Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, May 27, 2010

Sukan Masum: UiTM tambah koleksi emas

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) terus mengungguli pungutan pingat emas dalam acara taekwondo pada temasya Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) Fasa II semalam, lapor NORZASRUDIN MOHAMED NOR.

Pada aksi di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan itu, UiTM mengutip dua lagi pingat emas masing-masing menerusi Mohd. Zainudin Mohd. Azudin dalam kategori flyweight dan Nasirewan Najmi (welterweight).

Setakat ini, UiTM telah mengumpul tujuh pingat emas, satu (perak) dan dua (gangsa) manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) di tempat kedua dengan empat emas, satu perak dan tiga gangsa.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) terus membuktikan kehebatan mereka dalam acara futsal lelaki apabila melangkah ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir di Sports Planet Kajang, Selangor semalam, UIAM selaku juara bertahan membelasah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 5-0.

Pada aksi separuh akhir petang ini, UIAM akan bertemu Universiti Malaya (UM) yang menewaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada waktu permainan sebenar.

Saingan separuh akhir acara fusal wanita pula menyaksikan pertemuan antara UiTM menentang Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UT- HM).

- Kosmo

Tahniah.. Semoga bertambah lagi pingat untuk UiTM

0 comments: