Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Saturday, May 21, 2011

UiTM perlukan jaringan alumni yang mantap

KANGAR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu mempunyai jaringan alumni yang mantap dan dana yang besar bagi membantu universiti memperkasakan tanggungjawabnya, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, pada masa ini terdapat lebih 400,000 alumni UiTM di seluruh negara dan ada yang menjadi peneraju industri yang ternama yang boleh membantu universiti itu melalui persatuan alumni.

Jika seorang alumni menyumbang RM1 sebulan, ia akan dapat mengumpul dana yang cukup besar untuk kegiatan alumni, titah baginda pada majlis pelancaran Persatuan Alumni UiTM Perlis di sini malam tadi.

Baginda memberikan contoh pencapaian cemerlang Universiti Harvard yang berada dalam ranking pertama universiti cemerlang dunia, yang dipacu oleh sumbangan dana, biasiswa, perkongsian kepakaran dan jaringan kerjasama alumninya.

Raja Muda berharap, UiTM tidak hanya mengeluarkan produk untuk pasaran kerja semata-mata tetapi turut memberi pulangan pelaburan kepada negara, masyarakat dan agama melalui sumbangan para alumninya.

Pengerusi Persatuan Alumni UiTM Perlis, Shamsun Abdul Majid dalam ucapannya berkata, persatuan itu berharap dapat menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dalam sektor perniagaan bagi menjana pendapatan untuk persatuan itu. – Bernama

0 comments: