Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my
Showing posts with label UiTM Melaka. Show all posts
Showing posts with label UiTM Melaka. Show all posts

Monday, May 2, 2011

UiTM Kampus Bandaraya diarah bina tembok batu

MELAKA 26 April _ Kerajaan negeri mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya merobohkan pagar dawai di bahagian belakang asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM di sini dan digantikan dengan tembok batu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, tindakan itu perlu diambil segera bagi memastikan kejadian asrama wanita di situ diceroboh oleh seorang lelaki tidak berulang.

Menurutnya, pemeriksaan pihaknya di sekitar kawasan kediaman pelajar itu mendapati pagar dawai yang sedia ada tidak selamat dan mudah diceroboh.

''Pagar itu juga tidak tinggi dan mudah bagi penceroboh masuk. Keadaan kawasan persekitaran asrama juga sunyi dari pandangan masyarakat kerana pada bahagian belakangnya tidak ada rumah kediaman lain," katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mengadakan pemeriksaan di asrama wanita terbabit ekoran kejadian yang menimpa salah seorang pelajar wanita di situ yang dirogol dan disamun oleh seorang lelaki berusia 22 tahun minggu lalu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Kata Tian Loo, kerajaan negeri juga meminta pihak pentadbiran asrama menambah lagi jumlah pengawal keselamatan di samping menyediakan loceng kecemasan jika berlaku kejadian jenayah di sekitar kawasan asrama.

Menurutnya, selain tumpuan keselamatan di asrama Kolej Tun Mutahir, pihaknya juga akan memantau perkembangan yang sama di semua asrama kediaman pelajar di negeri ini.

Sementara itu, seorang pelajar asrama Tun Mutakhir yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 22, berkata, selepas kejadian itu, dia dan rakan yang lain turut trauma.

''Kejadian yang berlaku tetap berlaku, jadi sebagai pencegahan kami hanya mampu memastikan semua pintu sentiasa dikunci rapat," katanya.

-Utusan

Read More...

Tuesday, April 12, 2011

UiTM Melaka Tumpu Bidang Seni, Warisan, Pelancongan Dan Komunikasi

MELAKA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka yang mempunyai dua kampus akan terus melahirkan graduan dalam empat bidang khusus iaitu seni, warisan, pelancongan dan komunikasi, kata Rektornya Datuk Dr Mizan Hitam.

"Kita telah melakukan tumpuan empat bidang khusus ini sejak dua tahun lepas dan hasilnya sangat memberangsangkan," katanya kepada pemberitaselepas majlis forum "Sepetang Bersama Media 1UiTM, IMedia" anjuran Persatuan Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Cawangan Melaka.

Forum yang julung kali diadakan itu menampilkan tiga ahli panel yang terdiri dari Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pensyarah Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Dr Megat Al Imran Yasin.

Dr Mizan berkata UiTM Melaka mempunyai 7,000 pelajar di kampus Lendu yang menawarkan program peringkat Diploma dan 4,000 pelajar di kampus Bandar di sini yang mengikuti kursus Sarjana Muda.

Sebuah lagi kampus di Seri Mendapat, Jasin sedang dibina dan bakal beroperasi pada 2014 yang boleh menampung seramai 5,000 pelajar. Dalam forum tersebut yang bertajuk "Peranan Media Dalam Menjana Transformasi Bangsa", Yong berkata kredibilti Bernama akan berterusan sebagaipenyalur berita terutama tentang pandangan kerajaan yang kini diterima baik oleh media-media arus perdana bahkan portal popular yang menjurus kepada parti pembangkang.

"Bagaimanapun kayu pengukur Bernama pada masa depan adalah untuk menghasilkan lebih banyak berita dan analisis yang baik untuk terus relevankepada para pelanggannya," katanya.

Beliau berkata Bernama pada masa kini mengeluarkan purata sebanyak 250 hingga 300 berita am dan berita ekonomi setiap hari.

Mior Kamarul pula meminta univerisiti agar berkolobrasi dengan media untuk menyumbang rencana serta artikel yang kini lebih terjurus kepada artikel yang ditulis oleh wartawan akhbar itu sendiri.

"Kita perlukan pendapat dan pandangan dari pihak universiti untuk dinilai oleh para pembaca," katanya. - BERNAMA

Read More...

Friday, June 25, 2010

Pertandingan Rekacipta UiTM Melaka

Pertandingan Rekacipta (IID 2010) UiTM Melaka
Bahagian Penyelidikan Dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Melaka akan menganjurkan Pertandingan Rekacipta atau IID (Invention, Innovation and Design) peringkat UiTM Melaka akan diadakan pada 27 Julai 2010. Dengan ini penyertaan dialu-alukan dari semua warga kampus (Staf akademik dan staf bukan akademik) serta penyertaan dari pelajar-pelajar UiTM Melaka (KBM & KAG).
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Julai 2010. Maklumat lanjut boleh di dapati disini
**Borang penyertaan juga boleh di dapati di Pejabat PJI. Sila hubungi 06-5582094/2190. (Pn Nora Isa /Pn Fauziah Hamzah)
“Penyelidikan dibudayakan, Inovasi ditingkatkan”

Sumber :- Portal UiTM Melaka Read More...

Thursday, July 16, 2009

H1N1 di UiTM Lendu

MELAKA - Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa menutup kampus mereka di cawangan Lendu, di sini mulai hari ini berikutan perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang setakat ini sudah menjangkiti 13 pelajarnya sejak Sabtu lalu.

Notis penutupan kampus yang membabitkan kira-kira 4,000 pelajar itu akan berkuat kuasa mulai tengah hari ini hingga 24 Julai.

Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah ketika dihubungi malam tadi mengesahkan tindakan tersebut selepas mereka mendapat arahan Kementerian Kesihatan.



Seronoklah budak-budak UiTM Lendu ye.. Tapi harap agar wabak ni dapat dibendung segera. Kesian plak mereka ketinggalan nanti.. Periksa tak tunda.. Read More...