Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, October 30, 2009

UiTM Pahang azam lahir jaguh memanah


MARAN 29 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di sini berazam menjadi institusi terulung melahirkan jaguh sukan terutama dalam acara memanah.

Pengarahnya, Profesor Madya Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, tekad itu sejajar kepercayaan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada UiTM Pahang untuk melaksanakan program pelapis pemanah.

Menurutnya, UiTM Pahang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini yang diberi tanggungjawab tersebut.

"Misalnya dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu baru-baru ini, majoriti kontinjen memanah Pahang diwakili atlet UiTM Pahang yang menyumbang kutipan pingat emas kepada negeri ini.

"UiTM Pahang merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan terhadap pendidikan intelek, jasmani dan emosi selari dengan bidang sukan, agama, khidmat masyarakat dan kenegaraan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas pelancaran program Diploma Pengajian Sukan (SR113) Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Pahang di sini kelmarin.

Program Diploma Pengajian Sukan itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah.

Menurut Hilmi, jurusan sains sukan perlu diperkenalkan kepada masyarakat kerana melalui pembelajaran itu ia dapat memperkenalkan teknologi terkini bagi peningkatan prestasi atlet.

Tambahnya, sains sukan merupakan salah satu cabang yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi.

"Di samping itu aspek pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi dan psikologi dalam sains sukan turut diberi penekanan supaya meningkatkan kecergasan dan prestasi,'' katanya.


- Utusan


Wah bagus lah tu.. Ada sukan yang ditarget oleh UiTM kampus.. Semoga UiTM Pahang mampu melahirkan ahli sukan bertaraf antarabangsa. Selaku bekas pelajar UiTM Pahang aku pun tumpang bangga lah juga.. Cayalah Read More...

Konvokesyen ke 71 UiTM

Sebenarnya konvo ni dah tamat pun.. Ia berlangsung pada , 15th October- 27th October 2009 di Dewan Sri Budiman di Kampus Shah Alam..
Kepada penerima sijil tu bersedialah menghadapi alam pekerjaan. Tapi mungkin sesetengah telah dapat kerja. Kepada yang sambung belajar pula selamat meneruskan cita-cita anda.

Bercerita pasal konvo ni teringat dulu masa aku nak ambil ijazah. Berpeluh-peluh sebab masa tu kena pakai kot. Kot pun pinjam arwah pakcik aku.. Dah le masa tu aku konvo dengan budak junior. Ala x-tend le tu.. Apa lagi.. Tapi kenangan konvo memang tak dapat dilupakan. Masa dulu aku terima dengan Sultan Selangor... Dengo cerita sekarang dengan NC je ye..

Walaubagaimanapun sijil yang korang terima tu hanyalah sekeping kertas. Ia tidak bermakna sekiranya anda mendapat gred baik maka anda akan berjaya . Jadi teruskan belajar sesuatu yang baru... Read More...