Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, August 19, 2011

Maklumat tentang penempatan bangunan Yayasan Melaka( kolej baru uitm bandaraya melaka)

LAPORAN KHAS SESI DIALOG ANTARA MPP UITM KBM DAN PELAJAR DENGAN PIHAK YAYASAN MELAKA.
Tarikh : 12 Ogos 2011
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tghari
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 16, UiTM KBM

Assalamualaikum semua pelajar UiTM KBM, satu sesi dialog antara Pihak Yayasan Melaka dengan MPP serta beberapa orang pelajar telah diadakan. Terdapat beberapa perkara telah dipersetujui dan telah dicapai bersama. Ketika sesi dialog pihak Yayasan Melaka telah diwakili oleh 7 orang kesemuanya dan diketuai oleh Ketua daripada Pihak Yayasan Melaka itu sendiri iaitu Encik Shaharudin. Semasa sesi dialog berlangsung kesemua input dan cadangan yang telah diberikan kepada pihak MPP serta beberapa orang pelajar telah dibentangkan kepada pihak Yayasan Melaka itu sendiri, dan Alhamdulillah pihak Yayasan Melaka telah mendengar semua input-input yang telah diberikan serta telah memberikan keputusan. Encik Shaharudin, Ketua Yayasan Melaka, telah bersetuju untuk memberikan harga sewaan terbaru kepada pelajar iaitu sebanyak RM150 sebulan/seorang. Disini saya serta kemudahan yang pelajar akan dapat dengan bayaran tersebut:-

1) Termasuk Api & Air
2) Kemudahan Wifi 24 Jam
3) Perabut Asas (Meja belajar, Single Bed, Tilam, Almari Pakaian)
4) Pelajar dibenarkan untuk memasak
5) 24 Jam kawalan Pengawalan Keselamatan oleh pihak Yayasan Melaka
6) Perkhidmatan Dobi (Harga merupakan harga pelajar)
7) Terdapat 12 Stall makanan
8) Surau
9) Cleaner yang akan membersihkan kawasasn bangunan
10) Bayaran untuk maintaining lif

Itu antara yang pelajar akan dapat dengan Bayaran RM150 sebulan/seorang. Pelajar perlu membayar lumsum satu semester iaitu sebanyak RM600 (4 month) tambah dengan deposit RM100 yang akan dipulangkan ketika cuti semester. Pelajar perlu keluarkan semua barang-barang ketika cuti semester jika pelajar mahukan tinggal dirumah itu sehingga habis belajar, pelajar perlu membayar sewa sepanjang cuti semester tetapi kesemua pelajar haruslah bersetuju untuk membayarnya.

Disini saya berikan Pros untuk pelajar yang bakal menyewa disini.
• Berhampiran Kampus (walking Distance less than 3 minutes) tiada kos pengangkutan akan terlibat.
• Menjimatkan masa untuk ke kelas atau ke aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
• Kawalan keselamatan 24 Jam
• Kemudahan bilik lengkap Single bed, Almari Pakaian dan Meja belajar
• Bilik yang selesa dan lebih privacy 2 orang sebilik
• Terdapat kemudahan surau, stall makanan, wifi, Dobi, kedai runcit, kedai stationery (memudahkan pelajar untuk binding dan Photostat assignment)
• Lebih selamat daripada tinggal rumah sewa lain yang jauh.

Contra
• Bayaran RM150 per month / per person
• Pelajar perlu membayar lumsum untuk 4 bulan atau 1 semester iaitu RM600
• Perlu membayar deposit RM100 (yang akan dipulangkan ketika hujung semester)
• Pelajar perlu membayar sewa ketika cuti semester jika pelajar mahukan terus tinggal di bangunan tersebut.

Perlu diingatkan kepada semua pelajar, pelajar perlu menjaga segala kemudahan yang telah diberikan, tiada unsur vandalisme boleh dilakukan oleh pelajar. Jika sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pelajar, pelajar perlu membayar sendiri kerosakan tersebut. Pihak Yayasan Melaka telah meletakkan tanggungjawab kepada Pihak MPP untuk memastikan segala kemudahan yang telah diberikan oleh pihak Yayasan Melaka mesti dalam keadaan baik, jesteru pihak MPP bersama dengan JP NR serta PPNR akan membuat lawatan sebulan sekali untuk memastikan segala barangan seperti perabot dan juga lain-lain kemudahan sentiasa dalam keadaan baik. Pihak MPP berharap agar makluman ini dapat memuaskan pelajar walaupun tidak dapat memuaskan semua pihak. Pihak MPP juga berharap agar pelajar tidak lagi mempertikai tentang harga tersebut, perlu diingatkan rumah yang bakal diduduki adalah rumah baru, dan anda akan jadi orang pertama yang akan tingga tidak seperti rumah sewa yang bertahun-tahun telah digunakan oleh pelbagai orang lain. Segala permasalahan pelajar boleh terus berhubung dengan saya atau MPP yang lain. Jika ada yang berminat boleh berikan nama kepada saya.

Kebajikan Pelajar Keutamaan MPP UiTM KBM 2011/2012

------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit maklumat tentang bangunan Yayasan Melaka (sebelah UiTM KBM)

mempunyai 5 bilik tidur
Sebilik 2 orang
Boleh memuatkan 10 orang pelajar
Mempunyai 3 tandas 2 bilik air
Reka bentuk seperi hostel di Puncak Alam (Kerana Pihak Yayasan Melaka mendapat nasihat daripada project manager Yang membina Kolej di Puncak Alam,
Kos Pembinaan 4 blok bernilai RM75 Juta
CF akan diperolehi pada hujung bulan 8
Pelajar akan mula boleh tinggal pada bulan 9 nanti
Kaunter akan dibuka pada 10 dan 11 September nanti
Untuk Aras 1 dan 2 akan diletakan grail untuk tujuan keselamatan
Langsir akan diberikan
2 blok dikhaskan untuk UiTM blok A 134 unit dan blok B 133 Unit

2 blok lagi akan siap pada bulan 10

InsyaAllah, semester hadapan UiTM akan membeli kedua-dua blok tersebut.

2 comments:

fadhilah said...

boleh sewa lagi x untuk semester dpn.bulan 3? tq.

Naazira Jamaludin said...

saya nak tanya,boleh sewa rumah di yayasan melaka tak? Berapa bayarannya?