Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my
Showing posts with label berita UiTM. Show all posts
Showing posts with label berita UiTM. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

UiTM Idam Capai Taraf Antarabangsa




Shah Alam, 4 Mac : Setiap kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara akan menganjurkan persidangan antarabangsa dalam usahanya untuk mendapatkan taraf antarabangsa bagi universiti itu pada masa depan.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kampus-kampus terlibat akan menganjurkan persidangan antarabangsa dengan tema dan tajuk yang berlainan bagi menerapkan pandangan dan ilmu pengetahuan daripada profesor, pensyarah serta penyelidik luar negara.
“Usaha itu juga akan membolehkan UiTM mengeratkan hubungan dengan universiti luar negara yang bakal memudahkan universiti itu mendapat taraf antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembukaan Persidangan Antarabangsa Mengenai Seni, Sains dan Teknologi 2012 (ICAST 2012) semalam. – GZDaily Read More...

Tuesday, June 29, 2010

UiTM tawar pengajian percuma kepada pekerja tidak mampu

SHAH ALAM 28 Jun – Golongan pekerja yang berminat untuk mendapatkan pendidikan tinggi namun tidak berkemampuan kini berpeluang berbuat demikian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengajian secara percuma itu akan ditawarkan pada masa terdekat dan pelajar akan mengikutinya menerusi program pengajian jarak jauh dan luar kampus di semua kampus UiTM.

“Tawaran ini merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti itu melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan dengan Penuntut Baru UiTM, di sini hari ini.

Khaled berkata tawaran itu adalah untuk semua peringkat umur.

Mereka yang berminat akan mengikuti satu program pengajian khas sebelum diserapkan ke peringkat diploma bagi mengikuti kursus bersesuaian pada semester berikutnya bergantung kepada keputusan yang dicapai, kata beliau.

Katanya maklumat lanjut mengenai tawaran pengajian itu boleh didapati menerusi iklan yang akan disiarkan oleh UiTM.

Di bawah program CSR yang sama juga, Khaled berkata, UiTM telah mengambil kira-kira 5,000 penuntut daripada anak golongan miskin yang tidak mendapat keputusan cemerlang bagi mengikuti pengajian pradiploma.

“Kesemua mereka dipilih akan ditempatkan di semua kampus UiTM dan akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma selama enam bulan secara percuma,” katanya.

Khaled berkata, mereka yang mendapat keputusan cemerlang akan ditawarkan pengajian peringkat diploma mengikut bidang bersesuaian.

Seramai 60,000 penuntut baru UiTM mendaftar untuk mengkuti pengajian pada sesi pengajian kali ini.

Khaled turut meminta universiti lain terutama universiti swasta memberikan biasiswa membantu mereka yang tidak berkemampuan. – BERNAMA

Satu berita yang mengembirakan bagi mereka yang sedang bekerja tapi tak mampu untuk melanjutkan pengajian. Read More...

Saturday, July 18, 2009

Pelajar UiTM Lendu tidak dipaksa pulang

Mungkin ramai yang telah membaca mengenai kes H1N1 yang berlaku di UiTM Lendu.. Berita mengatakan bahawa pelajar tidak dipaksa untuk pulang.. Lihat berita ni..

ALOR GAJAH - Semua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di kampus Lendu di sini disaran meninggalkan kampus berkenaan menjelang tengah hari ini bagi mengawal wabak selesema babi.

Pengarah UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam bagaimanapun berkata, ia bukan merupakan arahan wajib dipatuhi sebaliknya pelajar hanya digalakkan berbuat demikian.

"Pelajar yang tidak pulang kerana rumah jauh serta mendapat kebenaran daripada keluarga masing-masing masing-masing dibenarkan terus menetap di kolej kediaman universiti itu.

"Pelajar ini tidak akan dikuarantin malah mereka dibenarkan keluar dan pergi makan. Namun pergerakan mereka akan sentiasa dikawal," katanya pada sidang akhbar di sini semalam

SUmber :- Kosmo
Memang patutlah sebab ada pelajar yang tinggal jauh.. Walaupun tidak dikuarantin rasanya mereka perlu diberikan perhatian.. Mana tau mereka terkena..Merebak pula penyakit tu kat Melaka Read More...

Thursday, July 2, 2009

Bukan Histeria tapi Stress


























MARAN 1 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang menolak tanggapan bahawa 40 pelajar baru universiti itu di kampus Jengka yang dimasukkan ke hospital semalam adalah disebabkan mengalami histeria.

Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Pahang, Muhammad Mohktar Samat berkata, kesemua pelajar perempuan itu sebenarnya mengalami keletihan melampau atau stres sehingga menyebabkan mereka muntah-muntah.

Beliau menjangkakan pelajar terbabit tiada masalah untuk meneruskan aktiviti yang dirancang sejak 27 Jun lalu hingga 3 Julai ini.

''Jika pelajar terbabit masih lemah, mereka boleh dikecualikan daripada mengikuti aktiviti sehingga benar-benar pulih dan sihat.

''Ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan anak-anak mereka kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah yang di luar jangkaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam, seramai 40 pelajar baru wanita UiTM Kampus Jengka dikejarkan ke Hospital Jengka kira-kira pukul 6 petang selepas dikatakan mengalami sesak nafas dan muntah-muntah akibat keletihan.

