Sumber : FB UiTM Puncak Alam
Kepada yang ingin mewar-warkan aktiviti di blog ini boleh emel di mansterx [at] gmail.com Read More...
BAGI melebarkan sokongan terhadap keperluan pendidikan perniagaan Islam, Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) bersama Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan University of East London (UEL), United Kingdom, baru-baru ini.
Persefahaman ini bertujuan menjalin kerjasama kedua-dua pihak dalam penawaran program siswazah peringkat sarjana dan doktor falsafah selain menubuhkan Pusat Kewangan Islam di Dubai.
Mereka turut memulakan program pembangunan profesional lanjutan dalam bidang kewangan dan perbankan Islam tidak lama lagi.
Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif UEL, Prof Patrick McGhee, berkata kerjasama itu membantu kedua-dua institusi menyediakan program perniagaan Islam bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata, permintaan tinggi terhadap pendidikan perniagaan Islam membuktikan sektor itu mampu berkembang pantas bagi melahirkan golongan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.
- HMetro
Read More...PARIT BUNTAR 7 Jun - Seramai 80 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis berkampung selama lima hari di Kampung Bagan Tiang di sini bersama keluarga angkat dalam Program Bakti Siswa Perdana baru-baru ini.
Pengarah Bakti Siswa UUM, Shazwi Abd. Razak berkata, matlamat utama program tajaan Bank Rakyat itu diadakan bagi merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan penduduk setempat.
"Program ini menjadi platform kepada mahasiswa untuk menyelami adat dan budaya hidup masyarakat kampung yang kebanyakannya hanya bekerja sebagai nelayan, petani dan pekerja kilang.
"Selain itu, mereka turut membuat kajian mengenai beberapa isu setempat, negeri dan nasional bagi dicadangkan kepada pemimpin tempatan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Majlis perasmian Program Bakti Siswa Perdana itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Dato Abdul Raman Suliman di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Bagan Tiang di sini.
Penganjuran program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Belia 4B Kawasan Parit Buntar serta Pejabat Penghulu Mukim Bagan Tiang.
Sementara itu, Pengerusi Gerak Wanis 4B Kawasan Parit Buntar, Amrina Saad yang juga merangkap Naib Pengerusi Wanita 4B Negeri Perak berkata, program tersebut dapat memastikan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan secara berterusan.
Menurut beliau, ia penting bagi melahirkan ciri-ciri kepemimpinan mahasiswa yang berwawasan serta berintegriti selain mampu memberikan pendedahan ilmiah serta motivasi khususnya kepada anak-anak penduduk setempat untuk terus gigih belajar bersungguh-sungguh.
- Utusan
© Copyright by Blog Pelajar UiTM | Template by Free Tips 4U | Power By Blogger