UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) terus mengungguli pungutan pingat emas dalam acara taekwondo pada temasya Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) Fasa II semalam, lapor NORZASRUDIN MOHAMED NOR.
Pada aksi di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan itu, UiTM mengutip dua lagi pingat emas masing-masing menerusi Mohd. Zainudin Mohd. Azudin dalam kategori flyweight dan Nasirewan Najmi (welterweight).
Setakat ini, UiTM telah mengumpul tujuh pingat emas, satu (perak) dan dua (gangsa) manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tempat kedua dengan empat emas, satu perak dan tiga gangsa.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) terus membuktikan kehebatan mereka dalam acara futsal lelaki apabila melangkah ke separuh akhir.
Pada aksi suku akhir di Sports Planet Kajang, Selangor semalam, UIAM selaku juara bertahan membelasah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 5-0.
Pada aksi separuh akhir petang ini, UIAM akan bertemu Universiti Malaya (UM) yang menewaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada waktu permainan sebenar.
Saingan separuh akhir acara fusal wanita pula menyaksikan pertemuan antara UiTM menentang Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UT- HM).
- Kosmo
Tahniah.. Semoga bertambah lagi pingat untuk UiTM
Read More...
Showing posts with label UiTM dan sukan. Show all posts
Showing posts with label UiTM dan sukan. Show all posts
Thursday, May 27, 2010
Friday, October 30, 2009
UiTM Pahang azam lahir jaguh memanah

MARAN 29 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang di sini berazam menjadi institusi terulung melahirkan jaguh sukan terutama dalam acara memanah.
Pengarahnya, Profesor Madya Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, tekad itu sejajar kepercayaan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada UiTM Pahang untuk melaksanakan program pelapis pemanah.
Menurutnya, UiTM Pahang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini yang diberi tanggungjawab tersebut.
"Misalnya dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu baru-baru ini, majoriti kontinjen memanah Pahang diwakili atlet UiTM Pahang yang menyumbang kutipan pingat emas kepada negeri ini.
"UiTM Pahang merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan terhadap pendidikan intelek, jasmani dan emosi selari dengan bidang sukan, agama, khidmat masyarakat dan kenegaraan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas pelancaran program Diploma Pengajian Sukan (SR113) Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Pahang di sini kelmarin.
Program Diploma Pengajian Sukan itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak dan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah.
Menurut Hilmi, jurusan sains sukan perlu diperkenalkan kepada masyarakat kerana melalui pembelajaran itu ia dapat memperkenalkan teknologi terkini bagi peningkatan prestasi atlet.
Tambahnya, sains sukan merupakan salah satu cabang yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi.
"Di samping itu aspek pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi dan psikologi dalam sains sukan turut diberi penekanan supaya meningkatkan kecergasan dan prestasi,'' katanya.
- Utusan
Wah bagus lah tu.. Ada sukan yang ditarget oleh UiTM kampus.. Semoga UiTM Pahang mampu melahirkan ahli sukan bertaraf antarabangsa. Selaku bekas pelajar UiTM Pahang aku pun tumpang bangga lah juga.. Cayalah Read More...
Thursday, August 6, 2009
UiTM anjur nostalgia Piala Malaysia
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Persatuan Anak Kedah (Adam) dan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menganjurkan perlawanan bola sepak nostalgia Piala Malaysia 1987-89 bagi merebut Piala Sultan Kedah, 16 Ogos ini.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Star bagi memperingati sejarah pertemuan tiga tahun berturut-turut Kedah-Kuala Lumpur dalam pertandingan Piala Malaysia.
Dalam perlawanan itu, bekas pemain kedua-dua pasukan akan beraksi dengan hasil kutipan tiket perlawanan akan didermakan kepada badan kebajikan.
Sehubungan itu, bagi mewawarkan program berkenaan, piala pertandingan dan barisan bekas pemain Kuala Lumpur yang akan beraksi pada perlawanan itu kelak akan diperkenalkan kepada umum dalam sidang media.
Sempena sidang media itu, satu perlawanan persahabatan akan diadakan di antara pasukan veteran Kuala Lumpur menentang veteran UiTM pada jam 8.45 malam
Sehubungan itu, peminat seharusnya tidak melepaskan perlawanan itu bagi menyemarakkan lagi nostalgia arena bola sepak negara.
Sebarang pertanyaan, hubungi pejabat Timbalan Pendaftar Jabatan Komunikasi Korporat UiTM di talian 03-55211355.

Macam menarik je kan.. Apa lagi.. saksikan lah .. Kepada orang yang dekat kat Kedah je la kan..
Subscribe to:
Posts (Atom)