Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, March 29, 2012

ERAT Temukan Pelajar dengan Masyarakat

Program bersepadu yang bertemakan “Kami Jelajah Kami Bantu” Eksplorasi Rantaian Kasih (ERAT) anjuran pelajar Komunikasi Massa (Kepujian) Penyiaran, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, dengan kerjasama rancangan televisyen Bersamamu TV3, Media Prima Berhad serta Majlis Perbandaran Manjung, telah diadakan pada 8 hingga 11 Mac yang lalu, bertempat di Kampung Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor, Perak. Program tersebut bertujuan memberikan khidmat masyarakat kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), YBhg Dato’ Prof Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar. Hadir sama, wakil daripada Vale Malaysia Manufacturing, yang merupakan penaja utama bagi Program ERAT ini. Penaja-penaja lain yang turut terlibat memberi sokongan adalah Bank Rakyat, Yayasan Bina Upaya, Tesco Stores Malaysia dan Karangkraf.

Melalui konsep “1Malaysia” yang disarankan oleh Perdana Menteri beserta slogan UiTM “Mengubah Destini Anak Bangsa”, program ERAT yang disertai 120 pelajar dan empat pensyarah UiTM telah direalisasikan melalui beberapa aktiviti kebajikan yang dijalankan seperti Gempur Aedes, Pertandingan Mengacara dan Pameran Destini Anak Bangsa. Dalam masa yang sama, program sukarelawan seperti ini juga dapat mengukuhkan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang holistik dengan menggunakan ilmu yang dipelajari dan dimiliki untuk menyumbang dan berbakti kepada masyarakat.

- Website UiTM

Tahniah kepada para pelajar KOmunikasi Massa. Semoga banyak aktiviti lagi dapat dilakukan..

0 comments: