Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my
Showing posts with label prof dr sahol. Show all posts
Showing posts with label prof dr sahol. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Alumni pada 21 Mac 2012

Assalamualaikum..



Baru-baru ini saya melayan 'twitter' dengan Naib Canselor UiTM , Prof Dato Sahol Hamid dan bertanyakan tentang alumni UiTM. Melalui twitter tersebut beliau mengatakan bahawa pihak UiTM akan mengumpulkan Alumni pada 21 Mac 2012 ini. Namun saya tak pasti tentang perkara selanjutnya. Apapun kepada rakan-rakan yang pernah belajar di UiTM mungkin kita boleh menyertainya. Saya akan melihat perkembangan selanjutnya..

Berikut twitter beliau. Read More...

Sunday, December 25, 2011

Prof. Sahol Hamid dilantik semula NC UiTM selama 2 tahun

SHAH ALAM 24 Dis. — Datuk Prof. Sahol Hamid Abu Bakar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Pelantikan semula Prof. Sahol yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21(1) Akta Universiti Teknologi MARA, demikian menurut kenyataan UiTM yang dikeluarkan hari ini.

Beliau pertama kalinya dilantik ke jawatan itu pada 1 Jan 2010 sehingga 31 Disember 2011. — BERNAMA

- Tahniah Datuk Prof Sahol Hamid. Semoga dapat berkhidmat dengan lebih baik lagi.. Read More...

Tuesday, December 20, 2011

Pandangan Naib Canselor UiTM mengenai AUKU

Isu mengenai AUKU semakin hangat dibicarakan dan terdapat isu besar yang melibatkan mahasiswa. Walaupun ianya bukanlah datang dari pelajar UiTM tapi pasti ada pelajar UiTM yang melibatkan diri samada secara langsung atau tidak. Naib Canselor UiTM telah memberikan pandangan beliau mengenai AUKU di laman facebook.






















Berikut ayat beliau :-

Untuk renungan anak-anak UiTM sekalian...
Assalamualaikum wrbt. Anak2 sekalian. Ramai yg masih berbincang tentang AUKU dan selalu bertanya pandangan saya. Saya sentiasa di belakang YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pengajian Tinggi. Sila lihat ulasan YB menteri dlm Mingguan Malaysia yg lepas. Saya sependapat dgn YB Menteri. YAB PM menyarankan bahawa AUKU perlu ada perubahan supaya pelajar2 dpt melibatkan diri dlm politik tetapi bukan dlm kampus tetapi di luar kampus. Jawatan kuasa Khas telah ditubuhkan utk meneliti syarat berkenaan pindaan tersebut. Sabar dan jangan timbulkan sebarang isu yg tidak munasabah. Tunggulah laporan jawatankuasa tersebut. Di UiTM kita sentiasa bersatu sebagai satu Bangsa Bumiputera. Usah bersengketa sesama kita. Kesepakatan yg sedia ada janganlah dihancurkan hanya kerana berselisih pendapat. Ayuh kita bersatu dan jangan mudah terpengaruh dgn anasir2 yg ingin menggugat keharmonian yg sedia wujud. Fikir-fikirkanlah dan kongsilah pandangan ini.. UiTM SENTIASA DI HATIKU

Read More...

Thursday, December 31, 2009

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar , Naib Canselor UiTM terbaru

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

- MStar

Tahniah kepada Prof Dr Sahol Hamid. Memang telah dijangkakan berdasarkan sumbangan bakti beliau kepada UiTM sebelum ini. Diharap beliau akan memajukan lagi UiTM agar berdiri setanding IPT lain.. Read More...