Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, May 18, 2012

Yang Di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-4

Istiadat Pemasyhuran DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang keempat telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, pada 12 Mei 2012. Perlantikan Seri Paduka Baginda adalah mengikut Seksyen 19A (2), Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173), yang menyebut Yang Dipertuan Agong secara langsung akan dilantik sebagai Canselor UiTM sepanjang tempoh pemerintahannya. Pemasyhuran yang turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah itu, disempurnakan dengan bacaan watikah dan penyerahan watikah perlantikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Istiadat Konvokesyen ke-76 juga berlangsung pada hari yang sama sebaik tamat istiadat pemasyhuran. Sidang pertama di UiTM Shah Alam melibatkan 1,030 graduan, yang terdiri daripada 40 graduan Doktor Falsafah dan 990 graduan Sarjana. Penganugerahan ijazah telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Canselor UiTM yang baru. Secara keseluruhannya, seramai 16,326 graduan menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen kali ini. Selain daripada UiTM Shah Alam, istiadat konvokesyen juga berlangsung di semua kampus autonomi UiTM, iaitu, UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak. - Website UiTM

0 comments: