Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Wednesday, November 10, 2010

UiTM Perkenal Pengajian Diploma Dua Trek

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan pengajian diploma dua trek dalam usaha membantu pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik untuk mendapat peluang pekerjaan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata diploma dua trek itu akan menilai kemampuan pelajar yang mengikuti pengajian sehingga ke semester ketiga sebelum pihak universiti menilai tahap kecemerlangan mereka menerusi himpunan mata nilai semasa (GPA).

"Mereka yang mendapat pungutan GPA kurang cemerlang akan diserapkan ke pengajian terus dengan industri yang lebih berorentasikan 'hands on' supaya mereka berpeluang mendapat pekerjaan sebaik tamat diploma," katanya.

Beliau berkata pengajian diploma dua trek yang bakal dimulakan dalam masa terdekat itu akan membabitkan bidang berasaskan teknologi seperti kejuruteraan dan teknologi maklumat.

Khaled berkata diploma dua trek itu merupakan satu langkah yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan dan negara dalam usaha supaya universiti mampu melahirkan graduan yang simbang dalam aspek kemahiran dan intelektual.

Beliau berkata bagi pelajar yang pencapaian GPA cemerlang, mereka digalak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ijazah dan ke atas.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Khaled berkata perkara itu perlu melalui beberapa prosedur dan membabitkan Kementerian Pelajaran.

"Apapun kita perlu menunggu isyarat daripada kementerian terbabit sebelum membuat sebarang penetapan," katanya.

Jumaat lepas Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar berkata kepujian subjek Sejarah akan menjadi satu daripada syarat yang perlu ada untuk mengikuti kursus yang ditawarkan UiTM mulai pengambilan Julai tahun depan.

Beliau berkata syarat itu ditetapkan kerana ramai pelajar tidak memahami sejarah penubuhan negara dan penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk bumiputera. -BERNAMA

0 comments: