Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Sunday, March 28, 2010

Pelajar UiTM terbeban dengan tambang RapidKL



















SEJAK beberapa bulan lalu, pelajar UiTM Shah Alam yang ingin menggunakan perkhidmatan bas RapidKL menuju ke kampus terpaksa membayar RM1 bagi setiap perjalanan, berbanding sebelum ini dikenakan RM1 sehari.

Tindakan ini amat membebankan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan terutama yang tinggal di luar kampus.
Pihak UiTM menyediakan bas percuma seperti di stesen utama padang kawad dan di setiap perhentian bas berhampiran rumah sewa pelajar. Namun, bas RapidKL tetap menjadi tumpuan kerana kekerapan perjalanan dan jumlah yang banyak.

Malangnya, perubahan sistem pembayaran sehala ke suatu destinasi menimbulkan banyak keluhan daripada pelajar, terutama mereka yang berulang-alik dari fakulti ke tempat lain.

Bayangkan jika mahu ke perpustakaan dan kemudian ke pusat bahasa atau pusat kesihatan, pelajar harus membayar RM1 setiap kali menaiki bas.

Walhal, sebelum ini pelajar UiTM dikenakan RM1 untuk khidmat pengangkutan sepanjang hari, asalkan mereka menyimpan resit tambang berkenaan.
Pihak RapidKL perlu mengekalkan sistem pembayaran secara harian seperti dulu kerana sedikit sebanyak, sistem pembayaran yang baru ini memberikan kesan kepada pelajar.

Perubahan sistem pembayaran secara sehala dilihat mahu mengambil kesempatan ke atas pelajar yang terdesak mahu ke sesuatu tempat dalam sehari.

Sebagai inisiatif, pelajar UiTM Shah Alam boleh menaiki bas UiTM secara percuma, yang bergerak secara berjadual.

MUHAMMAD IZWAN MOHD ISA,
Pelajar Penerbitan,
Komunikasi Massa UiTM Shah Alam.

- Bharian..

Alahai kesiannya.. Memang pernah mengalami masalah tersebut masa di zaman belajar dulu.. Nasib baik ada motosikal tapi tu pun susah.. Harap2 pihak UiTM dapat membantu dengan menyediakan bas secara berkala..

1 comments:

rinozeen said...

memang btol pn .. saya walaupun naik moto , tapi sy dapat rase apa yang dorang rasa.. cuba calculate blk .. klw sehari mgkin guna rm4 plg minimum dengan bajet 8 hari day off tak naek bas, 4 X (30-8) = RM88. satu sem dlm 5 bln , RM88 X 5 = 440. by average, student ade 7 sem ( antara 6 & 8 ), RM440 X 7 = 3080. RM 3080 digunakan untuk perjalanan dalaman uitm sahaja. sungguh tak berbaloi. mungkin , kalau nak dikira2 balik , beli motor lebih berbaloi . siyess...