Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Tuesday, July 12, 2011

UiTM Shah Alam ungguli final

KUALA LUMPUR - Kami berhak menang, demikian laungan jurulatih Omar Ali selepas membawa pasukannya UiTM Shah Alam mengekal gelaran Piala Menteri Pengajian Tinggi dalam saingan Liga IPT 2011 selepas mengecewakan Kolej Komuniti Kedah (KKK) menerusi penentuan penalti 5-4, kelmarin.

Menyifatkan ia sebagai aksi final terbaik bagi saingan liga peringkat IPT, Omar berkata: "Saya tetap berpuas hati walaupun kami terpaksa mengharungi 120 minit perlawanan penuh getir dan kemenangan ditentukan menerusi penalti.

"KK Kedah mungkin bernasib baik kerana gawang mereka tidak dibolosi pada masa permainan tetapi kami lebih bernasib baik pada sepakan penalti. Memang kami berhak untuk menang."

Bagi jurulatih KKK, Mohamad Ramlee, walaupun murung dengan 'nasib tidak menyebelahi mereka', dia tetap berpuas hati dengan kesungguhan anak buahnya memberi tentangan di gelanggang lawan dengan sokongan padu hampir tiga ribu orang itu.

"UiTM pasukan hebat dan saya bangga kerana anak buah saya mampu membuat asakan hingga memaksa kemenangan ditentukan menerusi penalti.

"Kami sudah beri 100 peratus sepanjang 120 minit permainan dan membuktikan kami mampu beri saingan kepada pasukan sehebat UiTM. Apabila tewas pada penentuan sepakan penalti, ia lebih kepada nasib," kata bekas pertahanan Kedah yang menjuarai Piala Malaysia 1993 itu.

UiTM menerima RM30,000 dan KKK RM20,000.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
- Utusan

Tahniah kepada pasukan UiTM Shah Alam yang berjaya memenangi kejohanan tersebut.

0 comments: