Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, March 29, 2012

1 Emas, 1 Universiti

Majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2011 telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa. Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UiTM itu telah diadakan pada 16 Mac 2012 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, YBhg Prof Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said, Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Saharudin Ismail dan Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Arshad Yahaya.

Malam penuh gemilang itu telah menyaksikan dua penganugerahan besar kepada Amiridzwan Tajudin (bola sepak) dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah) sebagai olahragawan dan olahragawati UiTM 2011. Rektor UiTM Sabah, Dr Abdul Kadir Rosaline dianugerahkan sebagai Tokoh Sukan 2011, manakala Tokoh Sukan Alumni 2011 pula menjadi milik Pengarah Urusan CAKNA, Syed Akmal Syed Yusuf.

Beberapa anugerah lain seperti Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Universiti, Anugerah Khas Universiti, Sijil Penghargaan, Pasukan Cemerlang, Kelab Cemerlang, Pengurus Cemerlang serta Jurulatih Cemerlang turut disampaikan kepada para atlet yang berjaya mempamerkan prestasi terbaik dalam kejohanan sukan masing-masing sepanjang tahun lalu. Majlis anugerah sebegini diharap dapat diteruskan saban tahun bagi menyemarakkan lagi semangat para atlet untuk mendapat kejayaan yang lebih membanggakan pada masa akan datang.
- Website UiTM.
Tahniah kepada yang menang..

0 comments: