KUALA LUMPUR – Kelab Inspirasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka mengadakan program Night Of Barakah baru-baru ini bagi mendekatkan pelajar universiti berkenaan dengan muzik nasyid.
Program yang diadakan di Dewan Bendahara UiTM Melaka tersebut dihadiri kira-kira 500 pelajar dan dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajarnya (HEP), Baharim Khusil.
Night Of Barakah antara lain bertujuan membantu golongan pelajar terutama mahasiswa UiTM Melaka untuk menjiwai alunan, irama serta dakwah yang boleh disampaikan menerusi muzik nasyid.
Baharim berkata, penglibatan para pelajar khususnya yang menetap di kolej kediaman amat signifikan dengan aktiviti berpersatuan dan juga ke arah membina semangat setiakawan yang lebih tulen dan efisen.
“Melalui penglibatan pelbagai pasukan mengikut kolej UiTM Melaka mampu melahirkan pelajar dalam semua bidang termasuk bidang nasyid. dan Kelab Inspirasi juga telah berjaya merakam album Nasyid Muzikal untuk dikomersil dipasaran tempatan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penasihat Agama Kelab Inspirasi UiTM Melaka, Nor Mohd. Faisal Ariffin berkata, Night Of Barakah dianjurkan atas kesedaran membuka ruang untuk mahasiswa bergiat aktif dari segi usaha dakwah menerusi muzik nasyid.
Menurut beliau, sebanyak 19 Kolej kediaman UiTM Melaka menyertai program tersebut dan pemenang diharap peluang menyertai pertandingan dan persembahan di peringkat yang lebih tinggi sekali gus mengharumkan nama universiti berkenaan.
Pada program itu kumpulan `Boys’ dari Kolej Tun Perak, menjadi Johan diikuti tempat kedua oleh Kolej Lekir danKolej Tun Senaja di tempat ketiga.
Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai, piala pusingan dan sijil penyertaa
Saturday, December 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment