Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Saturday, March 3, 2012

UiTM Idam Capai Taraf Antarabangsa




Shah Alam, 4 Mac : Setiap kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara akan menganjurkan persidangan antarabangsa dalam usahanya untuk mendapatkan taraf antarabangsa bagi universiti itu pada masa depan.
Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kampus-kampus terlibat akan menganjurkan persidangan antarabangsa dengan tema dan tajuk yang berlainan bagi menerapkan pandangan dan ilmu pengetahuan daripada profesor, pensyarah serta penyelidik luar negara.
“Usaha itu juga akan membolehkan UiTM mengeratkan hubungan dengan universiti luar negara yang bakal memudahkan universiti itu mendapat taraf antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pembukaan Persidangan Antarabangsa Mengenai Seni, Sains dan Teknologi 2012 (ICAST 2012) semalam. – GZDaily

1 comments:

Kembara Ilmu said...

Saya sebagai mahasiswa UiTM sentiasa menyokong ke arah pemantapan UiTM. Semoga UiTM terus mara ke hadapan