Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Saturday, March 3, 2012

UiTM juara ragbi tujuh sepasukan Karnival Siri 1 Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2012.

KEHADIRAN lima pemain Bawah 20 Tahun kebangsaan memberi kelebihan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk muncul juara kategori Cup ragbi tujuh sepasukan Karnival Siri 1 Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2012.

Pada saingan akhir di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Dua, UiTM selaku juara bertahan tidak banyak menghadapi masalah membenam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 19-12.


Di separuh akhir, UiTM menewaskan Universiti Malaysia (UM), 5-0 manakala UTM menjinakkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 20-12.

Kapten UiTM, Syahir Asraf Rosli berkata, pengalaman luas pemain terutamanya yang beraksi bersama skuad kebangsaan menjadi aset mereka untuk meraih kejayaan itu.


Menurutnya, kejayaan ini menepati sasaran untuk merangkul kejuaraan sebelum bersaing pada Siri 2 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seterusnya Siri 3 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.


“Kejayaan ini diharap menjadi pembakar semangat dan landasan terbaik buat pemain untuk berusaha lebih gigih mengekalkan kejuaraan pada saingan akan datang.

“Gandingan pemain lama dan baru turut diharap menjadi pelengkap kekuatan pasukan yang mendapat sokongan padu pihak universiti,” katanya.

-HMetro

Tahniah kepada atlit UiTM yang berjaya menjadi juara.

2 comments:

www.mobiletopup2u.net said...

Salam 1 malaysia pelajar-pelajar uitm.Kami ingi memperkenalkan sistem topup easyreload prepaid kepada anda yang mudah digunakan untuk pelajar.Boleh bisnes jika mahu.Jika guna untuk topup sendiri lagi mudah lagi murah.Jika berminat sila hubungi 0194641576

Ikhlas,
(CIKGU AMIN)

Jom Sertai Kami.Percuma Handphone.Masih Ada 49 Unit.
Topup Prepaid Easyreload

Amir RugbyClothing said...

UITM memang hebat slalu! :-)