Dalam kejadian antara pukul 5.30 petang hingga 6 petang itu, kesemua pelajar terbabit sedang mengikuti ceramah agama sempena Minggu Mesra Siswa universiti berkenaan bermula 27 Jun hingga 3 Julai ini.

Pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar baru yang mendaftar di universiti itu Sabtu lalu bagi mengikuti 13 kursus ditawarkan.

Muhammad Mohktar berkata, kesemua pelajar terbabit kini masih berehat selepas mendapat rawatan di hospital itu semalam.

Menurut beliau, pelajar lain akan meneruskan aktiviti yang dirancang.

''Kita tidak menolak kemungkinan mereka mengalami kejutan apabila terpaksa menjalani program yang padat sejak 27 Jun lalu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, seramai 1,600 pelajar baru mendaftar di UiTM Pahang di sini bagi sesi pengajian 2009/2010.


Sumber :- Utusan.



Aku dulu merupakan pelajar UiTM Jengka ni. Memang dari zaman aku cerita-cerita histeria ni ada berlaku.. Tak tau plak yang sekarang ni kes-kes camni masih berlaku lagi.

Apahal pun kepada adik-adik semua, jangan stres bila menjalani suai kenal camtu. BIasalah tu. Read More...

Wednesday, June 24, 2009

PTPTN dipertingkatkan?

Betulkah pengurusan PTPTN akan meningkatkan prestasi?? Rasanya ramai dari kita semua yang belajar dengan bergantung harap pada pinjaman..



KUALA LUMPUR: Pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan kecekapan pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung kekurangan dalam dana perbelanjaannya ekoran keputusan mengurangkan caj pengurusan bagi pembiayaannya berkuatkuasa tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khalid Nordin berkata antara langkah yang diambil ialah mengenal pasti proses kerja yang boleh disingkatkan dan diautomatikkan seperti memperkenalkan permohonan secara online kepada pelajar yang ingin memohon pembiayaan selain memperkenalkan kaedah bayaran balik pinjaman melalui perbankan Internet.

Menjawab soalan Tan Sri Ong Ka Ting (BNKulai) mengenai bagaimana PTPTN akan menampung kekurangan dana apabila caj pengurusannya dikurangkan daripada tiga peratus kepada satu peratus bermula 1 Jun tahun lepas, Mohd Khalid berkata selari dengan jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan jumlah bayaran balik yang sepatutnya dibayar oleh peminjam semakin meningkat, jumlah pendapatan daripada caj pengurusan sebanyak satu peratus juga akan meningkat.

Menjawab soalan tambahan Ong mengenai tindakan PTPTN untuk meningkatkan kadar bayaran balik pinjaman, beliau berkata kerajaan menggalakkan peminjam berunding dengan PTPTN supaya mereka "tidak menyepi" setelah keluar daripada universiti dan mendapat pekerjaan.

Katanya cadangan agar PTPTN bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dikemukakan kepada kabinet bagi menyenangkan peminjam membayar pinjaman mereka melalui potongan gaji berasaskan pendapatan.

Bagi peminjam tegar, Mohd Khalid berkata, Kementerian Pengajian Tinggi turut menjalin kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri, melalui Jabatan Imigresen, untuk memastikan bahawa mereka tidak boleh keluar negara.

"Setakat ini, 17,000 peminjam telah disenaraihitamkan," katanya.

Sehingga 31 Mei lepas, PTPTN meluluskan RM27.3 bilion kepada lebih 1.3 juta peminjam dengan jumlah pinjaman terkumpul yang patut bayar balik sebanyak RM2.5 bilion dan jumlah yang dikutip sebanyak RM1.2 bilion (47 peratus).

"Dari segi jumlah peminjam, ada peningkatan mereka yang bayar balik, iaitu dahulu 50 peratus, kini 74.2 peratus sudah mula bayar balik," kata Mohd Khaled. BERNAMA
Read More...

Warga UiTM tak boleh ke oversea

Petikan dari MStar

Warga UiTM dilarang ke luar negara - NC

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan arahan melarang warga dan pelajarnya daripada melakukan perjalanan ke luar negara bagi mengelak jangkitan wabak Influenza A (H1N1).

"Saya telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan sesiapa pun keluar dari Malaysia," kata Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau memberitahu pemberita demikian mengenai langkah yang diambil universiti awam itu bagi membendung jangkitan wabak tersebut di kalangan pelajarnya.

Empat buah sekolah terpaksa ditutup setakat ini apabila pelajarnya turut dijangkiti wabak berkenaan.

Ibrahim berkata bagaimanapun kebenaran untuk ke luar negara diberikan berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan mustahak.

Beliau mengakui terdapat rungutan berhubung arahan itu terutama di kalangan kakitangan akademik yang telah melakukan persiapan untuk ke keluar negara.

Namun katanya, beliau perlu bertegas kerana tidak mahu UiTM yang mempunyai lebih 100,000 pelajar di seluruh negara dijangkiti wabak dan kampus terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar.

Mengenai saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya institusi pengajian tinggi menubuhkan jawatankuasa bertindak H1N1 bagi mengekang jangkitan virus itu, Ibrahim berkata UiTM sudah menubuhkan jawatankuasa sedemikian dan sentiasa dalam keadaan berjaga- jaga mengenai penularan virus. BERNAMA




Kepada adik-adik tu sabar je la ye.. Read More...