Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Saturday, November 27, 2010

Baden-Wurttemberg Teruskan Kerjasama Pendidikan Dengan UiTM

KUALA LUMPUR: Baden-Wurttemberg, Jerman meneruskan kerjasama pendidikan dalam menawarkan tempat kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah sarjana am dalam bidang kejuruteraan serta sains dan teknologi, bagi tempoh tiga tahun lagi.

Memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani Menteri Penyelidikan Sainsdan Keseniannya, Prof Dr Peter Frankerberg dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar di kediaman duta Jerman di sini malam Khamis.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Presiden Baden-Wurttemberg Stefan Mappus, yang kini dalam lawatan tiga hari ke Malaysia sejak Rabu.

Baden-Wurttemberg merupakan wilayah ketiga terbesar di antara 16 wilayah di Jerman, dengan sektor ekonomi utamanya merangkumi bidang automotif, teknologi perubatan, aero angkasa serta farmaseutikal dan bioteknologi.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Sahol Hamid berkata mulai 1997, UiTM telah menghantar 60 pelajar yang mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, melanjutkan pengajian mereka di peringkat ijazah am di sebuah daripada 20 universiti di wilayah tersebut.

Setakat ini, beliau berkata lebih 500 pelajar UiTM telah menamatkan pengajian mereka di universiti dari Baden-Wurttemberg.

Katanya, MoU yang termeterai membolehkan pelajar UiTM meneruskan pengajian mereka di wilayah itu sehingga 2013.

Sahol Hamid berkata sebelum melanjutkan pengajian di Jerman, pelajar dikehendaki mengikuti kursus A-level selama dua tahun di Pusat Pengajian Antarabangsa (Intec) UiTM, termasuk kursus intensif bahasa Jerman. - BERNAMA

" Bagus lah tu.. MoU yang pasti membantu pelajar UiTM untuk berkongsi ilmu baru dengan orang Jerman.. Cayalah.."

0 comments: