ALOR GAJAH - Semua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Lendu di sini disaran meninggalkan kampus berkenaan menjelang tengah hari ini bagi mengawal wabak selesema babi.
Pengarah UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam bagaimanapun berkata, ia bukan merupakan arahan wajib dipatuhi sebaliknya pelajar hanya digalakkan berbuat demikian.
"Pelajar yang tidak pulang kerana rumah jauh serta mendapat kebenaran daripada keluarga masing-masing masing-masing dibenarkan terus menetap di kolej kediaman universiti itu.
"Pelajar ini tidak akan dikuarantin malah mereka dibenarkan keluar dan pergi makan. Namun pergerakan mereka akan sentiasa dikawal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam
SUmber :- Kosmo
Memang patutlah sebab ada pelajar yang tinggal jauh.. Walaupun tidak dikuarantin rasanya mereka perlu diberikan perhatian.. Mana tau mereka terkena..Merebak pula penyakit tu kat Melaka
3 comments:
dah ada kematian pertama di singapura la plak
owh...
aku ni dak melaka
skang kat uitm perak..
dgr cite kat sini pun dah ade kes..
ntah lah,.
Nape byk kes kat Uitm je? Pelik!
Bro, promote blog nie kat Malaysian Blogosphere
Post a Comment