KEHADIRAN lima pemain Bawah 20 Tahun kebangsaan memberi kelebihan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk muncul juara kategori Cup ragbi tujuh sepasukan Karnival Siri 1 Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2012.
Pada saingan akhir di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Dua, UiTM selaku juara bertahan tidak banyak menghadapi masalah membenam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 19-12.
Di separuh akhir, UiTM menewaskan Universiti Malaysia (UM), 5-0 manakala UTM menjinakkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 20-12.
Kapten UiTM, Syahir Asraf Rosli berkata, pengalaman luas pemain terutamanya yang beraksi bersama skuad kebangsaan menjadi aset mereka untuk meraih kejayaan itu.
Menurutnya, kejayaan ini menepati sasaran untuk merangkul kejuaraan sebelum bersaing pada Siri 2 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) seterusnya Siri 3 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
“Kejayaan ini diharap menjadi pembakar semangat dan landasan terbaik buat pemain untuk berusaha lebih gigih mengekalkan kejuaraan pada saingan akan datang.
“Gandingan pemain lama dan baru turut diharap menjadi pelengkap kekuatan pasukan yang mendapat sokongan padu pihak universiti,” katanya.
-HMetro
Tahniah kepada atlit UiTM yang berjaya menjadi juara.
Read More...
Showing posts with label uitm sukan. Show all posts
Showing posts with label uitm sukan. Show all posts
Saturday, March 3, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)