Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, April 30, 2010

UiTM ambil pelajar gagal matrikulasi

SHAH ALAM 29 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia mengambil pelajar-pelajar yang gagal semasa matrikulasi bagi mengikuti program diploma di universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pelajar-pelajar berkenaan boleh menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti program tersebut.

Menurut beliau, UiTM akan memperuntukkan 6,000 tempat setiap semester bagi memberi peluang kedua kepada golongan berkenaan termasuklah juga Program Destini Anak Desa.

"Usaha UiTM ini adalah untuk menyelamatkan pelajar-pelajar Melayu pintar yang tercicir dalam matrikulasi selain memberi mereka satu lagi peluang bagi menyambung pelajaran.

"Ini bukan bermakna UiTM mengambil pelajar yang gagal tetapi kesemua pelajar yang diterima masuk ke matrikulasi sebenarnya adalah pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam SPM.

"Ini juga langkah prihatin pihak UiTM bagi memastikan pelajar-pelajar Melayu tidak terus tercicir apabila gagal di matrikulasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mencadangkan agar pengambilan matrikulasi dikurangkan dan hanya mengambil pelajar-pelajar yang berpotensi dan betul-betul layak sahaja.

Selain itu, katanya, pihak matrikulasi sepatutnya memastikan pelajar yang tidak lulus mempunyai alternatif lain bagi menyambung pelajarannya.

Sahol Hamid menjelaskan, sekiranya pelajar di matrikulasi tercicir ia membawa kerugian yang besar dengan membazirkan masa hampir dua tahun.

Oleh itu, katanya, lebih baik para pelajar mengikuti program diploma selepas SPM kerana ia lebih mantap dan lebih mendalam selain program tersebut memberi peluang lebih cerah kepada pelajar melanjutkan pelajaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Sahol Hamid menyatakan UiTM dalam usaha menambah pelajarnya bagi merealisasikan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar pelajar UiTM mencecah 200,000 orang menjelang 2015.

Dengan program-program sebegitu, katanya, dapat membantu pihak UiTM menambah jumlah bilangan pelajar pada 2015.
- Utusan.

Bagus la tu.. Bukan semua pelajar Matrikulasi yang gagal tu tak baik.. Kadang-kadang mungkin nasib tak menyebelahi. Mungkin dengan kemasukan ke UiTM dapat membantu mereka memperbaiki kelemahan ketika di matrik.. Sebelum ni UiTM menerima juga pelajar yang gagal samada yang belajar di dalam mahu di luar negara.. Mereka mampu memperbaiki dan menjadi yang terbaik

7 comments:

Unknown said...

Macam mana nak mohon kalau dah tutup..
walaupun gagal

Noora Darmawan said...

encik rushdiey, kawan saya pon fail matrix. macam mane ya nak bantu die??

Bai said...

aku dulu pun gagal matriks kat upm.. nasib baik uitm sudi terima...

rinozeen said...

bagus jugak tu .. kengkadang bole kate student matrik ni sndiri tak minat ngan pelajaran yang diajar di matrik , dan lebih berminat untuk memberi fokus ilmu mereka dalam diploma.

Anonymous said...

sy baru dapat result matrik ni dan gagal. ingat nak apply uitm ni.. tapi macam mana??

Sa'at said...

saya dulu fail sem1 di matrix tahun 2005. mujur uitm sudi ambil. silibus uitm memang terbaik.

Anonymous said...

Saya fail kt matrik n skarang x tahu nk ke mana.. Mcm mana nk mohom uitm ni..
Kena saing bdk2 spm tahun ni ke isi upu?