Sunday, December 25, 2011
UiTM terima pengiktirafan MBR
Semua gunung itu ditawan mereka secara serentak pada 11 November lalu menerusi program dikenali sebagai ‘XPDC 111111 30 Puncak 1UiTM 1Malaysia’.
Ia sekaligus melayakkan pasukan itu mendapat pengiktirafan menerusi kategori ‘Pendakian Secara Serentak Seluruh Malaysia’ berdasarkan kejayaan projek ekspedisi yang menepati peraturan.
Perakuan itu diumumkan oleh Pegawai MBR, Zulhairi Md Zin di Bangunan Canselori UiTM, di sini, semalam.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau berbangga dengan pencapaian itu dan berharap dapat memberi impak kepada mahasiswa.
“Saya berpendapat, program ini adalah salah satu contoh program terbaik yang mampu melahirkan mahasiswa berkualiti tinggi.
“Program ini selaras hasrat kerajaan untuk menanam nilai-nilai murni dalam kalangan mahasiswa,” katanya.
Antara gunung yang berjaya ditawan pasukan itu adalah Gunung Kinabalu, Trusmadi, Gerah, Chamah, Ulu Sepat, Korbu, Tahan dan Gayong.
Program itu hasil cetusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kokurikulum di seluruh kampus cawangan.
- Sinar Harian Read More...
Prof. Sahol Hamid dilantik semula NC UiTM selama 2 tahun
Pelantikan semula Prof. Sahol yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21(1) Akta Universiti Teknologi MARA, demikian menurut kenyataan UiTM yang dikeluarkan hari ini.
Beliau pertama kalinya dilantik ke jawatan itu pada 1 Jan 2010 sehingga 31 Disember 2011. — BERNAMA
- Tahniah Datuk Prof Sahol Hamid. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih baik lagi.. Read More...
Tuesday, December 20, 2011
Pandangan Naib Canselor UiTM mengenai AUKU

Berikut ayat beliau :-
Read More...
Untuk renungan anak-anak UiTM sekalian...
Assalamualaikum wrbt. Anak2 sekalian. Ramai yg masih berbincang tentang AUKU dan selalu bertanya pandangan saya. Saya sentiasa di belakang YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pengajian Tinggi. Sila lihat ulasan YB menteri dlm Mingguan Malaysia yg lepas. Saya sependapat dgn YB Menteri. YAB PM menyarankan bahawa AUKU perlu ada perubahan supaya pelajar2 dpt melibatkan diri dlm politik tetapi bukan dlm kampus tetapi di luar kampus. Jawatan kuasa Khas telah ditubuhkan utk meneliti syarat berkenaan pindaan tersebut. Sabar dan jangan timbulkan sebarang isu yg tidak munasabah. Tunggulah laporan jawatankuasa tersebut. Di UiTM kita sentiasa bersatu sebagai satu Bangsa Bumiputera. Usah bersengketa sesama kita. Kesepakatan yg sedia ada janganlah dihancurkan hanya kerana berselisih pendapat. Ayuh kita bersatu dan jangan mudah terpengaruh dgn anasir2 yg ingin menggugat keharmonian yg sedia wujud. Fikir-fikirkanlah dan kongsilah pandangan ini.. UiTM SENTIASA DI HATIKU
Saturday, December 17, 2011
Kelab Inspirasi UiTM Melaka Berdakwah Dengan Nasyid
Program yang diadakan di Dewan Bendahara UiTM Melaka tersebut dihadiri kira-kira 500 pelajar dan dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajarnya (HEP), Baharim Khusil.
Night Of Barakah antara lain bertujuan membantu golongan pelajar terutama mahasiswa UiTM Melaka untuk menjiwai alunan, irama serta dakwah yang boleh disampaikan menerusi muzik nasyid.
Baharim berkata, penglibatan para pelajar khususnya yang menetap di kolej kediaman amat signifikan dengan aktiviti berpersatuan dan juga ke arah membina semangat setiakawan yang lebih tulen dan efisen.
“Melalui penglibatan pelbagai pasukan mengikut kolej UiTM Melaka mampu melahirkan pelajar dalam semua bidang termasuk bidang nasyid. dan Kelab Inspirasi juga telah berjaya merakam album Nasyid Muzikal untuk dikomersil dipasaran tempatan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penasihat Agama Kelab Inspirasi UiTM Melaka, Nor Mohd. Faisal Ariffin berkata, Night Of Barakah dianjurkan atas kesedaran membuka ruang untuk mahasiswa bergiat aktif dari segi usaha dakwah menerusi muzik nasyid.
Menurut beliau, sebanyak 19 Kolej kediaman UiTM Melaka menyertai program tersebut dan pemenang diharap peluang menyertai pertandingan dan persembahan di peringkat yang lebih tinggi sekali gus mengharumkan nama universiti berkenaan.
Pada program itu kumpulan `Boys’ dari Kolej Tun Perak, menjadi Johan diikuti tempat kedua oleh Kolej Lekir danKolej Tun Senaja di tempat ketiga.
Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai, piala pusingan dan sijil penyertaa Read More...
Saturday, November 26, 2011
Dua Pelajar UiTM Seri Iskandar Maut Dalam Kemalangan
Mereka dikenali sebagai Mohamad Helmy Mohd Yusof, 21, berasal dari Ulu Kinta dan rakannya Ain Nadiah Baharuddin, 21, dari Kampung Datuk Ahmad Said, Manjoi.
Kedua-duanya meninggal di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, kata Ketua Polis Trafik Negeri, Superitendan Wan Abdullah Ishak. Beliau berkata, kejadian berlaku pada 10.30 pagi apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Helmy dalam perjalanan dari sini untuk pulang ke kampus mereka, dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebuah lori sementara sebuah pacuan empat roda yang berada di belakang kereta mangsa turut merempuh kereta itu.
Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta mereka dan tepaksa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. - BERNAMA
-- Takziah kepada keluarga mangsa... Al Fatihah Read More...
Tuesday, October 25, 2011
Pasukan Debat UiTM jadi juara
Pasukan Debat Bahasa Inggeris UiTM menjadi JUARA & Pasukan Debat Bahasa Melayu UiTM menjadi NAIB JUARA Debat Piala Perdana Menteri yang berakhir malam tadi.. YAB Dato' Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia secara peribadi melalui msg ringkasnya turut mengucapkan TAHNIAH juga kepada UiTM dari Riyadh malam tadi.. TERIMA KASIH PERDANA MENTERI atas sokongan berterusan Kerajaan kepada UiTM.. Ayuh semua Warga & Alumni UiTM untuk terus melakar nama UiTM di kecemerlangan Malaysia & meletak nama UiTM di Peta Dunia.. UiTM SENTIASA DI HATIKU..
- Facebook Prof Dr Sahol.. Read More...
Saturday, October 8, 2011
Diari FB Naib Canselor UiTM : 'Roadmap to Nobel Prize'

UiTM akan usahakan satu program baru 'Roadmap to Nobel Prize' . Tujuan adalah utk kenal pasti scientist2 muda UiTM yg akan di latih dlm & luar negara supaya mereka boleh usahakan diri menuju ke Nobel Prize. Mungkin dlm 20 thn atau sebelum itu. Yg pentingnya UiTM dah mula buat perancangan awal. Kerjasama dgn negara Islam spt Pakistan, beberapa negara Arab akan bantu UiTM capai matlamat itu. Prof Attur Rahman seorg scientist Islam termuka berjanji bantu UiTM, Insya-Allah. Nothing is impossible. We need to start & keep trying meletak bumiputra di peta dunia. UiTM SENTIASA DI HATIKU.
- Prof Dr Sahol Hamid Read More...
Tuesday, September 27, 2011
Tawar peluang kedua
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata tujuan penawaran itu untuk memberi peluang kedua kepada pelajar berkenaan kerana menyifatkan mereka golongan muda yang bijak selepas mendapat keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Namun, mungkin disebabkan ketika mengikuti program asasi dan matrikulasi mereka agak lalai, maka keputusan mereka tidak cemerlang sekali gus gagal menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.
“UiTM menawarkan peluang kepada pelajar yang masih berkeinginan menuntut di universiti ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Menurutnya, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang selepas tiga semester pengajian akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah sarjana muda. “Tujuannya memendekkan masa pengajian pelajar berkenaan bagi mendapatkan segulung ijazah. “Walaupun UiTM memberi peluang sebegini, kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka akan sentiasa dipantau bagi memastikan diploma dan ijazah mereka terima kelak berkualiti tinggi,” katanya.
Bagi mereka yang berminat boleh menghantar surat rayuan kepada Pejabat Naib Canselor, Aras 6, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Teknologi Mara, 40450 Shah Alam, Selangor. Rayuan mereka akan dipertimbangkan, dan sekiranya layak dan bersesuaian, mereka ditawar melanjutkan pelajaran di mana-mana kampus cawangan UiTM berdekatan di seluruh negara. Surat mesti mempunyai butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, bidang pengajian diminati, serta dikepilkan salinan keputusan peperiksan SPM. Pemohon juga perlu mengepilkan salinan keputusan pengajian berkenaan seperti STPM, asasi, atau matrikulasi. Untuk memudahkan urusan pemilihan, mereka hendaklah menulis RAYUAN KE PROGRAM DIPLOMA di sudut kiri sampul surat berkenaan. Syarat rayuan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 Oktober 2011 ini. Sekiranya mereka diterima masuk, pelajar akan mendaftar dan memulakan pengajian pada 16 November 2011 nanti.
- HMetro Read More...
Sunday, September 11, 2011
UiTM anjur Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2011 (PECIPTA 2011)
Program tiga hari anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan institut pengajian tinggi awam (IPTA), dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula 13 September ini.
Bertemakan `Menyemarak Inovasi Bersama Model Baru Ekonomi', PECIPTA 2011 bukan saja menjadi medan mempamerkan produk R&D, bahkan muncul sebagai lokasi strategik antara pengamal industri dan produk ciptaan berkualiti daripada penyelidik tempatan.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata aktiviti adalah satu pelan tindakan yang terkandung dalam Pelan Strategik Pendidikan Negara.
Katanya, ia selaras teras kedua Agenda Pembangunan Negara yang direncanakan dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi melalui produk inovasi.
"Kita bukan saja menumpukan kepada pameran produk inovasi IPT, bahkan membuka ruang pembabitan peserta dari sekolah menengah. PECIPTA 2011 juga menyediakan ruang kepada pihak industri dan penyelidik melalui sesi Pemadanan Perniagaan," katanya pada sidang media di UiTM, Shah Alam, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mohd Jailani Mohd Nor dan Timbalan Naib Canselor (Pendidikan dan Inovasi) UiTM, Prof Dr Zaini Abdullah.
Sahol Hamid berkata, sebanyak 25 IPTA dan 15 sekolah sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai pameran kali ini.
Katanya, UiTM akan memperkenalkan satu kategori baru pada persidangan kali ini iaitu Newly Marketed Product (NM).
"Ia akan menjadi wadah kepada penyelidik untuk mempamerkan hasil ciptaan mereka yang telah dikomersialkan di dalam pasaran tempatan atau luar negara. Syarat untuk kategori ini ialah produk terbabit mesti telah berada di pasaran tidak lebih dua tahun," katanya.
Selain pertandingan dan pameran, katanya, simposium bertajuk `Mencari Ekosistem Utuh Untuk Inovasi' membabitkan panel pakar dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura dan Malaysia juga akan diadakan.
Pameran dwi tahunan itu turut mendapat pelbagai penajaan daripada beberapa badan korporat seperti Bank Islam dan Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC).
- BHarian Read More...
Friday, August 19, 2011
Maklumat tentang penempatan bangunan Yayasan Melaka( kolej baru uitm bandaraya melaka)
Tuesday, July 12, 2011
UiTM Shah Alam ungguli final
Menyifatkan ia sebagai aksi final terbaik bagi saingan liga peringkat IPT, Omar berkata: "Saya tetap berpuas hati walaupun kami terpaksa mengharungi 120 minit perlawanan penuh getir dan kemenangan ditentukan menerusi penalti.
"KK Kedah mungkin bernasib baik kerana gawang mereka tidak dibolosi pada masa permainan tetapi kami lebih bernasib baik pada sepakan penalti. Memang kami berhak untuk menang."
Bagi jurulatih KKK, Mohamad Ramlee, walaupun murung dengan 'nasib tidak menyebelahi mereka', dia tetap berpuas hati dengan kesungguhan anak buahnya memberi tentangan di gelanggang lawan dengan sokongan padu hampir tiga ribu orang itu.
"UiTM pasukan hebat dan saya bangga kerana anak buah saya mampu membuat asakan hingga memaksa kemenangan ditentukan menerusi penalti.
"Kami sudah beri 100 peratus sepanjang 120 minit permainan dan membuktikan kami mampu beri saingan kepada pasukan sehebat UiTM. Apabila tewas pada penentuan sepakan penalti, ia lebih kepada nasib," kata bekas pertahanan Kedah yang menjuarai Piala Malaysia 1993 itu.
UiTM menerima RM30,000 dan KKK RM20,000.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
- Utusan
Tahniah kepada pasukan UiTM Shah Alam yang berjaya memenangi kejohanan tersebut. Read More...
Sunday, July 10, 2011
Siti Nurhaliza sambung pengajian di UiTM
SHAH ALAM: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.
Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lalu.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM adalah tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.
"Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.
Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.
Dr Sahol Hamid berkata, UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.
"Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.
Siti Nurhaliza, melalui SimplySiti Sdn Bhd, bekerjasama dengan UiTM sempena konsert Malam Gala bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama syarikat milik penyanyi itu, yang diadakan di sini malam tadi.
Semua hasil jualan tiket konsert itu, yang dianggar berjumlah RM100,000 disalurkan kepada tabung MDAB UiTM, manakala SimplySiti turut menghulurkan RM30,000 selain sumbangan peribadi Siti Nurhaliza sebanyak RM10,000 kepada tabung berkenaan.
SimplySiti turut memperkenalkan dua koleksi terkini set kecantikan syarikat berkenaan iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition, yang menampilkan produk baru seperti Gorgeous Lip Color, Shimmer Blush serta Due Eye Shadow.
Pada konsert berkenaan, Siti Nurhaliza menyampaikan lima lagu termasuk single terbaru album Inggerisnya yang dijangka menemui peminat pada 9 September depan iaitu Falling In Love, selain berduet dengan penyanyi Aizat menerusi "Lagu Kita".
Selain Siti Nurhaliza, kira-kira 4,500 penonton konsert itu turut terpaku dengan persembahan legenda rock tanah air Amy Search yang menyampaikan dua lagu iaitu "Kerja Gila" dan "Isabella".
Persembahan hampir empat jam itu turut diserikan dengan persembahan pelajar sekolah terpilih, penuntut UiTM, Aizat dan Ana Rafali serta diacarakan alumni UiTM Faizal Ismail.
Selain itu, Siti Nurhaliza turut menghadiahkan sebuah tas tangan koleksi peribadinya berjenama Prada kepada penonton bertuah menerusi cabutan khas.
Konsert berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh empat fakulti UiTM iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik; Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media; Fakulti Muzik serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka. - BERNAMA Read More...
Friday, July 8, 2011
perhatian kepada pelajar uitm
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA - LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011
Seluruh Pelajar UiTM LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011 Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) - “A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)- “An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)- “No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan - “Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong ,negara , Kerajaan dan badan berkanun”. Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan “Seseorang pegawai tidak boleh –
Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa. Sekian dimaklumkan. DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc Naib Canselor |
Sunday, July 3, 2011
Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2/2011
Selamat menjadi ahli UiTM semua... Read More...
Saturday, June 18, 2011
UiTM, UEL tubuh pusat kewangan Islam
BAGI melebarkan sokongan terhadap keperluan pendidikan perniagaan Islam, Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) bersama Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan University of East London (UEL), United Kingdom, baru-baru ini.
Persefahaman ini bertujuan menjalin kerjasama kedua-dua pihak dalam penawaran program siswazah peringkat sarjana dan doktor falsafah selain menubuhkan Pusat Kewangan Islam di Dubai.
Mereka turut memulakan program pembangunan profesional lanjutan dalam bidang kewangan dan perbankan Islam tidak lama lagi.
Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif UEL, Prof Patrick McGhee, berkata kerjasama itu membantu kedua-dua institusi menyediakan program perniagaan Islam bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata, permintaan tinggi terhadap pendidikan perniagaan Islam membuktikan sektor itu mampu berkembang pantas bagi melahirkan golongan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.
- HMetro
Read More...Wednesday, June 8, 2011
80 mahasiswa UUM dan UiTM Arau sertai Program Bakti Siswa Perdana
PARIT BUNTAR 7 Jun - Seramai 80 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis berkampung selama lima hari di Kampung Bagan Tiang di sini bersama keluarga angkat dalam Program Bakti Siswa Perdana baru-baru ini.
Pengarah Bakti Siswa UUM, Shazwi Abd. Razak berkata, matlamat utama program tajaan Bank Rakyat itu diadakan bagi merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan penduduk setempat.
"Program ini menjadi platform kepada mahasiswa untuk menyelami adat dan budaya hidup masyarakat kampung yang kebanyakannya hanya bekerja sebagai nelayan, petani dan pekerja kilang.
"Selain itu, mereka turut membuat kajian mengenai beberapa isu setempat, negeri dan nasional bagi dicadangkan kepada pemimpin tempatan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Majlis perasmian Program Bakti Siswa Perdana itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Dato Abdul Raman Suliman di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Bagan Tiang di sini.
Penganjuran program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Belia 4B Kawasan Parit Buntar serta Pejabat Penghulu Mukim Bagan Tiang.
Sementara itu, Pengerusi Gerak Wanis 4B Kawasan Parit Buntar, Amrina Saad yang juga merangkap Naib Pengerusi Wanita 4B Negeri Perak berkata, program tersebut dapat memastikan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan secara berterusan.
Menurut beliau, ia penting bagi melahirkan ciri-ciri kepemimpinan mahasiswa yang berwawasan serta berintegriti selain mampu memberikan pendedahan ilmiah serta motivasi khususnya kepada anak-anak penduduk setempat untuk terus gigih belajar bersungguh-sungguh.
- Utusan
Sunday, June 5, 2011
UiTM Meterai MoA Dengan Bumitra Malaysia Dalam Bidang Pelancongan
SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) untuk meningkatkan kerjasama berterusan dalam sektor pelancongan negara bagi manfaat kedua-dua pihak.
Presiden Bumitra Malaysia Mohd Ayub Hassan berkata menerusi perjanjian itu, kakitangan serta anggota persatuan itu yang terdiri daripada ejen-ejen pelancongan, akan mengikuti beberapa siri kursus pengurusan pelancongan di Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan di UiTM.
Beliau berkata kursus itu boleh memberi manfaat kepada peserta kursus terutama mereka yang berada di barisan hadapan dalam bidang pelancongan.
"Kursus bahasa Inggeris, Jepun, Mandarin serta Arab yang diajar melalui kursus pengurusan pelancongan ini juga dapat memudahkan mereka berinteraksi dengan pelancong dari negara berkenaan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menandatangani MoA bagi pihak Bumitra Malaysia manakala UiTM pula diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar di Hotel UiTM di sini.
Mohd Ayub berkata meskipun sebilangan anggota dan kakitangan Bumitra Malaysia mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang pelancongan, namun mereka perlu didedahkan mengenai asas dan kepentingan industri pelancongan di negara ini.
Beliau berkata ini memandangkan bidang pelancongan banyak bergantung kepada sumber manusia yang menjadi aset terpenting dalam industri berkenaan.
Melalui kursus itu, peserta akan mendapat pengetahuan asas mengenai agensi pelancongan, teknik jualan produk pelancongan serta mereka pakej pelancongan berskala sederhana dan mewah.
Sementara itu, Dr Sahol Hamid berkata kerjasama itu menjadi landasan kepada UiTM untuk menerima maklum balas daripada peserta untuk memperbaiki sukatan kursus pengurusan pelancongan sedia ada.
"Peserta yang mengikuti kursus ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang pelancongan dan oleh itu, mereka bolehlah memberi sedikit input kepada tenaga pengajar UiTM untuk memperbaiki lagi sukatan kursus di samping menimba ilmu pengetahuan daripada kami," katanya.
Beliau berkata menerusi kursus itu, anggota serta kakitangan Bumitra Malaysia akan berpeluang mengetahui industri pelancongan secara lebih mendalam di samping menjadi seorang usahawan baik yang dapat membuat keputusan bijak. -BERNAMA
Read More...Saturday, May 21, 2011
UiTM perlukan jaringan alumni yang mantap
KANGAR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu mempunyai jaringan alumni yang mantap dan dana yang besar bagi membantu universiti memperkasakan tanggungjawabnya, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah, pada masa ini terdapat lebih 400,000 alumni UiTM di seluruh negara dan ada yang menjadi peneraju industri yang ternama yang boleh membantu universiti itu melalui persatuan alumni.
Jika seorang alumni menyumbang RM1 sebulan, ia akan dapat mengumpul dana yang cukup besar untuk kegiatan alumni, titah baginda pada majlis pelancaran Persatuan Alumni UiTM Perlis di sini malam tadi.
Baginda memberikan contoh pencapaian cemerlang Universiti Harvard yang berada dalam ranking pertama universiti cemerlang dunia, yang dipacu oleh sumbangan dana, biasiswa, perkongsian kepakaran dan jaringan kerjasama alumninya.
Raja Muda berharap, UiTM tidak hanya mengeluarkan produk untuk pasaran kerja semata-mata tetapi turut memberi pulangan pelaburan kepada negara, masyarakat dan agama melalui sumbangan para alumninya.
Pengerusi Persatuan Alumni UiTM Perlis, Shamsun Abdul Majid dalam ucapannya berkata, persatuan itu berharap dapat menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dalam sektor perniagaan bagi menjana pendapatan untuk persatuan itu. – Bernama
Read More...Monday, May 2, 2011
UiTM Kampus Bandaraya diarah bina tembok batu
MELAKA 26 April _ Kerajaan negeri mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya merobohkan pagar dawai di bahagian belakang asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM di sini dan digantikan dengan tembok batu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, tindakan itu perlu diambil segera bagi memastikan kejadian asrama wanita di situ diceroboh oleh seorang lelaki tidak berulang.
Menurutnya, pemeriksaan pihaknya di sekitar kawasan kediaman pelajar itu mendapati pagar dawai yang sedia ada tidak selamat dan mudah diceroboh.
''Pagar itu juga tidak tinggi dan mudah bagi penceroboh masuk. Keadaan kawasan persekitaran asrama juga sunyi dari pandangan masyarakat kerana pada bahagian belakangnya tidak ada rumah kediaman lain," katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM, di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya mengadakan pemeriksaan di asrama wanita terbabit ekoran kejadian yang menimpa salah seorang pelajar wanita di situ yang dirogol dan disamun oleh seorang lelaki berusia 22 tahun minggu lalu.
Bagaimanapun, lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Kata Tian Loo, kerajaan negeri juga meminta pihak pentadbiran asrama menambah lagi jumlah pengawal keselamatan di samping menyediakan loceng kecemasan jika berlaku kejadian jenayah di sekitar kawasan asrama.
Menurutnya, selain tumpuan keselamatan di asrama Kolej Tun Mutahir, pihaknya juga akan memantau perkembangan yang sama di semua asrama kediaman pelajar di negeri ini.
Sementara itu, seorang pelajar asrama Tun Mutakhir yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 22, berkata, selepas kejadian itu, dia dan rakan yang lain turut trauma.
''Kejadian yang berlaku tetap berlaku, jadi sebagai pencegahan kami hanya mampu memastikan semua pintu sentiasa dikunci rapat," katanya.
-Utusan
Read More...Tuesday, April 12, 2011
UiTM Melaka Tumpu Bidang Seni, Warisan, Pelancongan Dan Komunikasi
MELAKA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka yang mempunyai dua kampus akan terus melahirkan graduan dalam empat bidang khusus iaitu seni, warisan, pelancongan dan komunikasi, kata Rektornya Datuk Dr Mizan Hitam.
"Kita telah melakukan tumpuan empat bidang khusus ini sejak dua tahun lepas dan hasilnya sangat memberangsangkan," katanya kepada pemberitaselepas majlis forum "Sepetang Bersama Media 1UiTM, IMedia" anjuran Persatuan Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Cawangan Melaka.
Forum yang julung kali diadakan itu menampilkan tiga ahli panel yang terdiri dari Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Dr Megat Al Imran Yasin.
Dr Mizan berkata UiTM Melaka mempunyai 7,000 pelajar di kampus Lendu yang menawarkan program peringkat Diploma dan 4,000 pelajar di kampus Bandar di sini yang mengikuti kursus Sarjana Muda.
Sebuah lagi kampus di Seri Mendapat, Jasin sedang dibina dan bakal beroperasi pada 2014 yang boleh menampung seramai 5,000 pelajar. Dalam forum tersebut yang bertajuk "Peranan Media Dalam Menjana Transformasi Bangsa", Yong berkata kredibilti Bernama akan berterusan sebagaipenyalur berita terutama tentang pandangan kerajaan yang kini diterima baik oleh media-media arus perdana bahkan portal popular yang menjurus kepada parti pembangkang.
