Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, March 18, 2010

Permohonan dalam talian ke IPTA ditutup 30 Mac

KUALA LUMPUR 18 Mac — Permohonan dalam talian untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi sesi akademik 2009, akan ditutup 30 Mac ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini, borang permohonan aplikasi dalam talian yang dibuka mulai 2 Feb lepas membenarkan pemohon mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Kesemua pemohon lepasan SPM yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA FASA 1 wajib mengesahkan permohonan mereka di FASA 2 dengan mengguna pakai nombor Unik ID, nombor kad pengenalan atau My Kad dan kata laluan, nama ibu dan kod imej.

"Semua pemohon dinasihatkan mengemukakan permohanan awal bagi meningkatkan kelancaran proses pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA,” menurut kementerian itu.

Pemohon lepasan SPM dan setaraf boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 7 April manakala pemohon lepasan STPM boleh membuat semakan mulai 14 April. - Bernama

Kepada adik-adik semua.. Cepat2lah mendaftar ye..

0 comments: