BALIK PULAU, 30 Jan — Universiti Teknologi Mara (UiTM) merancang membuka satu lagi kampus di Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
“Perkara ini masih dalam perancangan dan kita sedang mencari satu tempat yang sesuai untuk membina kampus baru itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan UiTM Pulau Pinang Kampus Balik Pulau di sini, hari ini.
UiTM Pulau Pinang kini mempunyai kampus di Permatang Pauh dan satu lagi kampus akan dibuka di Bertam, Seberang Perai.
Beliau berkata cadangan pembinaan kampus baru itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah bilangan tenaga kerja mahir di negara ini.
“Kita perlu menambah tenaga kerja mahir kerana antara prasyarat yang diminta oleh pelabur yang ingin melabur di negara ini ialah kita perlu ada tenaga kerja mahir dalam bidang tertentu,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata UiTM Pulau Pinang Kampus Balik Pulau, yang beroperasi di kampus sementara, menawarkan kursus peringkat pradiploma.
“UiTM Balik Pulau mula beroperasi pada Julai lepas dengan pengambilan pertama pelajar seramai kira-kira 300 orang dan pengambilan kedua melibatkan kira-kira 300 pelajar,” katanya.
Katanya penubuhan kampus Balik Pulau itu memberi peluang kepada pelajar miskin dari luar bandar yang mempunyai potensi tinggi dalam bidang akademik melanjutkan pengajian.
Selain itu, katanya UiTM merancang memperkenalkan 200 lagi program baru dalam pelbagai bidang pengkhususan pada masa akan datang. — Bernama
Tahniahlah kepada penduduk Balik Pulau. Pasti dapat merasa pembangunan di situ. Dan tahniah kepada UiTM yang semakin bertambah membangun
Read More...
Showing posts with label UiTM Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label UiTM Pulau Pinang. Show all posts
Wednesday, February 2, 2011
Wednesday, July 22, 2009
UiTM Permatang Pauh pula kena H1N1
Kalau sebelum ni UiTM Lendu, Pahang terpaksa dikuarantin dan pelajar diarah pulang kini UiTM Pulau Pinang pula mengalami masalah sama.
Lepas ni UiTM mana pula.. Ooo pohon dijauhkan.. Harap-harap tiada lagi pelajar UiTM yang terkena jangkitan wabak H1N1 ni.. Read More...
PULAU PINANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh dekat sini ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
"Semua mereka berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal manakala 200 lagi pelajar yang mengalami simptom selesema diarah menjalani kuarantin di asrama dan rumah," katanya pada satu persidangan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata arahan penutupan sertamerta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.
"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.
Phee berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sudah diambil.
Sementara itu tinjauan Bernama di kampus UiTM itu tengah hari ini mendapati kebanyakan pelajar sudah mula meninggalkan asrama untuk pulang ke rumah masing-masing. BERNAMA
Lepas ni UiTM mana pula.. Ooo pohon dijauhkan.. Harap-harap tiada lagi pelajar UiTM yang terkena jangkitan wabak H1N1 ni.. Read More...
Subscribe to:
Posts (Atom)