Rembau.

Beliau berkata, kedua-dua kampus itu akan dibina melalui dana swasta.

“Kalau hasrat YBK itu menjadi kenyataan maka kita merupakan negeri pertama yang mempunyai lebih daripada dua kampus UiTM.

“Memang menjadi agenda utama kita untuk melibat pembangunan modal insan dan kita hendak menjadikan negeri ini sebagai lembah pelajaran atau pun hab pelajaran,” katanya. - Bernama

Nampaknya selepas isu hangat pembinaan yang ingin dibuat di Selangor. Negeri Sembilan pula membuat tawaran. Harap2 tercapailah pembinaan.

1 comments:

fiD said...

berapa banyak agaknye kampus baru kan...