Blog Widget by LinkWithin
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Blog ini sekadar perkongsian maklumat.. Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan pihak UiTM... Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat penting sila hubungi http://uitm.edu.my

Thursday, January 28, 2010

Kampus UiTM di Jasin, Melaka

JASIN, Jan 27 — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UITM) di Jasin akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menawarkan kepada PYBK Usahasama Sdn Bhd untuk membina kampus itu yang dianggarkan bernilai RM300 juta di tanah milik Yayasan Melaka di Seri Mendapat, Semujuk, di sini dan dijangka siap pada 2013.

Katanya asalnya kampus itu ditawarkan untuk dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

“Kampus UITM ini akan membantu Melaka menjadi hab pendidikan kerana daerah lain di Melaka semuanya sudah ada universiti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak kampus UiTM itu hari ini.

Semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan cadangan pembinaan kampus UITM oleh YBK di Serendah, Rawang dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan tapak bagi projek tersebut dan dipindahkan ke Jasin.
- The Malaysian Insider

Semoga pertambahan kampus akan menambahkan lagi peluang Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran. Tak perlu lah nak berbalah kerana politik sehingga sanggup mengadaikan maruah bangsa

2 comments:

Anonymous said...

BILA JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN UITM CAWANGAN JASIN AKAN DIIKLANKAN?

Anonymous said...

tak ku tahu!