"Bagaimanapun kayu pengukur Bernama pada masa depan adalah untuk menghasilkan lebih banyak berita dan analisis yang baik untuk terus relevankepada para pelanggannya," katanya.
Beliau berkata Bernama pada masa kini mengeluarkan purata sebanyak 250 hingga 300 berita am dan berita ekonomi setiap hari.
Mior Kamarul pula meminta univerisiti agar berkolobrasi dengan media untuk menyumbang rencana serta artikel yang kini lebih terjurus kepada artikel yang ditulis oleh wartawan akhbar itu sendiri.
"Kita perlukan pendapat dan pandangan dari pihak universiti untuk dinilai oleh para pembaca," katanya. - BERNAMA
Read More...Saturday, April 2, 2011
Kedudukan UiTM di antara Universiti terbaik Malaysia
Dunia Universiti Ranking
629 Universiti Sains Malaysia 1
694 Universiti Teknologi Malaysia 2
731 Universiti Kebangsaan Malaysia 3
771 Universiti Putra Malaysia 4
788 University of Malaya 5
995 Universiti Malaysia Perlis 6
1126 Multimedia University 7
1133 Universiti Teknologi Mara 8
1344 Universiti Malaysia Pahang 9
1491 International Islamic University of Malaysia * 10
Pelaksanaan Autonomi untuk 4 kampus UiTM

Sumber :- Blog MyFirdaus Read More...
Sunday, March 27, 2011
PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM TAHUN 2011
Permohonan boleh dibuat melalui http://online.uitm.edu.my/
Permohonan bermula 1 Mac 2011 (Selasa)dan tarikh tutup permohonan pada 31 Mac 2011 (Khamis).
Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan no. kad pengenalan pemohon (bukan wakil) di cawangan BSN.
Sila rujuk laman web http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan..
Sumber : Portal UiTM Read More...
Friday, March 25, 2011
Ekspo Selangkah ke UiTM
Tarikh : 26 -27 Mac 2011
Masa : 8.30 pg - 5.30 ptg
Tempat : Dewan Agong ,Tuanku Canselor UiTM
Shah Alam..
-----------------------------------------------
Kepada bakal mahasiswa, silalah hadir dan dapatkan pelbagai maklumat. Read More...
Tuesday, March 1, 2011
surat pekeliling terbaru untuk UiTM melaka sahaja(jadual hari jumaat ditukar)
Perubahan Jadual Waktu Sesi Petang Setiap Hari Jumaat |
MAKLUMAN Seperti mana yang telah diumumkan oleh yang Berusaha Datuk Pengarah Kampus, kelas sesi petang pada setiap hari Jumaat akan bermula pada jam 3.00 petang. Harap Maklum. |
Tuesday, February 22, 2011
cawangan terbaru UiTM melaka Jasin...
NAJIB Tun Razak melihat bagaimana bumbung rumah salah seorang penduduk di Kampung Lipat Kajang, Jasin dibaiki selepas menerima sumbangan daripada 1Malaysia Development Berhad. – Bernama |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu merugikan penduduk di Hulu Selangor dan yang mendapat rahmatnya kini adalah penduduk di Seri Mendapat di sini ekoran pembinaan kampus baru di tanah seluas 218 ekar itu.
“Kerajaan Selangor tidak bijak kerana menolak rezeki tetapi sebaliknya orang Melaka khususnya di Seri Mendapat mendapat untung dengan pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin yang baru.
“Keputusan yang diambil oleh kerajaan pembangkang itu bermotif politik kerana sanggup menzalimi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah yayasan untuk membantu orang miskin dan anak-anak yatim.
‘‘Tetapi kita nak tunjukkan kebenaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat dan pelajar UiTM,” ujarnya.
Beliau berucap pada majlis perasmian mula kerja di tapak projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan pertukaran dokumen perjanjian pinjaman antara YBK Usahasama Sdn. Bhd. dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Seri Mendapat di sini, hari ini.
Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.
Kampus baru UiTM Melaka cawangan Jasin dibina di atas tanah seluas 218 ekar di Mukim Semujuk daerah Jasin di sini menempatkan satu kompleks yang boleh menampung kapasiti pelajar berjumlah 5,000 orang.
