Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my
Showing posts with label naib canselor. Show all posts
Showing posts with label naib canselor. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Diari FB Naib Canselor UiTM : 'Roadmap to Nobel Prize'








UiTM akan usahakan satu program baru 'Roadmap to Nobel Prize' . Tujuan adalah utk kenal pasti scientist2 muda UiTM yg akan di latih dlm & luar negara supaya mereka boleh usahakan diri menuju ke Nobel Prize. Mungkin dlm 20 thn atau sebelum itu. Yg pentingnya UiTM dah mula buat perancangan awal. Kerjasama dgn negara Islam spt Pakistan, beberapa negara Arab akan bantu UiTM capai matlamat itu. Prof Attur Rahman seorg scientist Islam termuka berjanji bantu UiTM, Insya-Allah. Nothing is impossible. We need to start & keep trying meletak bumiputra di peta dunia. UiTM SENTIASA DI HATIKU.
- Prof Dr Sahol Hamid Read More...

Thursday, December 31, 2009

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

- MStar

Tahniah kepada Prof Dr Sahol Hamid. Memang telah dijangkakan berdasarkan sumbangan bakti beliau kepada UiTM sebelum ini. Diharap beliau akan memajukan lagi UiTM agar berdiri setanding IPT lain.. Read More...

Sunday, October 4, 2009

10 warga UiTM berbasikal

SEGAMAT 3 Okt. – Seramai 10 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Johor memulakan jelajah berbasikal mengelilingi Semenanjung sebagai menghargai jasa Naib Canselor universiti itu, Tan Sri Ibrahim Abu Shah selama satu dekad, semalam.

Jelajah yang disertai lapan kakitangan dan dua penuntut itu akan singgah di kesemua 11 kampus UiTM bagi mengumpul kata-kata penghargaan daripada seluruh warga universiti itu untuk Naib Canselor tersebut.

Program jelajah berbasikal yang dijangka mengambil masa enam hari itu dilancarkan oleh Pengarah UiTM Kampus Johor, Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim di Dataran Sri Bendahara, UiTM kampus Johor di sini.

Menurut Muhd. Kamil, inisiatif penganjuran jelajah berkenaan diambil pengurusan UiTM Johor sebagai mengimbau sumbangan Ibrahim terhadap pembangunan UiTM selama 10 tahun menerajui UiTM sejak 1999.

- Utusan..

Baguslah camtu.. Menghargai pengorbanan dan jasa yang dilakukan oleh NC UiTM. Read More...

Thursday, September 24, 2009

Mekanisme saring PhD di IPTS

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Beberapa tokoh akademik mahu mekanisme saringan bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Sambil melahirkan kebimbangan mengenai ketiadaan saringan seperti yang dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), mereka berpendapat, langkah itu perlu bagi mengelak pemilikan PhD ekspres berlaku secara berleluasa di negara ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah pula yakin IPTA bersih daripada golongan yang memiliki PhD 'ekspres' kerana mempunyai mekanisme saringan yang kukuh.

Katanya, di UiTM, latar belakang akademik setiap bakal tenaga pengajar di institusi itu disemak menerusi Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Ibrahim, masalah akan timbul apabila golongan ini bekerja dengan swasta atau bekerja sendiri dengan tujuan penyelewengan dan penipuan.

''Sukar untuk memastikan status ketulenan gelaran mereka jika tidak terikat dengan sebarang saringan seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan awam.

''Mereka yang sengaja berlagak dengan gelaran palsu perlu diambil tindakan undang-undang kerana sudah pasti membawa kesan yang buruk kepada masyarakat," katanya.

- Utusan

Harap-haraplah UiTM tidak semudah memberikan bukan hanya PhD malahan semua jenis sijil. Saya pernah mendengar tentang seorang pelajar di IPT tempatan yang mendapat transkrip tetapi tiada sijil kerana tidak habis membayar yuran tertentu.. Tak pasti samada beliau layak mendapat sijil atau tidak..

Selain itu rasanya ijazah kehormat juga perlu dikurangkan. Nanti tiada makna kalau asyik bagi je pada VIP-VIP.. Read More...