Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Tuesday, October 27, 2009

Dokumentasi sejarah UiTM dilancar

SHAH ALAM 26 Okt. – Bagi mengingati sejarah dan perkembangan yang berlaku sepanjang penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM), satu buku yang bertajuk Buku Hari Ini Dalam Sejarah UiTM dilancarkan pada Jumaat lalu.

Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, di Dewan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka sambil disaksikan oleh Dekan Falkuti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Prof. Madya Dr. Adnan Hashim.

Menurut Adnan, buku setebal 400 muka surat itu memaparkan peristiwa-peristiwa bersejarah UiTM sejak awal penubuhannya pada 1956 sehingga kini.

Kata beliau, penghasilan buku tersebut dilakukan atas inisiatif pelajar semester tiga kursus Penyiaran daripada FKPM sempena pelancaran wajah baru radio universiti tersebut.

“Ia dilihat sebagai salah satu usaha untuk menjadikan setiap dokumentasi itu sebagai satu rekod kekal dan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk pihak universiti dan para pelajar.

“Ini kerana apa yang dipaparkan di dalamnya bukan hanya terhad kepada peristiwa bersejarah di kampus utama tetapi termasuk juga apa yang berlaku di kampus-kampus cawangan,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran buku berkenaan.

Tambahnya, buku yang disiapkan dalam masa empat bulan bermula Julai lalu akan mula disiarkan di beberapa slot radio UiTM dalam masa terdekat.

- Utusan..


Baguslah tu.. Dapat memperingati sejarah UiTM..

1 comments:

Daud Mili said...

xnak buat video ke??...penyampaian sejarah melalui vedio lebih jelas dan diminati dari membaca...~