Projek pembinaan kampus bernilai RM297 juta itu bakal menempatkan tiga buah fakulti iaitu Sains Gunaan, Pengurusan Ladang serta Sains Komputer dan Matematik yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sejak penubuhan UiTM pada 1967, seramai 400,000 graduan dilahirkan, manakala 180,000 masih menuntut di universiti berkenaan di seluruh negara.
Beliau menambah, bekas graduan daripada universiti berkenaan kini masing-masing memegang jawatan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta manakala sebahagian daripadanya menjadi tenaga profesional.
Ujarnya, kalau dikaji latar belakang bekas graduan UiTM, mereka terdiri daripada keluarga miskin, petani, nelayan, penoreh getah dan pembantu am rendah tetapi hari ini mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi.
“Ini semua dilakukan kerana kita percaya kalau nak mengubah untung nasib sesebuah bangsa, senjata paling berkesan sekali adalah melalui pendidikan dan ini telah kita buktikan sebagai satu kenyataan,” ujarnya.
Wednesday, February 2, 2011
Kampus keempat UiTM Pulau Pinang
“Perkara ini masih dalam perancangan dan kita sedang mencari satu tempat yang sesuai untuk membina kampus baru itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan UiTM Pulau Pinang Kampus Balik Pulau di sini, hari ini.
UiTM Pulau Pinang kini mempunyai kampus di Permatang Pauh dan satu lagi kampus akan dibuka di Bertam, Seberang Perai.
Beliau berkata cadangan pembinaan kampus baru itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah bilangan tenaga kerja mahir di negara ini.
“Kita perlu menambah tenaga kerja mahir kerana antara prasyarat yang diminta oleh pelabur yang ingin melabur di negara ini ialah kita perlu ada tenaga kerja mahir dalam bidang tertentu,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata UiTM Pulau Pinang Kampus Balik Pulau, yang beroperasi di kampus sementara, menawarkan kursus peringkat pradiploma.
“UiTM Balik Pulau mula beroperasi pada Julai lepas dengan pengambilan pertama pelajar seramai kira-kira 300 orang dan pengambilan kedua melibatkan kira-kira 300 pelajar,” katanya.
Katanya penubuhan kampus Balik Pulau itu memberi peluang kepada pelajar miskin dari luar bandar yang mempunyai potensi tinggi dalam bidang akademik melanjutkan pengajian.
Selain itu, katanya UiTM merancang memperkenalkan 200 lagi program baru dalam pelbagai bidang pengkhususan pada masa akan datang. — Bernama
Tahniahlah kepada penduduk Balik Pulau. Pasti dapat merasa pembangunan di situ. Dan tahniah kepada UiTM yang semakin bertambah membangun Read More...
Thursday, January 20, 2011
Pelajar UiTM parah dihempap batu di Bukit Broga
Norhanani Shahim, 22, yang menyertai sekumpulan 15 penuntut universiti itu memulakan pendakian kira-kira pukul 8 pagi tadi dan tiba-tiba “hilang” daripada kumpulan ekspedisi itu.
Seorang anggota kumpulan ekspedisi itu, Mohd Khairul Nazmi Zubairu, 22, menemui Norhanani dalam keadaan tertiarap di kawasan lereng bukit Bukit A, Bukit Broga dengan seketul batu besar berada di atas belakangnya selepas lebih dua jam mencari mangsa.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ketika dihubungi berkata Mohd Khairul telah menghubungi JPAM Kajang, Selangor meminta bantuan untuk mengalihkan batu tersebut memandangkan beliau dan rakan-rakanya tidak berdaya mengangkat batu itu.
Sepasukan penyelamat JPAM, bomba dan dua pembantu perubatan dari Hospital Kajang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 11 pagi dan berjaya mengangkat batu itu dari badan mangsa.
Jurucakap JPAM itu berkata Norhanani yang berkeadaan lemah ketika ditemui memberitahu rakannya bahawa beliau telah terjatuh sebelum batu menghempap belakang badannya.
Mangsa yang dipercayai cedera serius di bahagian tulang belakangnya akibat insiden itu kini dirawat di Hospital Kajang.
— BERNAMA
Bahaya tu.. Harap2 pelajar UiTM yang ingin menjalankan aktiviti luar perlu lebih berhati-hati. Read More...