Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Monday, May 21, 2012

UiTM sedia tawar tempat kepada pelajar yang gagal ke IPTA

JELI - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia menawarkan tempat kepada pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dipilih, melalui satu program khas 'Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia' yang diadakan di seluruh negara. Naib Canselornya Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata menerusi program itu yang diadakan di sembilan buah negeri setakat ini, universiti berkenaan menawarkan hampir 4,000 tempat kepada pelajar yang memenuhi syarat minimum kemasukan. "Kita sedia tawarkan 10,000 tempat bagi pelajar mengikuti pengajian di peringkat pra diploma selama 16 minggu terlebih dahulu di kampus cawangan UiTM seluruh negara. "UiTM dengan kerjasama Gerakan Destini Anak Bangsa akan turun padang melihat pelajar yang tidak mendapat tempat bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari dan membantu mereka dalam kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran kemasukan ke UiTM dan sesi taklimat kemasukan menerusi program Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia, yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pondok Moden Jeli, di sini, hari ini. Sahol Hamid berkata program itu juga selaras dengan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu UiTM menjelajah ke setiap pelusuk termasuk di luar bandar bagi membantu anak-anak bangsa supaya tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan. Beliau berkata program itu juga adalah untuk menyampaikan aspirasi kerajaan bagi memberi peluang kedua kepada pelajar dan membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian. "Program ini akan diperluaskan termasuk ke Sabah dan Sarawak dalam tempoh terdekat," katanya. Beliau berkata kerajaan sedar peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi semakin sengit dan atas beberapa faktor menyebabkan pelajar yang tinggal di luar bandar tercicir. "Dengan adanya program ini, mereka berpeluang meneruskan pengajian di UiTM dan memilih bidang pengajian yang sesuai di peringkat diploma dan seterusnya ke peringkat ijazah," katanya. - Bernama Read More...

Friday, May 18, 2012

UiTM Tubuh Persatuan Anak Polis Bantu Tangani Isu Jenayah

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA(UiTM) akan menubuhkan Persatuan Anak-Anak Polis yang berperanan sebagai mata dan telinga pasukan keselamatan itu dalam menangani isu berkaitan jenayah. Naib Canselornya, Datuk Prof Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata persatuan itu bertujuan mewujudkan persekitaran hidup yang lebih selamat dengan mengekang jenayah di seluruh negara, khususnya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). "Persatuan ini akan dilancarkan selewat-lewatnya akhir bulan depan, dan pada peringkat permulaan, kita menyasarkan penuntut Uitm yang terdiri daripada anak-anak polis untuk menganggotai persatuan ini. "Apabila adanya persatuan ini, kita mahu anak-anak polis membantu pasukan polis dalam menangani isu-isu jenayah kerana mereka ini ada pengalaman dan telah melihat sendiri bagaimana susahnya ibu dan bapa mereka bertugas menjaga keamanan negara," katanya selepas merasmikan program Mahasiswa Uitm Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Jumaat. Beliau berkata selain membantu polis menangani isu jenayah, persatuan itu akan digunakan sebagai platform bagi anak-anak polis berkongsi pengetahuan akademik, idea dan pelbagai kemahiran yang mereka miliki. Sementara itu, ketika diminta mengulas penahanan seorang penuntut Uitm iaitu Khalid Mohd Ismath, 22, bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April lepas, Sahol berkata pihaknya boleh memecat penuntut terbabit sekiranya dia didapati bersalah. "Pihak universiti masih menunggu hasil siasatan (polis), dan jika sememangnya terdapat bukti pelajar kami terlibat dengan perkara yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas akan diambil termasuk membuang penuntut ini. "Ini kerana kita melihat perbuatan itu bukan sahaja mengancam keselamatan negara tetapi juga mengancam keselamatan anggota polis yang bertugas ketika itu," katanya. -BERNAMA Read More...

Yang Di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-4

Istiadat Pemasyhuran DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang keempat telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, pada 12 Mei 2012. Perlantikan Seri Paduka Baginda adalah mengikut Seksyen 19A (2), Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173), yang menyebut Yang Dipertuan Agong secara langsung akan dilantik sebagai Canselor UiTM sepanjang tempoh pemerintahannya. Pemasyhuran yang turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah itu, disempurnakan dengan bacaan watikah dan penyerahan watikah perlantikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin. Istiadat Konvokesyen ke-76 juga berlangsung pada hari yang sama sebaik tamat istiadat pemasyhuran. Sidang pertama di UiTM Shah Alam melibatkan 1,030 graduan, yang terdiri daripada 40 graduan Doktor Falsafah dan 990 graduan Sarjana. Penganugerahan ijazah telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Canselor UiTM yang baru. Secara keseluruhannya, seramai 16,326 graduan menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen kali ini. Selain daripada UiTM Shah Alam, istiadat konvokesyen juga berlangsung di semua kampus autonomi UiTM, iaitu, UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak. - Website UiTM Read More...

Konvokesyen UiTM ke 76

Read More...