Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Wednesday, May 5, 2010

Pembinaan 6 kampus UiTM jimat RM600j

Pelaksanaan projek secara PFI boleh kurangkan kos: Khaled

PUTRAJAYA: Kerajaan berupaya menjimatkan sebanyak RM600 juta kos untuk membina enam kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara menerusi pelaksanaan kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelaksanaan projek secara PFI itu dijangka boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM50 juta hingga RM100 juta bagi setiap kampus baru.
Beliau berkata, ia kerana kos pembinaan setiap kampus UiTM menerusi kaedah konvensional adalah mencecah sehingga RM400 juta berbanding tidak sampai RM300 juta menerusi konsep PFI.

“Ini bermakna kerajaan hanya akan membelanjakan RM1.8 bilion untuk membina enam kampus baru UiTM, manakala bayaran balik kos pembinaan kepada syarikat terbabit dilakukan secara berperingkat mengikut bilangan pelajar di situ.

“Kita berharap pembinaan kampus baru UiTM berkenaan dapat dimulakan secepat mungkin dan mampu membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian konsesi antara UiTM dan syarikat yang terbabit dengan projek pembinaan enam kampus UiTM secara PFI di sini, semalam.
Enam kampus baru UiTM yang akan dibina menerusi kaedah PFI ialah di Pasir Gudang, Johor; Jasin, Melaka; Seremban 3, Negeri Sembilan; Kota Samarahan, Sarawak; Tapah, Perak dan Puncak Alam, Selangor.

Mengulas lanjut, Khaled berkata beliau meminta pengurusan UiTM supaya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan semua projek pembinaan kampusnya disiapkan mengikut jadual.

Pada masa sama, Khaled berkata kerajaan juga merancang untuk membina enam lagi kampus baru UiTM termasuk di Dengkil (Selangor), Pekan (Pahang), Mukah (Sarawak), Kapar (Selangor) dan Rembau (Negeri Sembilan) menggunakan pendekatan sama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
- Baguslah tu.. Tapi tak tau plak camne konsep PFI ni.. Adakah swasta menyumbang secara sumbangan sosial atau ada mendapat keuntungan lain??

1 comments:

Anonymous said...

seperti menggunakan leasing/sewaan yang byk dipraktikan dalam uitm