Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Sunday, December 25, 2011

UiTM terima pengiktirafan MBR

SHAH ALAM - Kegigihan 1,000 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawan 30 puncak gunung di seluruh negara, mencatat sejarah apabila pasukan ekspedisi itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR).

Semua gunung itu ditawan mereka secara serentak pada 11 November lalu menerusi program dikenali sebagai ‘XPDC 111111 30 Puncak 1UiTM 1Malaysia’.

Ia sekaligus melayakkan pasukan itu mendapat pengiktirafan menerusi kategori ‘Pendakian Secara Serentak Seluruh Malaysia’ berdasarkan kejayaan projek ekspedisi yang menepati peraturan.

Perakuan itu diumumkan oleh Pegawai MBR, Zulhairi Md Zin di Bangunan Canselori UiTM, di sini, semalam.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau berbangga dengan pencapaian itu dan berharap dapat memberi impak kepada maha­siswa.

“Saya berpendapat, program ini adalah salah satu contoh program terbaik yang mampu melahirkan mahasiswa berkualiti tinggi.

“Program ini selaras hasrat kerajaan untuk menanam nilai-nilai murni dalam kalangan mahasiswa,” katanya.

Antara gunung yang berjaya ditawan pasukan itu adalah Gunung Kinabalu, Trus­madi, Gerah, Chamah, Ulu Sepat, Korbu, Tahan dan Gayong.

Program itu hasil cetusan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Kokurikulum di seluruh kampus cawangan.

- Sinar Harian

0 comments: