Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my
Showing posts with label kampus baru UiTM. Show all posts
Showing posts with label kampus baru UiTM. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

Kampus UiTM di Jasin, Melaka

JASIN, Jan 27 — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UITM) di Jasin akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menawarkan kepada PYBK Usahasama Sdn Bhd untuk membina kampus itu yang dianggarkan bernilai RM300 juta di tanah milik Yayasan Melaka di Seri Mendapat, Semujuk, di sini dan dijangka siap pada 2013.

Katanya asalnya kampus itu ditawarkan untuk dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

“Kampus UITM ini akan membantu Melaka menjadi hab pendidikan kerana daerah lain di Melaka semuanya sudah ada universiti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak kampus UiTM itu hari ini.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan cadangan pembinaan kampus UITM oleh YBK di Serendah, Rawang dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan tapak bagi projek tersebut dan dipindahkan ke Jasin.
- The Malaysian Insider

Semoga pertambahan kampus akan menambahkan lagi peluang Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran. Tak perlu lah nak berbalah kerana politik sehingga sanggup mengadaikan maruah bangsa Read More...

Saturday, January 9, 2010

MB tawar YBK bina kampus UiTM di Negeri Sembilan

SEREMBAN 9 Jan. – Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan kawasan di negeri itu untuk Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan hasrat membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjemput Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom untuk berbincang dengan kerajaan negeri dan memilih kawasan yang sesuai untuk pembinaan kampus itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini bahawa YBK menghadapi masalah untuk meneruskan projek pembangunan kampus UiTM di Serendah, Rawang, Selangor dan akan mencari tapak alternatif.

Ketika ditemui pemberita di sini, Mohamad berkata, UiTM kini sudah mempunyai kampus tetapnya di Kuala Pilah dan baru-baru ini telah diluluskan pembinaan dua lagi kampus universiti itu iaitu di Seremban 3 yang dikenali sebagai ‘City Campus’ dan di Chengkau, Rembau.

Beliau berkata, kedua-dua kampus itu akan dibina melalui dana swasta.

“Kalau hasrat YBK itu menjadi kenyataan maka kita merupakan negeri pertama yang mempunyai lebih daripada dua kampus UiTM.

“Memang menjadi agenda utama kita untuk melibat pembangunan modal insan dan kita hendak menjadikan negeri ini sebagai lembah pelajaran atau pun hab pelajaran,” katanya. - Bernama

Nampaknya selepas isu hangat pembinaan yang ingin dibuat di Selangor. Negeri Sembilan pula membuat tawaran. Harap2 tercapailah pembinaan. Read More...

Wednesday, November 25, 2009

Kampus cawangan UiTM di Seremban 3

SEREMBAN 22 Nov. - Kerajaan negeri bercadang membangunkan sebuah lagi kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Seremban 3 di sini dalam menjadikan negeri ini hab pendidikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kampus yang bakal dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu akan dikenali sebagai 'City Campus'.

"Pihak UiTM menyambut baik idea cadangan ini dan dari segi dasarnya, kerajaan meluluskannya. Bagaimanapun dalam aspek pelan struktur, ia masih dalam proses pengendalian," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2009 Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau dekat sini semalam.

Mohamad menjelaskan, pembinaan 'City Campus' bukan atas geran kerajaan, sebaliknya berasaskan pembiayaan swasta.

"Begitu juga untuk projek pembinaan cawangan UiTM di Chengkau, Rembau. Kedua-dua projek berkenaan adalah di bawah pembiayaan swasta," katanya.

Tambah beliau, 'City Campus' itu adalah pusat latihan lanjutan untuk siswazah-siswazah muda bukan untuk pelajar baru.

"Kampus ini bukan 100 peratus untuk pelajar baru, tetapi majoriti daripada pelajarnya nanti adalah dalam kalangan pensyarah serta tutor.

"Kampus seperti inilah yang kerajaan mahu tumpukan, lain daripada biasa, di mana membolehkan pensyarah berkunjung menghadiri seminar dan melanjutkan pelajaran di bawah Program Siswazah Muda," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri sememangnya berhasrat supaya lebih banyak institusi pendidikan tinggi (IPT) membuka kampus di negeri ini, seiring dengan fokus kerajaan bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu serta koridor hab pelajaran, terutamanya di Seremban Barat.

"Pada masa sama, kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk pertanyaan ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi yang berminat untuk membuka kampus mereka di Negeri Sembilan.

"Menerusi perancangan sebeginilah, selain membawa pembukaan kampus baru IPT ke sini, ia turut mampu memenuhi strategi kerajaan dalam menambahkan kependudukan di negeri ini," katanya.
Utusan

- Tahniah diucapkan kepada UiTM yang menambah lagi kampus cawangan. Semoga ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan taraf pendidikan kaum Bumiputera di Malaysia Read More...

Saturday, July 4, 2009

Kampus Baru UiTM di puncak alam

Aku baru je mengikuti perkembangan UiTM tercinta.. Selepas lebih 5 tahun meninggalkan UiTM aku langsung tak ambil tahu tentang perkembangan UiTM. Jadi baru tau yang ada satu kampus baru yang akan beroperasi di PUncak ALam, Shah ALam, Selangor..


Kampus pintar, mesra alam UiTM

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 3 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menjadi perintis pembinaan infrastruktur kampus pintar dan mesra alam dapat dibuktikan menerusi pembinaan cawangan barunya di Puncak Alam, di sini.

Reka bentuk bangunannya jauh berbeza dengan yang biasa dilihat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan lebih menarik ialah pembinaannya mengambil kira lokasinya yang di kelilingi suasana hijau.

Keunikan Kampus UiTM Puncak Alam yang berkeluasan 445.1 hektar dengan fasa pertamanya sudah siap dan boleh digunakan.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, kampus berkonsepkan gandingan teknologi dan alam sekitar itu memberi penekanan kepada reka bentuk pintar bagi kemudahan para warganya sama ada tenaga pengajar mahupun di kalangan penuntut.

"Pembinaan kampus baru ini melibatkan tiga fasa, setakat ini fasa pertama telah pun siap dan mula beroperasi bulan ini.

"Antara pusat pengajian yang telah siap ialah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP), Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dan Fakulti Farmasi (FF).

"Dua kolej kediaman iaitu Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana yang menempatkan lebih 600 pelajar juga sudah siap," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Ibrahim, kampus itu adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan UiTM berikutan kampus induknya di Seksyen 2 di sini tidak dapat menampung pertambahan bilangan pelajar untuk tempoh jangka masa panjang.

Malah, katanya, pembinaan kampus itu turut melibatkan pertambahan bidang pengajian oleh UiTM pada masa depan selain mampu menempatkan 13,000 penuntut dalam satu-satu masa sekiranya kesemua fasa pembinaan siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyatakan tempoh sebenar projek pembinaan kampus itu disiapkan.

Ibrahim berkata, kampus baru itu akan menyediakan kemudahan pembelajaran termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta interaksi pembelajaran antara pelajar dengan tenaga pengajar serta warga kampus yang lain.


Sumber : Utusan.com.my

Caiyoklah UiTM. semoga terus maju. Read More...