Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, September 17, 2010

UiTM Program Lancar Destinasi Anak Bangsa Bantu Pelajar Miskin

KUCHING: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan Program 'Destinasi Anak Bangsa' bagi membantu pelajar daripada keluarga miskin mendaftarkan diri mereka untuk menyertai kursus pra-diploma.

Pengarah Komunikasi Korporat UiTM, Dr Firdaus Abdullah berkata untuk menyertai program tersebut pelajar mesti memperoleh sekurang-kurangya empat kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia termasuk Bahasa Melayu.

"Pelajar juga perlu lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris serta pendapatan isi rumah mesti kurang daripada RM2,000," katanya pada sidang media di kampus UiTM cawangan Kota Samarahan di sini, Isnin.

Menurutnya, setiap pelajar yang layak akan diberikan kemudahan tempat tinggal secara secara percuma di samping menerima insentif makanan bernilai RM450 termasuk wang saku sebanyak RM100 pada bulan pertama.

"Para pelajar akan diberikan elaun sebanyak RM400 pada bulan-bulan berikutnya dan tiada tuisyen dijalankan sepanjang tempoh kursus," katanya.

Tambahnya, sepanjang tempoh kursus pra-diploma ini para pelajar boleh meneruskan pengajian diploma di universiti berkenaan+.

Katanya universiti menyasarkan 500 orang pelajar untuk program setiap semester yang mana telah dilancarkan dalam pengambilan sebelumnya pada Julai.

Firdaus berkata, pihak universiti mensasarkan sebanyak 500 pelajar akan menyertai program itu pada setiap semester yang telah dilancarkan pada pengambilan Julai baru-baru ini.

"Kami telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pelajaran dan Kolej Kediaman untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak pada sesi pengambilan akan datang, Disember ini," ujarnya.

Sementara itu, Firdaus berkata pihak universiti akan memulakan ‘roadshow’ di seluruh negeri untuk pengambilan mahasiswa bagi program lepasan ijazah Disember ini.

"Kami akan mengadakan ‘roadshow’ bermula 9 hingga 19 September di beberapa bandar in negeri ini," katanya.

Jelasnya, seramai 1,500 orang telah mendaftar pada sesi pengambilan pelajar pada bulan Julai yang lalu.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, anda boleh melayari laman web, http://www.uitm.edu.my.

- MStar..

Bagus la camni.. Dapat bantu golongan miskin

0 comments: