Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Tuesday, June 12, 2012

UiTM sedia bekerjasama dengan pemenang hadiah Nobel dalam bidang perubatan

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersedia untuk bekerjasama dengan pemenang Hadiah Nobel 1998 kategori Fisiologi dan Perubatan, Prof Ferid Murad terutamanya dalam bidang berkaitan kajian perubatan. Naib Canselor UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata kepakaran Murad telah diiktiraf di peringkat tertinggi dan kunjungannya pada hari ini merupakan penghormatan kepada universiti itu. "Warga UiTM berbangga kerana menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini yang menerima kehadiran Prof Murad, lebih-lebih lagi beliau turut menyampaikan syarahan pagi ini dan berkongsi pengalamannya dengan hadirin. "Prof Murad juga akan mengadakan pertemuan dengan penuntut Perubatan UiTM esok untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perubatan sekaligus memberikan motivasi terbaik kepada penuntut untuk menjadi penyelidik yang berwibawa," katanya dalam sidang media selepas Syarahan Nobel Journey of a Laureate Prof Ferid Murad di sini hari ini. Sahol Hamid berkata pengalaman yang dikongsikan oleh Murad juga diharapkan menjadi suntikan semangat dalam usaha melahirkan pemenang Hadiah Nobel Malaysia yang dilahirkan dari UiTM. "Kita mempunyai satu program khas 'Road Map to Nobel Prize', jadi kita harap syarahan pada hari ini antara pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu impian UiTM ini," katanya. Sementara itu, Murad berkata lebih banyak kajian dan penyelidikan perlu dilakukan dalam usaha mengenalpasti penawar bagi pelbagai penyakit yang muncul dalam era moden hari ini. "Semua pihak boleh bekerjasama termasuk universiti dan industri untuk menjalankan kajian dalam bidang perubatan ini," katanya. Antara penyelidikan utama Murad dalam bidang perubatan ialah menemui bahawa nitrix oxide bertindak sebagai isyarat molekul dalam sistem kardiovaskular di mana ia turut membawa kepada penemuan bagaimana mekanisme saluran darah mengembang dan stabil. Penemuan itu juga membawa kepada penghasilan dadah Viagra yang digunakan untuk merawat masalah berkaitan anggota seks. Murad kini sedang dalam proses menghasilkan tiga penyelidikan dalam bidang perubatan termasuk biologi dan biokimia berkaitan sel kanser. - Bernama

4 comments:

atiebimasakti said...

Saya, Norizzati Binti Saifuddin Biro Publisiti MMC1105K, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk mengiklankan event kami, 'Hati Beraya, Jiwa Merdeka' bagi subjek COM366-Event Management di blog ini. Event yang akan dijalankan ini dibawah kerjasama UiTM Melaka, Polis Bantuan dan PDRM. Kami berharap agar pihak tuan dapat membenarkan kami untuk mengiklankan event kami blog tersebut. Event kami akan dijalankan pada 15 Ogos 2012. Kami berharap agar tuan dapat memberikan respon segera. Kami akan menghantar softcopy banner/poster kepada pihak tuan sebelum 7 Ogos 2012 untuk diiklankan pada 7 Ogos 2012. Segala kesulitan harap dimaafkan.
Yang Benar,
Norizzati Saifuddin.
Biro Publisiti MMC1105K,
Fakulti Komunikasi dan Media,
UiTM Melaka.

Anonymous said...

Saya, Norizzati Binti Saifuddin Biro Publisiti MMC1105K, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk mengiklankan event kami, 'Hati Beraya, Jiwa Merdeka' bagi subjek COM366-Event Management di blog ini. Event yang akan dijalankan ini dibawah kerjasama UiTM Melaka, Polis Bantuan dan PDRM. Kami berharap agar pihak tuan dapat membenarkan kami untuk mengiklankan event kami blog tersebut. Event kami akan dijalankan pada 15 Ogos 2012. Kami berharap agar tuan dapat memberikan respon segera. Kami akan menghantar softcopy banner/poster kepada pihak tuan sebelum 7 Ogos 2012 untuk diiklankan pada 7 Ogos 2012. Segala kesulitan harap dimaafkan.
Yang Benar,
Norizzati Saifuddin.
Biro Publisiti MMC1105K,
Fakulti Komunikasi dan Media,
UiTM Melaka.

Anonymous said...

ysasalam persahabatan,

artikelnya bagus, moga bermamfaat bagi yang membaca..

Jangan lupa kunjungi blog aku www.toeangkreasi.com
thanks

Diploma Sains Komputer 96 -99 said...

minta maaf kepada cik/puan norizzati kerana tidak menjawab komen anda..
kalau boleh lepas ni hantar melalui form hubungi kami di http://bloggeruitm.blogspot.com/2009/07/hubungi-kami.html