Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Friday, April 30, 2010

UiTM ambil pelajar gagal matrikulasi

SHAH ALAM 29 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia mengambil pelajar-pelajar yang gagal semasa matrikulasi bagi mengikuti program diploma di universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pelajar-pelajar berkenaan boleh menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti program tersebut.

Menurut beliau, UiTM akan memperuntukkan 6,000 tempat setiap semester bagi memberi peluang kedua kepada golongan berkenaan termasuklah juga Program Destini Anak Desa.

"Usaha UiTM ini adalah untuk menyelamatkan pelajar-pelajar Melayu pintar yang tercicir dalam matrikulasi selain memberi mereka satu lagi peluang bagi menyambung pelajaran.

"Ini bukan bermakna UiTM mengambil pelajar yang gagal tetapi kesemua pelajar yang diterima masuk ke matrikulasi sebenarnya adalah pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam SPM.

"Ini juga langkah prihatin pihak UiTM bagi memastikan pelajar-pelajar Melayu tidak terus tercicir apabila gagal di matrikulasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mencadangkan agar pengambilan matrikulasi dikurangkan dan hanya mengambil pelajar-pelajar yang berpotensi dan betul-betul layak sahaja.

Selain itu, katanya, pihak matrikulasi sepatutnya memastikan pelajar yang tidak lulus mempunyai alternatif lain bagi menyambung pelajarannya.

Sahol Hamid menjelaskan, sekiranya pelajar di matrikulasi tercicir ia membawa kerugian yang besar dengan membazirkan masa hampir dua tahun.

Oleh itu, katanya, lebih baik para pelajar mengikuti program diploma selepas SPM kerana ia lebih mantap dan lebih mendalam selain program tersebut memberi peluang lebih cerah kepada pelajar melanjutkan pelajaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Sahol Hamid menyatakan UiTM dalam usaha menambah pelajarnya bagi merealisasikan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar pelajar UiTM mencecah 200,000 orang menjelang 2015.

Dengan program-program sebegitu, katanya, dapat membantu pihak UiTM menambah jumlah bilangan pelajar pada 2015.
- Utusan.

Bagus la tu.. Bukan semua pelajar Matrikulasi yang gagal tu tak baik.. Kadang-kadang mungkin nasib tak menyebelahi. Mungkin dengan kemasukan ke UiTM dapat membantu mereka memperbaiki kelemahan ketika di matrik.. Sebelum ni UiTM menerima juga pelajar yang gagal samada yang belajar di dalam mahu di luar negara.. Mereka mampu memperbaiki dan menjadi yang terbaik Read More...

Semakan Keputusan Permohonan Ke IPTA

UALA LUMPUR 30 April — Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengahari esok.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http:jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di http://www.um.edu.my/kemasukan, http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran, http://jpt.utm.my, http://iiu.edu.my/kemasukan/tawaran.html, http://www.upsi.edu.my/tawaran, http://www.istudent.uitm.edu.my/intake, http://www.unimas.my/Kemasukan/, http://www.webapp.uthm.edu.my/tawaran, http://www.umt.edu.my/tawaran.php, http://www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran, http://www.utem.edu.my/kemasukan, http://www.ump.edu.my/kemasukan, http://www.unimap.edu.my/tawaran, http://www.udm.edu.my/tawaran atau http://www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan dasar tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja di mana calon yang cemerlang pada SPM 2009 bakal menerima lebih dari satu tawaran.

— BERNAMA



-- Kepada adik-adik yang dapat masuk ke UiTM dan mempunyai blog bolehlah mendaftar sebagai ahli ye. Klik sini. Read More...

Thursday, April 22, 2010

UiTM Kelantan sasar 2,000 penuntut

KOTA BHARU 16 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan menyasarkan pengambilan lebih 2,000 penuntut bagi sesi pengajian di dua kampus universiti itu Julai ini.

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Hussin Ab. Rahman berkata, pengambilan itu meningkat lebih 100 peratus dan bakal menjadikan jumlah penuntut yang ditampung dua kampus itu kepada kira-kira 6,000 orang.

Katanya, setakat ini terdapat 4,200 penuntut ditempatkan di Kampus Machang dan 1,000 orang di Kampus Bandar di sini.

''Jumlah pengambilan dipertingkatkan berdasarkan kepada sambutan pelajar terhadap lebih 16 program popular yang ditawarkan," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Pra-Graduan UiTM Kelantan di sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Muhammad Shukri Salleh; Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Profesor Madya Zulkarnain Yusoff dan Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan dan Jaringan Industri, Profesor Madya Nik Kamaruzaman Abdulatiff.

Hussin memberitahu, jumlah pelajar yang ditampung dalam satu-satu masa akan dipertingkatkan kepada 10,000 orang menjelang 2015 seiring dengan langkah pembesaran kampus Machang dan kewujudan sebuah kampus cawangan kelak.

Beliau juga memberitahu, dalam proses perkembangan itu buat pertama kalinya seorang penuntutnya berpeluang membuat latihan praktikal di London selama enam bulan.

Katanya, penuntut itu mendapat dana dari Tabung Mobiliti pelajar yang memperuntukkan sebanyak RM2 juta.

''Kejayaan itu membuktikan setiap pelajar mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi jika mereka mempunyai kemahuan," katanya.

Sementara itu dalam majlis tersebut, seramai 16 penuntut menerima anugerah bagi bidang pengajian masing-masing.

Pelajar terbaik keseluruhan (ijazah sarjana muda) disandang oleh Mohd. Hasbullah Mohd. Sazali dan pelajar terbaik keseluruhan (diploma) ialah Nursyahidah Rosli.

Nursyahidah yang merupakan penuntut Program Pengajian Statistik semasa ditemui berkata, dia tidak menyangka menerima anugerah terbaik keseluruhan kerana ramai lagi rakan-rakan yang cemerlang dalam bidang tersebut.

Pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu bercita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan bekerja dalam bidang insurans dan pelaburan.

- Utusan



Read More...

Friday, April 16, 2010

UiTM tidak pernah lantik ejen pengambilan pelajar

HAH ALAM 16 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi memproses atau membawa masuk pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu.

Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, universiti itu tidak perlu melantik ejen pengambilan pelajar kerana kemasukan dibuat menerusi permohonan terus melalui UiTM atau Unit Pusat Universiti (UPU).

Beliau berkata demikian di sini hari ini ekoran maklumat yang diterima melalui kiriman emel daripada seorang mangsa yang mendakwa ditawarkan pengajian di UiTM oleh sebuah ejen dan memerlukannya membayar RM500 sebagai deposit.

Dr. Sahol memberitahu pemberita di sini, UiTM menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai sejak 10 April lepas yang ingin mengetahui kesahihan mengenai ejen yang mendakwa dilantik oleh universiti itu bagi proses pengambilan pelajar.

Beliau berkata, seterusnya pada Selasa lepas, seorang pengadu menghubungi UiTM dan mendakwa telah ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti itu oleh ejen terbabit yang berpusat di Seremban 2, Negeri Sembilan. - Bernama


-

Macam-macam cara penipuan sekarang ni...

Read More...

Thursday, April 1, 2010

UiTM disaman RM32.4 juta

Syarikat IT saman UiTM RM32.4 juta

01/04/2010 6:41pm

SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat yang mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM32.4 juta kerana perlanggaran kontrak oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung perkhidmatan sistem permohonan kemasukan penuntut secara dalam talian, hari ini memfailkan saman terhadap universiti itu.

Trius Computers Sdn. Bhd. selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners.

Dalam pernyataan tuntutannya, Trius Computer mendakwa pihaknya telah dilantik oleh UiTM bagi membangunkan satu sistem perisian komputer yang dikenali sebagai Aplikasi Elektronik UiTM melalui satu perjanjian bertarikh 15 Jan 2004.

Plaintif mendakwa sistem itu bertujuan memproses sistem permohonan kemasukan penuntut di peringkat Sijil, Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ph.D serta kursus-kursus profesional yang ditawarkan oleh defendan.

Trius Computer mendakwa rentetan daripada perjanjian itu pihaknya telah bersetuju untuk menjadi perunding dan membangun serta mengendalikan sistem permohonan kemasukan secara dalam talian itu bagi pihak UiTM selama 15 tahun bermula 21 Ogos 2001 sehingga 20 Ogos 2016.

Bagaimanapun plaintif mendakwa, pada 7 Mac lepas, UiTM didapati telah mengiklankan dalam akhbar Mingguan Malaysia berkaitan Permohonan Kemasukan Pelajar Baru Sesi Julai 2010 melalui alamat laman web http://www.online.uitm.edu.my dan tindakan universiti itu didakwa telah melanggar perjanjian mereka kerana alamat laman web yang diiklankan bukanlah seperti yang dikendalikan oleh plaintif iaitu http://www.uitmonline.edu.my.

Trius Computer mendakwa tindakan UiTM mengiklankan alamat laman web yang lain selain daripada apa yang dijalankan oleh plaintif telah secara tersiratnya menunjukkan bahawa universiti itu telah menamatkan perjanjian mereka. - Bernama

- Utusan


Pergh banyak tu kalau kena saman.. Camne boleh jadi camtu.. Harap-harap bahagian Undang-undang UiTM semak kembali perjanjian. Rugi je kalau kalah nanti..

Read More...